2010: Sukses!

December 23, 2010 74 Comments by

Trip Borong China Disember 2010

2010 berakhir dengan sukses!

Alhamdulillah, tahun 2010 berlabuh tirai dengan pencapaian yang membanggakan buat Tim Great Minds. Syarikat kini dalam proses mengukuhkan posisi sebaris dengan syarikat berprestasi tinggi yang lain dalam usaha menghasilkan lebih ramai Usahawan Borong China. Usahawan yang mahu dihasilkan bukan sahaja cukup syarat pernah menjejaki kaki di Guangzhou, tetapi mampu untuk pergi semula ke Guangzhou tanpa memerlukan pemandu pelancong dan jurubahasa untuk menguruskan bisnes.

Ya, kami sudah lihat hasilnya!

Kami yakin lebih ramai lagi usahawan di luar sana yang dahagakan ilmu untuk menguasai Guangzhou secara “Survivor Mode”. “Survivor Mode” adalah tunjang kepada program Guangzhou 102: Trip Borong China yang dikendalikan Tim Great Minds. Lebih ramai usahawan yang tahu untuk bergerak sendiri di Guangzhou menggunakan kenderaan awam, lebih ramai Jutawan borong China dari kalangan Muslim Bumiputera yang bakal dihasilkan, Insya-Allah.

12 graduan Guangzhou 102 baru sahaja selesai menjalani “camp Survivor Mode” di Guangzhou selama 4 hari 4 malam. Berdasarkan feedback yang diberikan, semuanya sungguh gembira kerana sudah berkeyakinan untuk pergi ke Plaza Borong di Guangzhou sendirian seawal hari kedua. Selok belok Guangzhou yang dikuasai melalui metod ini akan membuka peluang untuk mereka menjalankan bisnes jangka panjang di sana.

Antara testimoni yang diberikan oleh peserta melalui SMS (testimoni diberi seawal hari ke-3 di Guangzhou!) adalah:

“Terima kasih banyak-banyak kerana membantu dan membuka minda kami untuk lebih lagi berusaha dalam membangunkan perniagaan kami. Semoga usaha kita direstui oleh Allah, dan hanya Allah yang mampu membalas jasa kamu adik-beradik [Tuan Shuaib dan Tuan Nizar] dan teruskan niat mulia kamu dalam membantu usahawan Melayu.”
-Tuan Shafrizan, pemilik 3 buah Optometris di Sarawak-

“Alhamdulillah, kami sekeluarga puas hati dan gembira pada semuanya dan ada dapat beberapa idea [perniagaan] di dalam trip ini. Kami berharap kita dapat terus berurusan dan bersahabat. Mungkin kami akan “join” lagi trip ke sini. Kami juga mohon maaf sekiranya ada memberi masalah.”
-Tuan Haji Zamri, bersama isteri(O&G Specialist) dan anak lelaki-

Semuanya bermula sebagai orang asing dan kini berakhir sebagai sahabat setelah mengikuti Guangzhou 102. Semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Sewaktu di Lapangan Terbang Baiyun, kami ketemu sekumpulan usahawan Muslim Malaysia yang datang dengan tujuan yang sama. Bukan niat mahu membuka aib mana-mana pihak, namun realiti yang berlaku kepada mereka wajar dihebahkan agar tidak berulang kepada orang lain. Wang yang dilaburkan bukan sedikit, tetapi ribuan dan pengalaman serik yang mereka rasakan adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang mahu menangguk di air yang keruh. Apa yang mereka alami adalah sama seperti yang diceritakan di sini. Kami akan kongsikan kisah mereka di dalam Kursus Borong China: Guangzhou 101, 15 Januari ini. Pastikan anda daftar tempat anda sekarang.

Di sini kami ingin mengambil peluang untuk memperincikan gerak kerja Tim Great Minds di Guangzhou:

Kami TIDAK menggunakan charted bus/van untuk pergi ke Pasar Borong. Seluruh perjalanan menggunakan kenderaan awam

Kami akan membawa peserta ke kedai-kedai borong yang pernah kami berurus niaga sebelum ini. Dengan ini para usahawan sudah mempunyai ***“base price to begin with” sebelum membuat “culaan” harga di kedai-kedai lain.

Kami membuat personal coaching bagi usahawan yang sudah mempunyai target tertentu. Sebagai contoh Usahawan A mahu memborong alat tulis (manakala peserta yang lain tidak berminat untuk mencari alat tulis). Seorang trainer akan menemani Usahawan A ke Plaza Borong Alat Tulis dan mengajar cara-cara untuk ke sana menggunakan Metro. Hari-hari seterusnya di Guangzhou jika Usahawan A mahu fokus untuk mencari pembekal alat tulis, beliau boleh ke sana sendirian tanpa terikat untuk mengikuti program yang telah kami atur.

