5 KELEBIHAN MEMBORONG DI CHINA

December 20, 2017 No Comments by Aishah Sakinah

Anda peniaga? Atau berminat untuk buat bisnes? kami pasti setiap daripada anda mempunyai  impian untuk memborong di China. Jom kita tengok 5 KELEBIHAN MEMBORONG DI CHINA di bawah:

#1 MODAL SEDIKIT UNTUNG BERGANDA

Ramai yang fikir borong di China perlukan modal yang besar. Tapi percaya atau tidak sebenarnya untuk orang yang baru nak bermula hanya perlukan modal 2k-3k sahaja (tidak termasuk kos pengangkutan, makan dan penginapan).

Dengan bermodalkan RM3000 anda boleh memborong produk yang boleh untung 2-10 kali ganda. Biar betul ??

Contohnya anda borong cable charger atau earphone dengan modal RM3000. Kos satu cable charger hanya 30 sen paling murah. Wow, bayangkan berapa kali ganda untung yang anda dapat?

Contohnya anda borong cable charger atau earphone dengan modal RM3000.

Kos satu cable charger hanya 30 sen paling murah.

Wow, bayangkan berapa kali ganda untung yang anda dapat?

#2 HARGA MURAH DENGAN KUALITI YANG BAGUS

       Kebanyakan harga barang di China sangat murah jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Kadangkala beli satu pun boleh dapat dengan harga murah berbanding jika dibeli di Malaysia. Sebab apa murah?

       Seperti yang kita maklum China adalah negara yang rendah kos buruhnya. Sebab itu harga produknya sangat murah berbanding negara-negara lain.

       Walaupun murah, tidak dinafikan bahawa produk di sana ada juga yang berkualiti. Jika tidak, kenapa jenama terkenal seperti LV dan PRADA  membuat production di China.

#3 PELUANG MENEROKA BISNES BARU

Seperti yang kita tahu, di China bermacam-macam produk ada untuk anda terokai.

Kebarangkalian untuk anda tukar bisnes mungkin akan terjadi jika anda tidak betul-betul membuat product research sebelum ke China.

Sebab semua produk yang anda nampak di sana mampu untung walaupun sebaliknya.

Untuk anda yang ingin memulakan bisnes, borong di China sesuai untuk anda untuk meneroka bisnes baru.

Begitu juga untuk anda yang sudah mempunyai bisnes, memborong di China adalah peluang anda untuk mengembangkan perniagaan sebaris jenama terkenal dunia.

#4 PRODUK BARU SENTIASA KELUAR MENGATASI PASARAN TEMPATAN

     Jika anda ambil stok dengan pembekal tempatan mesti ada waktu-waktu stok habis atau tinggal stok2 yang tak cantik. Lambat sikit je restock, mesti stok habis kat supplier.

     Tapi jika anda ambil stok di China, stok takkan pernah habis sebab anda boleh request produk yang anda nak dengan supplier. Biasanya supplier memang ada kilang sendiri.

     Tambahan pula, produk di sana sentiada up to date mengikut pasaran dunia. Setiap 3 bulan keluar design baru. Anda terlambat pun boleh dapat produk yang baru dan segar dari ‘ladang’.

#5 PUSAT TUMPUAN SELURUH DUNIA

     China khususnya di Guangzhou, Yiwu dan Shenzhen adalah pusat dagangan yang menjadi tumpuan dunia. Sebab itu produk di sana ada yang dibuat untuk memenuhi permintaan negara-negara tertentu.

     Tidak hairanlah jika produk-produk negara maju sudah ada di China. Kalau anda memborong di China, anda pasti tidak akan ketinggalan zaman.

Bestnya kalau dapat pergi memborong di China! Anda berminat nak ikut serta bersama kami ke Guangzhou? 

 

YIWU, PUSAT BORONG TERBESAR DI DUNIA

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.