FAQ BBC & BBV GiveAway

May 2, 2011 No Comments by

GiveAway

Assalamualaikum Tuan Puan,

Tuan Puan yang dirahmati Allah dan dikasihi Nabi, didoakan semuanya berada dalam perlindungan Allah dan dilimpahkan rezeki yang banyak lagi mendadak.

Tuan Puan,

Di sini kami ingin menarik perhatian Tuan Puan berkenaan BisnesBorongChina.com dan BisnesBorongVietnam.com GiveAway yang baru sahaja kami lancarkan.

Tahukah Tuan Puan mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Ground Trip percuma ke China dan Vietnam?

Dengan hanya menaip kurang 300 patah perkataan, Tuan Puan berpeluang untuk mendapat hadiah berjumlah RM1,450 (Tempat pertama-Ground Pakej Guangzhou 102) dan RM699 (Tempat Kedua – Ground Pakej Saigon 102). Ya! Siapa tidak mahu memulakan bisnes borong dengan modal yang minima? Hanya membeli tiket ke China mahupun Vietnam, segalanya sudah disediakan untuk Tuan Puan. Kini tiada masalah jika tidak mempunyai modal yang cukup untuk memulakan perniagaan borong ke luar negara kerana kami sudah sediakan platformnya. Separuh daripada kos Tuan Puan untuk ke sana sudah ditanggung oleh Tim Great Minds.

Berapakah pula ya harga tiket ke Guangzhou dan Vietnam?

Secara kasarnya, tiket ke Guangzhou/Vietnam sekitar RM500-RM1200. Semakin hampir dengan tarikh penerbangan, maka semakin mahal. Pemenang hanya perlu membayar kos tiket sahaja untuk merasakan pengalaman memborong dengan Tim Great Minds. Jadi anda hanya perlu rancang awal dan beli tiket pada harga yang murah.

Adakah saya boleh memilih tarikh untuk ke sana?

Pemenang boleh memilih mana-mana tarikh Program Guangzhou 102 dan Vietnam 102, dan sah laku sehingga bulan Disember 2011.

Bagaimana pula jika saya tidak dapat pergi, bolehkah pindah milik Pakej Memborong tersebut kepada orang lain?

Ya! Boleh. Ini adalah suatu hadiah yang tidak ternilai harganya. Jika Tuan Puan memenangi pertandingan ini dan mahu menghadiahkan trip ini kepada ahli keluarga yang mahu memulakan perniagaan, hanya Allah sahajalah yang mampu membalas usaha murni Tuan Puan.

Berapa panjangkah 300 perkataan?

Tahukah Tuan Puan sehingga ke soalan “Berapa panjangkah 300 perkataan?” entri ini sudah mempunyai 281 patah perkataan! Hanya sekitar 20 ayat mudah dan ringkas sahaja, anda sudah layak untuk menempah tiket ke China dan Vietnam!

Tuan, saya tidak mempunyai blog. Bagaimana ya?

Tuan Puan boleh mendaftar percuma untuk membuat blog di Blogspot.com dan WordPress.com. Blogspot lebih mesra buat pengguna baru berbanding WordPress. Tuan Puan boleh membuat seberapa banyak entri untuk GiveAway ini. Entry yang mempunyai Footer rasmi GiveAway sahaja yang sah penyertaannya.

Berapakah jumlah hadiah yang ditawarkan di dalam GiveAway ini?

Total keseluruhan adalah 18 buah hadiah untuk dimenangi berjumlah RM4,000.

Bilakah tarikh akhir untuk GiveAway ini?

Kami masih belum memuktamadkan lagi tarikh akhir. Tentatifnya adalah pada 31 Mei 2011.

Apa tunggu lagi? 20 ayat sahaja bakal mengubah bisnes anda! Insya-Allah. Mulakan hari ini.

Mungkinkah Tuan Puan yang bakal merasai pengalaman memborong di China seperti mereka?

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan GiveAway ini di sini: http://bit.ly/BisnesBorongGiveAway

Terima kasih dan salam hormat.

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

Post a Reply to iman

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.