Borong China:Masjid Huaisheng

May 26, 2011 No Comments by

Islam di Guangzhou

Masjid Huaisheng, Guangzhou: Pusat Komuniti Muslim di Guangzhou

Pakej Borong Guangzhou | Damai di Huaisheng.

Catatan sejarah menunjukkan Islam sudah bertapak di China sejak tahun pertama Hijrah iaitu semasa zaman Dinasti Tang. Masjid Huaisheng atau Masjid Guangta di Guangzhou adalah antara masjid tertua di dunia dan dipercayai dibina oleh para pedagang Arab yang datang berdagang di China. Masjid ini juga diberi nama Masjid Rumah Api kerana ia mempunyai menara tinggi yang berfungi sebagai rumah api. Menara itu telah dibina lebih awal daripada masjid tersebut. Menurut catatan sejarah, menara ini digunakan untuk melihat keadaan cuaca dan juga sebagai penanda arah kapal-kapal pedagang.

Makanan Hahal Guangzhou | Satay kambing yang dijual di luar kawasan Masjid

Kini, Masjid Huaisheng bukan sahaja berperanan sebagai pusat ibadah dan pertemuan umat Islam, malah ia juga adalah pusat perdagangan dan pelancongan. Di jalan yang sama dengan Masjid tersebut terdapat banyak kedai runcit halal dan restoran halal Muslim. Jika anda berada di Guangzhou pada hari Jumaat, ambil peluang untuk menunaikan solat Jumaat di sini. Tempat untuk solat Jumaat bagi wanita juga sangat selesa. Sebelum atau selepas solat Jumaat, anda boleh menikmati makanan halal yang banyak dijual di kaki-kaki lima jalan menuju ke Masjid.

Suasana sebelum dan selepas solat Jumaat di sekitar Masjid ini akan menyebabkan kita terlupa yang kita berada di Negara China. Pemandanganya lebih mirip seperti di negara Arab. Ramai pedagang-pedagang dari Tanah Arab yang menguruskan perniagaan di Guangzhou, sama seperti yang pernah tersurat di dalam lembaran sejarah Islam di China.

Islam Di Guangzhou | Suasana selepas solat Jumaat

Di dalam Trip Borong China yang kami kendalikan, kebiasaannya kami membawa para peserta ke Masjid Saad b Abi Waqas pada hari Jumaat kerana ianya lebih dekat dengan Hotel yang kami diami. Insya-Allah di entri yang akan datang, kami akan bawakan suasana Jumaat di Masjid yang mana bapa saudara Rasulullah tercinta disemadikan.

Trip Borong China | Suasana di hadapan Masjid Huaisheng

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami diĀ sini.

WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.