GM STARS #3:Bestshoppemania

November 3, 2011 No Comments by

Nama: Cik Puan Mardziah Bt Marjohan

Emel: gee.muin@gmail.com

Website:

http://bestshoppemania.blogspot.com

FB Page: http://www.facebook.com/pages/Bestshoppemania/

Alamat Premis Perniagaan:

Pusat Terapi Elektrostatik,  3542 (a) Tingkat 1,
jln 18/46, Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan,
Selangor

+Boleh Cik Puan ceritakan latarbelakang bisnes yang dijalankan sekarang?

Saya menjalankan perniagaan yang memberi perkhidmatan terapi menggunakan mesin elektrostatik Dr. Jism Al Jabbar. Mesin ini sangat bagus di mana ia dapat membantu mereka yang mempunyai penyakit kronik spt jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Namun begitu mesin ini tidak terhad pada mereka yang mempunyai penyakit sahaja. Mereka yang sihat juga digalakkan untuk melakukan terapi ini. Ini kerana terapi ini sgt bagus untuk melancarkan peredaran darah dan membersihkan lemak2 yg berada dalam salur darah, disamping memberi kesegaran kepada badan kita kerana ia dapt mengembalikan ion negatif yang hilang akibat pemakanan dan juga persekitaran yang tercemar. Selain ini, kami juga menjual semua jenis produk kesihatan dan kecantikan yang ada di pasaran. Di sampng perniagaan Terapi Mesin Elektrostatik, kami juga ada menjual baju kanak-kanak dan educational toy. Untuk barangan ini kami menyewa booth di Downtown Mines, selain kami di kedai dan juga di blog.

+Apakah cabaran-cabaran yang Cik Puan hadapi dalam menguruskan perniagaan dan bagaimana cara menanganinya?

Cabaran yang paling besar yang dihadapi adalah apabila  permohonan lesen permit perniagaan dan papan tanda masih tidak diluluskan oleh MPSJ selama hampir dua bulan. Keadaan ini menyukarkan kami untuk memulakan operasi perniagaan, disamping menyekat aktiviti pemasaran kami. Agak sedih kerana 2 bulan adalah masa yg terlalu lama pagi perniaga, dan ini sgt memberi kesan kepada kedudukan kewangan kami. Untuk menanganinya, kami telah cuba berhubung dan meminta pertolongan daripada beberapa kenalan tetapi hasilnya tetap sama. Walaubagaimanapun, kami tetap menjalankan pernigaan secara online dan booth di Downtown. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan semoga pihak MPSJ menguruskan permohonan kami dengan betul dan saksama. Amin.

+Apakah kemahiran/ilmu yang dirasakan paling penting dan perlu ada bagi setiap peniaga?

Pada saya ilmu yang paling penting adalah mempelajari dan mendalami dan mengumpul ilmu mengenai pernigaan kita. Dalam erti kata lain, kita perlu mengenali diri sendiri sebelum mengenali org lain. Selain itu, kemahiran untuk berinteraksi dengan pelanggan amatlah penting kerana ini akan membezakan antara satu perniagaan dengan perniagaan yang lain.

 

+Boleh kongsikan tips perniagaan bagi usahawan di luar sana terutamanya untuk mereka yang baru memulakan bisnes.

Melihat sesorang membuka sesuatu perniagaan memang mudah, hakikatnya matlamat sesebuah perniagaan itu ditubuhkan perlu jelas. namun bukan sesuatu yang mustahil untuk seseorang itu memulakan perniagaan. Perniagaan bukan hanya berbekalkan modal, tetapi perlu seiring dengan ketahanan diri tinggi untuk menghadapi cabaran mendatang. Oleh itu, carilah mentor yang betul untuk memulakan perniagaan agar dapat membimbing kita ke jalan yang betul.

+Bagaimana keputusan tuan puan untuk ke Guangzhou mengubah bisnes yang sedia ada atau membuka lembaran baru di dalam bidang perniagaan?

Sejujurnya, keputusan ke Guangzhou adalah langkah pertama yang saya ambil untuk memulakan bisnes. Alhamdulillah, trip ke Guangzhou banyak memberi pengalaman baru pada saya. Antaranya, cara pemilihan dan pembelian barangan, cara penghantaran, kos yang diperlukan untuk memulakan perniagaan dan lain-lain lagi.

Bagi pembaca BBC dan TGGN, pada mereka yang klik “LIKE” pages bestshoppemania akan mendapat keahlian kami PERCUMA dan setiap pembelian barangan adalah pada harga ahli, selain itu, jangan lepaskan peluang untuk bawa 2org rakan anda bersama2 untuk mendapat FREE terapi 3 sesi. Tawaran hanya untuk pembaca BBC dan TGGN SHJ!

Terima kasih kepada Cik Puan Mardziah atas perkongsian yang telah diberikan. Kami di Great Minds mendoakan Cik Puan dilimpahkan rezeki yang banyak lagi melimpah-ruah ruah dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat.

Sekian, kami suka!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus borong Kombo 3 dalam 1 untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China dan Vietnam. Selain itu kami juga menganjurkan Trip memborong ke Guangzhou, Yiwu dan Saigon. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di BisnesBorongChina.com dan  BisnesBorongVietnam.com. Dapatkan MANUAL BORONG PERTAMA di Malaysia, ditulis oleh Tim Great Minds – Panduan Memborong Di China melalui pautan berikut.
WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016



Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.