Kami akan kenal pasti target barangan para peserta (jika ada) sebelum menyusun jadual di Guangzhou. Majoriti peserta mahu belajar cara-cara ke semua Plaza Borong dengan menggunakan Metro. Hanya sebilangan yang sudah mempunyai perniagaan yang mahu fokus kepada satu-satu Plaza Borong sahaja. Memandangkan kami mempunyai 2-3 trainer pada suatu masa (bergantung kepada jumlah peserta), maka kami boleh berpecah kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil untuk bergerak di Guangzhou.

Menguruskan peserta dengan Metro adalah jauh lebih rumit dan memenatkan berbanding dengan menaiki bus tempahan khas. Namun konsep Survivor Mode yang dipolopori Tim Great Minds akan tetap diteruskan. Mereka yang mahu melancong dan tidak mahu bersesak-sesak menggunakan kenderaan awam dinasihatkan untuk tidak memilih Great Minds sebagai konsultan anda di Guangzhou. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang memilih kami sebagai rakan niaga anda di Guangzhou, Tahniah! diucapkan dan Insya-Allah pelaburan anda berbaloi.

Sila hubungi kami jika terdapat sebarang persoalan tentang program-program yang kami jalankan. Tempat untuk program Guangzhou 102 Januari ini tinggal 3 kekosongan sahaja, daftar sekarang sebelum terlambat.

Jumpa lagi di Guangzhou Januari 2011!

***Tertakluk kepada jenis barangan

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

74 Comments

  1. roolnwar
    6 years ago

    Ya , saya setuju…..kalau di China (Guangzhou atau Yiwu ) kenderaan awam agak efisyen. Selama berurusan di sana saya amat selesa menggunakan kenderaan awam, malah unt perjalanan dr Shanghai atau hangzhou ke Yiwu pun saya guna kenderaan awam.

    Saya juga pernah menaiki keretapi dari Shenzen ke Guangzhou juga dari Yiwu ke Guangzhou…..Pengalaman perniagaan yang tiada dapat dinilai dengan wang ringgit…..

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Terima kasih atas pencerahan yang Tuan berikan. Moga lebih ramai lagi usahawan kita yang akan secekap Tuan untuk menjalankan bisnes di sana. Tahniah dari kami di Great Minds dan salam hormat.

      Reply

  2. rohana
    6 years ago

    bestnye..bila pula trip nk ke pasar borong guangzhou. sy teringin nk join

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Kami sudah mengemail Cik Puan berkenaan Program yang kami tawarkan di Great Minds. Semoga membantu! Salam hormat.

      Reply

      • noor
        6 years ago

        berapa perlu saya bayar untuk menghadiri kursus tuk pemborong china..dan ada 3 orang lagi akan join….saya nak tau kursus yang akan di adakan di Kota Kinabalu, Sabah berapa haribulan ya?

        Reply

  3. azman
    6 years ago

    assalamualaikum
    macamana dengan urusan nak bawa balik barangan tersebut
    adakah diajar juga.

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Ya, urusan penghantaran balik barang adalah salah satu modul yang diajar buat peserta Guangzhou 102. Salam hormat.

      Reply

  4. faizal
    6 years ago

    saya ingin menjalankan perniaagaan pakaian masa kini.Adakah saya dapat merelisasikan impian saya ini?

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Kami sudah mengemail Tuan tentang peluang perniagaan pakaian dari China. Semoga bermanfaat.

      Reply

  5. shidy POWER
    6 years ago

    salam tuan

    sy begitu berminat tengtang perniaagaan pakaian.mcm mana sy boleh dapatkan barangan borong dari china…harap dapat membantu

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Kami sudah mengemail Tuan berkenaan bisnes pakaian dan potensinya di China. Terima kasih dan salam hormat.

      Reply

  6. rez
    6 years ago

    saya juga berminat ttg perniagaan pakaian.. apakah kursus yang dijalankan boleh membantu dalam kaedah pemborongan d china.. bagaimana pula dengan margin keuntungan

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Kami sudah mengemail Tuan tentang semua perkara di atas. Semoga bermanfaat. Salam hormat.

      Reply

  7. apiz
    6 years ago

    salam tuan

    sy begitu berminat tengtang perniaagaan kraftangan.mcm mana sy boleh dapatkan barangan borong dari china…harap dapat membantu

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Email berkenaan persoalan Tuan sudah kami hantar ke Inbox Tuan. Salam hormat.

