GM STARS #1: NazlinShop.com

August 19, 2011 3 Comments by

Nama: Noor Azlina Arde

Emel: nazlinshop@gmail.com

Website:
HANDBAG ONLINE http://nazlinshop.com
BUTIK ONLINE NAZLIN http://butikbajunazlin.com
TUDUNG ONLINE http://tudungmall.com
KIDSWEAR http://kedaianakku.com
BEAUTEE SKIN CARE http://beauteeshop2u.blogspot.com

FB Page: http://facebook.com/NAZLINSHOP

Alhamdulillah, Tim Great Minds melancarkan satu lagi program baru, Great Minds Stars (GM Stars) sebagai satu usahasama dan inisiatif untuk mempromosikan perniagaan Alumni-alumni yang telah ke China dan Vietnam bersama kami.

Kami telah menemuramah (secara online) dengan Puan Azlina Arde, pemborong handbag replika yang berkualiti tinggi daripada pelbagai jenama antarabangsa. Berikut adalah hasil perkongsian daripada pemilik kedai NazlinShop.com dengan pembaca BisnesBorongChina.com dan The Great Guangzhou News. Selamat membaca!

+Boleh Cik Puan ceritakan latarbelakang bisnes yang dijalankan sekarang?

Perniagaan utama kami ialah menjual replica handbag daripada pelbagai jenama antarabangsa. Terdapat pelbagai gred hangbag yang ada di dalam koleksi kedai kami. Di samping itu juga, kami ada menjual beberapa barang lain seperti pakaian kanak-kanak, baju wanita dan tudung. Semua jualan ini dibuat melalui online di dalam website yang berbeza-beza.

+Apakah cabaran-cabaran yang Cik Puan hadapi dalam menguruskan perniagaan dan bagaimana cara menanganinya?

Setiap perniagaan pasti menempuh cabaran. Namun tanpa cabaran, tiada jualan, maka sebagai peniaga kita harus bijak untuk menanganinya.

Antara cabaran yang ada ialah meyakinkan pembeli tentang kualiti produk jualan,
melayan kerenah pelanggan yang pelbagai ragam dan urusan apabila ada barang yang tidak menepati citarasa pelanggan.

Cara menanganinya adalah yang pertama, kita sendiri harus percaya dengan produk yang kita jual, barulah kita dapat mempengaruhi pembeli untuk membeli dan melihat sendiri kualiti produk tersebut. Saya juga akan meluangkan masa untuk menjawap pelbagai soalan daripada pelanggan. Dan akhir sekali, polisi kami adalah jika barangan yang tiba kepada pelanggan rosak, kami akan menukarkannya semula agar pelanggan berasa selesa dan seronok berbelanja di kedai kami.

+Apakah kemahiran/ilmu yang dirasakan paling penting dan perlu ada bagi setiap peniaga?

Selaku peniaga online, kemahiran utama yang perlu ada ialah kemahiran mengkaji pasaran seperti menjual produk mengikut trend terkini. Yang kedua, memandangkan kita berniaga di atas talian tanpa bertemu terus dengan pelanggan, maka layanan yang mesra dan feedback yang pantas amatlah penting. Di samping itu, kita perlu mahir mempromosikan barangan secara berterusan dan bijak mencari kelainan untuk terus kekal di dalam bisnes.

+Boleh kongsikan tips perniagaan bagi usahawan di luar sana terutamanya untuk mereka yang baru memulakan bisnes.

Untuk memulakan perniagaan, semangat perlu kuat dan berjiwa kental. Peniaga tidak harus mudah menyerah kalah. Apabila sudah bermula, teruskan sehingga berjaya. Jangan berhenti separuh jalan. Yang paling utama, berguru dengan mentor yang sudah berjaya. Dengan adanya mentor, halatuju kita lebih mudah dan jelas. Kita hanya perlu “copy paste” cara kerja mereka dan sesuaikan dengan bisnes kita. Dan yang terakhir, menghadiri majlis ilmu untuk meningkatkan kemahiran berbisnes adalah penyuntik semangat untuk berjaya.

+Bagaimana keputusan tuan puan untuk ke Guangzhou/Saigon mengubah bisnes yang sedia ada atau membuka lembaran baru di dalam bidang perniagaan?

Setelah 5 tahun beroperasi secara online dengan membeli stok dari pemborong di malaysia, akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Guangzhou pada Jun 2011. Dahulu saya hanya menjual runcit. Kini saya telah menjadi pemborong untuk beg replika dan juga pakaian kanak-kanak.

Inspired?
Kami juga merasakan yang sama!

Tawaran istimewa! NazlinShop.com menawarkan diskaun istimewa sebanyak 10 hingga 20% kepada semua pembaca BisnesBorongChina.com dan The Great Guangzhou News! Jangan lepaskan peluang ini untuk membeli-belah online di laman web mereka. Hanya berikan kata laluan, “Pembaca BBC.com” untuk mendapatkan diskaun istimewa ini.

Pembaca yang memerlukan pembekal untuk handbag replika juga bolehlah menghubungi terus Cik Puan Azlina.

Terima kasih kepada Cik Puan Azlina kerana sudi menjadi penghias pertama, Hall of Fame Great Minds Stars kami! Kami doakan bisnes Cik Puan berkembang maju, dilimpahkan rezeki yang banyak lagi mencurah-curah.

Sekian, kami suka!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami diĀ sini.

WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

3 Comments

  1. Saharizam
    6 years ago

    tumpang bangga, semoga terus berjaya

    Reply

  2. badrul
    6 years ago

    nak tanya. mcmana dgn urusan bawa masuk barang di pelabuhan?

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan Badrul,

      Terima kasih kerana bertanya. Urusan barang-barang di pelabuhan akan diuruskan oleh agen perkapalan. Mereka akan terus menghantar barangan ke pintu rumah pelanggan. Di harap jawapan ini menjawap persoalan Tuan.

      Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.