
Siapa Kami
Latar Belakang
Bermula dengan minat bisnes yang sama, Muhammad Shuaib dan Muhammad Nizar Jamaludin akhirnya menubuhkan G Minds Group Sdn Bhd pada 2009. G Minds Group juga dikelolakan oleh Muhammad Khairul bin Rosli bagi memantapkan segala gerak kerja. G Minds Group dibahagikan kepada empat sayap utama iaitu Great Minds Training and Consultancy, Great Minds Tours, Great Minds dan Great Minds Technology.
Kursus Borong Kombo 3 dalam 1 adalah di bawah kelolaan Great Minds Training and Consultancy manakala Trip Borong China dan Vietnam dikendalikan oleh Great Minds Tours.
Muhammad Shuaib yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menceburi bidang perniagaan sepenuh masa. Muhammad Nizar pula bertugas sebagai Jurutera Instrumen setelah mendapat Ijazah Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dari Universiti Teknologi Petronas (UTP). Muhammad Khairul pula berkelulusan Diploma Pengajian Perniagaan dari Politeknik mula melibatkan diri dalam urusan ke China semenjak 2009.
Lokasi Kami
19, Jalan Dataran Wangsa 1, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur.
Pejabat G Minds Group mudah diakses melalui MRR2, berhampiran dengan stesen minyak Petronas, bersebelahan dengan Masjid Al-Muttaqin. Ia terletak di lot baru yang dinamakan Dataran Wangsa.
Khidmat rundingan juga dikendalikan sepenuhnya di sini. Kami mohon Tuan/Puan menghubungi kami terlebih dahulu untuk membuat temujanji.
Salam hormat.
G Minds Group Sdn Bhd
greatmindstc@gmail.com
0136935139 (Tuan Khairul)
019-950 5118 (Tuan Nizar)
019-936 4966 (Tuan Shuaib)
www.bisnesborongchina.com
www.malaysia-2-china.blogspot.com
www.usahawanborongchina.blogspot.com
http://www.facebook.com/greatmindstc