      Reply

  8. Roslena
    6 years ago

    saya berminat dgn perniagaan kain baju dan alatulis..apakah kursus yg diadakan untuk memulakan bisnes barangan borong dari china… bantu la saya

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Ya, kursus yang kami adakan sesuai untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan. Pakaian dan alat tulis boleh diperoleh dari Guangzhou. Kami sudah mengemail Cik Puan berkenaan program yang kami jalankan.

      Reply

      • noor
        6 years ago

        Harap Tuan dapat memberi pendapat mengenai peluang perniagaan yang mendapat sambutan hangat di kalangan warga malaysia…saya bercadang ingin membuat perniagaan pakaian, handbag, kasut, perhiasan rumah dan pakaian baby….di harap Tuan dapat membantu…
        Terima Kasih

        Reply

        • Admin BBC
          6 years ago

          Assalamualaikum Cik Puan,

          Info berkenaan borong China sudah kami emailkan kepada Cik Puan. Moga-moga ia memberi sedikit sebanyak gambaran kepada Cik Puan. Salam hormat.

          Reply

  9. Harlina
    6 years ago

    salam hormat…

    saya amat berminat menceburi bidang perniagaan.masih tercari-cari barangan yang sesuai dan menjadi sambutan di malaysia. harap tuan dapat membantu saya untuk merealisasikan impian ini.sekian.wassalam.

    Reply

  10. niesa
    6 years ago

    Sekom sye brmnat untuk join krsus borong ke guangzhao tpi brape tmbang untuk join krsus nie??

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Info berkenaan program sudah kami email kepada Cik Puan. Terima kasih.

      Reply

  11. fadhilah
    6 years ago

    salam….
    saya amat berminat utk membuka perniagaan pakaian berjenama untuk kanak-kanak dan juga cadar (comforter)…bila tarikh kursus yang terdekat yang akan dijalankan…saya tinggal di kuala lumpur? pada pendapat pihak tuan,adakah bidang perniagaan yg saya ingin ceburi ini mempunyai potensi yg cerah?

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Kursus terdekat adalah 10 April. Info berkenaan program sudah kami email kepada Cik Puan. Terima kasih.

      Reply

  12. zura
    6 years ago

    Assalamualaikum,
    saya berminat untuk memulakan perniagaan sebagai pemborong pakaian kanak2 berjenama. Namun saya mempunyai sedikit kekangan untuk ke china sendiri disebabkan mempunyai anak kecil. Adakah boleh hanya dengan pergi ke kursus, saya akan mendapat jalan untuk memulakan perniagaan saya tanpa perlu pergi sendiri ke china?

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Cik Puan, kami ada email pada Cik Puan tentang kursus kami. Walabagaimanapun, jika Cik Puan mahu memborong tanpa pergi ke China, kami cadangkan Cik Puan untuk berbincang dengan kami terlebih dahulu produk yang Cik Puan mahukan. Insya-Allah kami akan memberi maklumbalas samada produk tersebut ada di Guangzhou atau tidak. Salam hormat.

      Reply

  13. izathul syima hamthan
    6 years ago

    salam….saya ingin menceburi bidang perniagaan tp x tahu apa barangan yang mendapat sambutan rakyat malaysia terutama dikalangan penduduk felda,dan adakah kos untuk memulakan perniagaan ini mahal?

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Alhamdulillah Cik Puan telah diberi suntikan mahu tahu dan mahu berbisnes di peringkat penduduk Felda. Kami yakin produk-produk dari China ada potensinya untuk pasaran Cik Puan. Kami sudah emailkan kepada Cik Puan berkenaan program, jika CIk Puan lapang, kami jemput Cik Puan ke Guangzhou 101 dan di situ Cik Puan akan dapat banyak informasi tentang produk yang terdapat di China. Semoga bermanfaat.

      Reply

  14. siti zatiton
    6 years ago

    saya ni mmg berminat berniaga.tp x tau nk mula cam ne..barang2 china mmg jadi idaman saya…bila la nk bermula ni..

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Info berkenaan program sudah kami email kepada Cik Puan.
      Terima kasih.

      Reply

  15. nizam
    6 years ago

    dtg lah ke kursus 101 ..
    disana blh dpt kawan dan idea ..

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan Nizam,

      Kami juga menanti kehadiran Tuan ke Guangzhou 101 di Wangsa Melawati. Insya-Allah ramai sahabat baru yang Tuan akan bertemu di sana. Semoga Allah berkati usaha Tuan mahu mencari ilmu bisnes baru!

