GM STARS #5: Humaira Design

January 9, 2012 5 Comments by

Nama:

Tuan Adnan Abd Aziz & Puan Zuraida Yusof

Emel:

humairadesign@gmail.com

Website:

www.tshirtmuslimah.com

Facebook FAN PAGE :

http://www.facebook.com/HumairaDesign.2u

Premis Perniagaan:

NO 22 (GF),

LORONG PERDA SELATAN 1, BANDAR PERDA,

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

Phone: 045373059

HP: 0192603102

email:humairadesign2@gmail.com

www.humairadesign.com

Waktu operasi (Perda)

Selasa-Sabtu : 9:00 am – 6:00 pm

Ahad: 9:00 am – 1:00 pm

Isnin: CUTI

11A, & 13B, JLN. BUNGA RAYA

35900, TG. MALIM, PERAK

Phone: 054581130

hp:0192603102

Waktu operasi (Tg. Malim)

DIBUKA SETIAP HARI

9:00am-7:00pm

+Boleh Tuan ceritakan latarbelakang bisnes yang dijalankan sekarang?

Humaira Design telah menjalankan perniagaan pakaian muslimah secara borong dan runcit melalui website dan premis perniagaan sejak tahun 2005 secara berperingkat. Kami menawarkan pelbagai jenis material, design dan produk pakaian muslimah pada harga yang kompetetif untuk jualan borong dan runcit. Kami mempunyai stok semasa antara 10,000-15,000 helai pelbagai tshirt muslimah dan blouse. InsyaAllah, dalam tahun 2012, produksi akan meningkat kepada 20,000 helai sebulan dengan kemasukan 3,000-5,000 helai baju seminggu.

Pelbagai produk yang ditawarkan oleh dua usahawan ini.

+Apakah cabaran-cabaran yang Tuan hadapi dalam menguruskan perniagaan dan bagaimana cara menanganinya?

Cabaran dalam perniagaan adalah cukup banyak. Antaranya masalah pekerja dan pembekal. Sekiranya gagal menguruskan pekerja, perniagaan akan rugi dan ada kemungkinan akan gagal terus. Sekiranya gagal menguruskan pembekal, reputasi syarikat kita dikalangan pembekal akan jatuh dan ini akan menyukarkan kita untuk mendapatkan bekalan baru. Kegagalan dalam perniagaan tidak boleh dielakkan, tetapi boleh dikurangkan peratusannya dan jangan takut kepada kegagalan kerana ia guru yang paling berguna untuk kita mempertingkatkan lagi usaha kita. InsyaAllah.

+Apakah kemahiran/ilmu yang dirasakan paling penting dan perlu ada bagi setiap peniaga?

Kemahiran yang paling penting bagi kami di Humaira Design adalah memahami kehendak pasaran. Pengetahuan terhadap perkembangan semasa tentang trend rekaan dan fesyen amat penting bagi membolehkan kami berdaya saing terutama dengan saingan dari kaum lain. Pemilihan material juga penting tetapi mestilah berasaskan perkembangan dan kemampuan sosio ekonomi pelanggan sasaran.

Stok produk-produk Humaira Design, www.humairadesign.com

+Boleh kongsikan tips perniagaan bagi usahawan di luar sana terutamanya untuk mereka yang baru memulakan bisnes.

Bagi mereka yang baru memulakan pasaran, buatlah kajian pasaran tentang produk apa yang hendak diniagakan seperti saingan, harga, produk, pembekal dan produk tersebut mestilah yang kita minati. Sebaik-baiknya daftar jenama anda seawal anda menceburi bidang perniagaan kerana untuk mendapatkan tanda niaga akan mengambil masa yang panjang.

+Bagaimana keputusan tuan puan untuk ke Guangzhou mengubah bisnes yang sedia ada atau membuka lembaran baru di dalam bidang perniagaan?

Ketika hendak ke Guangzhou, kami berada dipersimpangan hala tuju. Sama ada ke Guangzhou atau buka kilang jahit di Malaysia. Namun setelah berbincang dan membuat kajian, kami memutuskan untuk menyertai kursus anjuran GMTC dahulu. Alhamdulillah selepas menyertai kursus tersebut, kami mengambil keputusan untuk menyertai GMTC ke Guangzhou pada bulan Oktober 2011. Syukur, setibanya kami di sana dan dengan bimbingan trainer-trainer hebat GMTC, kami berpeluang melihat lebih banyak peluang perniagaan. Kini, kami berjaya meningkatkan produksi kami tanpa perlu bina kilang sendiri dan Alhamdulillah, kami telah pun menjejakkan kaki ke Guangzhou sebanyak 4 kali dalam masa 2 bulan.

Berminat untuk menjadi pengedar/agen/dropship produk-produk keluaran Humaira Design?

Hubungi mereka segera kerana peluang bisnes pakaian Muslimah terbuka luas untuk semua!

Terima kasih kepada Tuan Adnan dan Puan Zuraida atas perkongsian yang telah diberikan. Kami di Great Minds cukup teruja mendengar perkembangan hebat bisnes tuan puan sekembalinya dari China. Semoga lebih ramai lagi usahawan akan ke China dan membina legasi perniagaan di sana.

Sekian, kami suka!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus borong Kombo 3 dalam 1 untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China dan Vietnam. Selain itu kami juga menganjurkan Trip memborong ke Guangzhou, Yiwu dan Saigon. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di BisnesBorongChina.com dan  BisnesBorongVietnam.com. Dapatkan MANUAL BORONG PERTAMA di Malaysia, ditulis oleh Tim Great Minds – Panduan Memborong Di China melalui pautan berikut.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016

5 Comments

  1. rahmanmakani
    5 years ago

    Ingin menjadi usahawan yg bermula dari bawah.
    Telah berpencen dan mempunya kedai cyber cafe yg kurang
    berjaya. Ingin mencuba perniagaan dari China.

    Harap ada jalanuntuk ke arah tersebut.

    Reply


    • 5 years ago

      Alhamdulillah emel telah kami titipkan. Kami doakan tuan akan menjadi usahawan yang berjaya. Kami suka!

      Reply

  2. Mohamad Firdaus
    4 years ago

    salam..ingin bertanya…berapa harga borong untuk tshirt muslimah ni?

    Reply

  3. Len
    1 year ago

    Untuk 2016 dh ada tarikh trip to china/ vietnam
    Trip memborong

    Reply

    • khairul
      1 year ago

      kami telah paparkan trip tarikh trip ke vietnam

      kami suka!

      Reply

Post a Reply to

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.