GMG CARGO | CHINA-MALAYSIA

 

Penghantaran barang China ke Malaysia

 

Assalamualaikum. Setelah melihat ramai diantara ramai rakan peniaga yang akan ke China tetapi masih tercari-cari shipping company untuk menghantar barang. Pihak kami telah menyediakan perkhidmatan penghantaran barang dari China ke Malaysia.

Barang yang dihantar akan mengambil masa selama 2 ke 4 minggu untuk sampai ke Malaysia. Kos yang termasuk dalam penghantaran ini adalah dari warehouse terus ke pintu kedai atau rumah. Kos cukai import dan clearance sudah termasuk didalam kos yang akan dikenakan.

Penghantaran barang China ke Malaysia

Syarat-syarat penghantaran barang melalui kami:

  1. Barang bukanlah barang yang SALAH disisi undang-undang kedua Negara. (ROKOK, DADAH, MERCUN,SENJATA)

  2. Barang perlulah telah dibayar dan tiada baki perlu dijelaskan.

  3. BUKAN sejenis BUAH-BUAHAN/ SAYURAN

  4. Sekiranya barang tersebut memerlukan PERMIT IMPORT pengguna perlu memohon terlebih dahulu.

  5. Tidak memerlukan barang tersebut secara URGENT.

Perkhidmatan ini tidak termasuk dengan :

  1. Menyemak stok yang dihantar oleh pembekal.

  2. Membayar baki bayaran stok

  3. Mengambil barang dari pembekal/hotel

*Sekiranya memerlukan perkhidmatan ini. Cas perkhidmatan tambahan akan dikenakan.

Penghantaran barang China ke Malaysia

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mengunakan perkhidmatan kami:

  1. Pastikan memilih marking/kod yang sesuai sebelum barang dihantar ke warehouse.

  2. Pastikan alamat warehouse diambil terlebih dahulu.

  3. Pastikan pembayaran barang telah dijelaskan.

  4. Pastikan barang yang nak dihantar di bungkus dengan kemas.

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut boleh terus menghubungi Tuan Khairul 0136935139.