      Reply

  16. zza
    6 years ago

    saya berminat nak sertai bidang ini. Boleh email info apa-apa atau kursus terdekat saya nak sertai. tqvm

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Info berkenaan program sudah kami email kepada Cik Puan. Salam hormat.

      Reply

  17. kay
    6 years ago

    saya teringin memulakan perniagaan barang2 dari china. tp saya tak tau mcmn saya nak memulakan langkah…

    Reply

  18. kay
    6 years ago

    rujuk komen terdahulu: saya berminat untuk memulakan “Gift, Accecories & Souvenior Shop”

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum,

      Terima kasih di atas komen Cik Puan. Kami ada email panduan ringkas untuk rujukan Cik Puan. Terima kasih.

      Reply

  19. zie bakar
    6 years ago

    berminat utk biz pakaian baby dan jga english design… hrp dpt info drp pihak tuam

    Reply

  20. Lan
    6 years ago

    Salam TT. Minta quotation penuh untuk lawatan borong di China beserta harga kursus. Tq

    Reply

  21. faizal
    6 years ago

    assalammualaikum… sy berminat nk muka kn perniagaan, tp msh mcari2 peluang n produk ape yg ptt sy jual.. bleh en tlg email kn sy serba sdkit tentang program ni.. tq..

    Reply

  22. Muhamad Amir Sajari
    6 years ago

    tlg email program tuan ke guanzhou

    Reply

  23. LYNN
    6 years ago

    minat nak join ke china…nak borong bag2,aksesori,pakaian wanita & baby…cmne ek? saya masih samarr pasal program ni

    Reply

  24. syahrin
    6 years ago

    askum,,saya seorang peniaga kain pasang,amat berminat untuk menjalani kursus borong di china bersama syarikat tuan,,boleh emailkan saya kos pergi dan balik serta penginapan dan makan minum selama 4 hari disana untuk saya dan isteri..

    2 ) sekiranya saya menjalani kursus ini,adakah masa ini saya boleh terus memborong kain disana,,dan bagaimana barang yang kami borong ini akan dihantar terus ke kedai kami ataupun hanya sampai di port klang ?..

    sekian terima kasih..

    Reply

  25. mohamad syahrin
    6 years ago

    berapakah kos untuk pergi dan balik ke china untuk 2 orang.

    Reply

  26. farahiya
    6 years ago

    Salam.sy brminat nak mulakan bisnes barangan dari China tp xtahu bagaimana.boleh bantu sy?

    Reply

  27. Zainuddin
    6 years ago

    Salam…saya berminat utk membuka perniagaan barangan pakaian,cermin mata, beg tangan,wallet.bagaimana saya boleh mendapatkan barangan tersebut dr china tanpa perlu ke sana..Harap pihak Admin dapat menghanar maklum balas pada email saya…Terima Kasih..

    Reply

  28. Zainuddin
    6 years ago

    Harap Pihak Tuan dapat membantu….

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Tuan Puan yang dirahmati Allah,

      Alhamdulillah, persoalan Tuan Puan sudah kami jawab melalui email. Jika masih ada apa-apa persoalan, boleh email kami semula. Terima kasih.

      Reply

  29. rohayati bt derani
    6 years ago

    assalamualaikum

    saya berminat untuk borong barang di china.. saya berminat untuk menjual kain pasang. adakah terdapat kain pasang di guanzhou.
    berapakah kos penginapan, serta kos pergi balik ke sana. sila emelkan maklumat lengkap kpd saya.

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Email berkenaan program sudah dihantar kepada Cik Puan. Salam hormat.

      Reply

  30. yati
    6 years ago

    salam…saya dan suami berkeinginan untuk menjadi salah seorang usahawan menjual barangan dari china contoh…..pinggang mangkuk seramik, kain2 silk tp tak tau bagaimana untuk bermula…harap pihak tuan dapat membantu….adakah saya perlu hadir kursus, mengikuti trip ke china? saya tinggal di area kl. terima kasih…

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Email berkenaan program sudah dihantar kepada Cik Puan.

      Salam hormat.

      Reply

  31. ayu
    6 years ago

    Salam…saya berminat utk membuka perniagaan selipar…..bagaimana saya boleh mendapatkan barangan tersebut dr china tanpa perlu ke sana..Harap pihak Admin dapat menghanar maklum balas pada email saya…Terima Kasih..

    Reply

  32. zeti
    6 years ago

    Salam….saya berminat utk join kursus ini… Boleh beri detailnyer kepada saya tak? Tq.

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Email berkenaan program sudah dihantar kepada Cik Puan.

      Terima kasih.

      Reply

  33. mansiah
    6 years ago

    sy dan suami sdh mempunyai bisnes sendiri iaitu bisnes printing. kami ingin mencari suplier untuk material printing seperti untuk membuat banner, bunting,dsb..adakah pihak tuan jg mempunyai pengalaman dengan mereka yg mencari pembekal untuk bahan tersebut? sekian, insyaAllah saya berminat untuk menyertai kursus 101 di sabah 26 jun ini.

    Reply

  34. abby
    6 years ago

    salam tuan,

    sy sgt berminat untuk memulakan perniagaan menjual pakaian muslimah yang menepati syariah (labuh dn menutup aurat). Preferablilly blouse kemeja panjang and trouser longgar…..boleh mintak info dari pihak tuan?

    wassalam

    abby

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Terima kasih kerana menghubungi kami. Kami sudah emelkan kepada Cik Puan info berkaitan pakaian Muslimah. Sekian, kami suka!

      Reply

  35. nazhar
    6 years ago

    Salam..saya berminat utk membuat bisnes pakaian wanita,handbeg,wallet n pakaian baby n kanak2..bole dapatkan maklumat lanjut dari tuan. Tambang ke sana berapa ya

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan/Cik Puan,

      Kami sudah emelkan kepada Tuan/Cik Puan berkenaan kos memborong di sana. Jika ada apa-apa persoalan lanjut, bolehlah Tuan/Cik Puan emel kami semula. Kami suka!

      Reply

  36. watie
    6 years ago

    Assalammualaikum,

    Tuan,

    Saya ingin mengikuti kursus dan pergi ke China atau Vietnam bersama pihak tuan..saya ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan harap pihak tuan dapat membantu saya.

    Reply

  37. nurul
    6 years ago

    Salam..

    Saya berminat utk memulakan perniagaan utk pakaian wanita dan kanak-kanak..

    Harap pihak Tuan dapat membantu. Terima Kasih.

    Reply

  38. alia
    6 years ago

    salam tuan,

    berapa kos utk sertai kursus memborong di china keseluruhannya?

    tqvm

    Reply

  39. ayu
    5 years ago

    Salam.. sy berminat untuk berniaga online tp x tau ape yg nak diniagakan.. saya minat berniaga kerana sy surirumah sepenuh masa..harap dapat m,embantu

    Reply

  40. Dvee
    5 years ago

    Hi,
    Saya sangat teruja apabila syarikat ini mengadakan kursus seumpama ini. saya sudah membeli Buku secara online. saya sangat berminat untuk mengikuti kursus yang diadakan (jika ada di Sabah) dan berminat untuk mengikuti trip ke China atau Vietnam akan datang.
    Bolehka tuan emailkan info berkaitan dengan perniagaan pakaian wanita. thx

    Reply

    • Admin BBC
      5 years ago

      Terima kasih atas komen yang diberikan. Maklumat yang diperlukan sudah kami emel. Kami suka!

      Reply

  41. jusman
    5 years ago

    ingin info kursus di tawau, sabah

    Reply

  42. kinz_s
    5 years ago

    Says berminat dgn prgrm mborong ke china. Brpa Los keseluruhan untuk mengikuti trip ke sana. Dan maklumat2 yg berkenaan ya…

    Reply

  43. jai
    5 years ago

    saya niaga kecil-kecilan jual pakaian dan aksesori wanita. kos dapatkan stok di pasaran kita memang mahal. saya mohon bantuan tuan untuk dapatkan maklumat lanjut tentang kos borong di china.

    Reply

  44. izzati
    5 years ago

    Assalamualaikum..
    Saya berminat untuk memborong pakaian-pakaian baby di China..ada hasrat untuk pergi ke sana tapi perlukan bimbingan oleh pihak tuan..harap dapat membantu

    Reply


    • 5 years ago

      Alhamdulillah emel telah kami titipkan. kami suka!

      Reply

  45. mail
    5 years ago

    Salam..saya berminat utk membuat bisnes pakaian wanita,handbeg,wallet n pakaian baby n kanak2..bole dapatkan maklumat lanjut dari tuan. Tambang ke sana berapa ya

    Reply

    • admin
      5 years ago

      Assalamualaikum Tuan Puan yang budiman,

      Alhamdulillah emel telah kami titipkan. Kami suka!

      Reply

    • rizqie
      5 years ago

      salam

      Berapa ya harga keseluruhannya untuk ke Guanzhou Jan or March 2013. Betul ke RM5000 sudah cukup sebagai modal permulaan?.

      Reply

Post a Reply to shidy POWER

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.