Guangzhou 101: Kuching, Mac ini

February 10, 2011 21 Comments by

Assalamualaikum,

Tim Great Minds mendoakan agar semua yang membaca BBC[dot]com dilimpahi rahmat Allah yang tidak terhingga dan terpilih untuk menghuni syurgaNya.

Tuan/Puan,

Awal tahun ini kami ditemukan secara maya dengan seorang penulis buku “Rahsia Senjata Jualan”, Tuan Syed Akil. Beliau yang kini bertugas dan menetap di Kuching, Sarawak mempunyai minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan internet. Atas jemputan beliau untuk mengadakan kursus usahawan borong China, Guangzhou 101 di Kuching, Allah akhirnya melorongkan kami untuk ke sana pada bulan Mac ini. Harapan beliau hanya satu, untuk membuka lebih banyak peluang kepada usahawan Muslim di Borneo mendalami ilmu memborong ke China.

Kami dengan rasa rendah diri ingin menjemput Tuan/Puan yang berada di Sarawak, Sabah dan Brunie yang berlapangan untuk menyertai Guangzhou 101: Kursus Borong China yang diadakan seperti berikut:

Tarikh: 26 Mac 2011, Sabtu

Waktu: 9.00 – 6.00 ptg (Sepanjang hari, tentatif akhir akan dimaklumkan kemudian)

Tempat: Dewan Seminar SIPEC, Jalan P Ramlee, Kuching

Bayaran Kursus: RM325 [RM250 bagi 10 pendaftaran pertama]

10 peserta yang terawal mengesahkan pendaftaran akan mendapat harga istimewa RM250 sahaja.

Jika anda terlepas untuk merebut peluang ini, anda boleh menggunakan kupon Pa&Ma dan NUR Edisi Febuari 2011 dan mendapat diskaun sebanyak RM50 dari harga asal kursus iaitu RM325.

Hasil perbincangan dengan Tuan Akil, kami bersetuju untuk mengadakan seminar ini sepanjang hari, iaitu dari jam 9 pagi hingga 6 petang pagi membolehkan lebih banyak masa untuk perbincangan bersama peserta-peserta Guangzhou 101. Selain itu, berdasarkan feedback yang diberikan peserta kami di Kuala Lumpur, kursus separuh hari yang dijalankan agak suntuk bagi mereka. Oleh yang demikian, memandangkan ini adalah forum pertama di sana, kami mahu menggunakan seluruh kesempatan yang ada untuk bertemu dan berbincang dengan usahawan yang mahu meneroka bisnes di China.

Antara yang menarik:

  • 4 modul teras untuk melengkapkan persediaan sebelum, semasa dan selepas ke China
  • Modul Bonus 1: Guangzhou the Movie
  • Modul Bonus 2: Ayam dan Itik di Guangzhou
  • Modul Bonus 3: Truth Talk: Testimoni “LIVE” peserta Guangzhou 102

Modul-modul Bonus ini akan pertama kalinya dikongsi di dalam Guangzhou 101, khas buat sahabat-sahabat di Kuching.

Tim Great Minds berharap usaha kecil kami untuk sama-sama berkongsi maklumat dengan rakan-rakan usahawan di Kuching  dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk perniagaan Muslim bercambah dengan pesat di bumi Borneo. Sesungguhnya sangat banyak peluang yang boleh diterokai di Guangzhou.

Kami sangat mengalu-alukan cadangan dan maklumbalas dari Tuan/Puan berkenaan program di Kuching ini. Jika ada apa-apa persoalan berkenaan Guangzhou 101, Tuan/Puan boleh hubungi kami melalui email greatmindstc@gmail.com atau menelefon kami di 019-950 5118 (Tuan Nizar) atau 019-936 4966 (Tuan Shuaib).

Cara-cara untuk mendaftar boleh diperoleh di sini.

Update berkenaan program ini akan dibuat dari masa ke semasa. Insya-Allah.

Salam hormat.



21 Comments

  1. Jauyah Binti Ismail
    7 years ago

    Hello Team Great Minds. I am so interested to join your great courses.
    I am a bumiputra sarawak belong to Melanau ethnic group.
    Eventhough I never had never venture into business before, your courses had open the doors to the business world which I have been
    waiting for quite sometimes.
    Once again, syabas and thumb up to Team Great Minds.

    Thank you.

    Reply

    • Admin BBC
      7 years ago

      Assalamualaikum Puan,

      Thanks a lot for your email/comment. We have replied to you the guideline to register for our course. Hope to see you in Kuching next month!

      Reply

  2. Hamzah Fansury
    7 years ago

    Assalamu ‘alaikum..

    Tahniah diucapkan kpd Team Great Mind krn sanggup berkongsi ilmu dan seterusnya membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan..Di sini saya ingin mengetahui berapakah kos yang selalu diperlukan untuk menyertai trip memborong di china..

    Reply

    • Admin BBC
      7 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Terima kasih di atas komen Tuan. Kami sudah menghantar email kepada Tuan berkenaan program Guangzhou 101. Salam hormat.

      Reply

  3. Johann Harris
    7 years ago

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia…

    Tolong email kpd saya juga kos untuk trip ke China beserta tarikh tuan hendak ke sana..

    Terima kasih.

    Reply

    • Admin BBC
      7 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Kami sudah mengemail Tuan berkenaan Trip ke China dan juga cukai kastam. Moga penjelasan saya membantu Tuan. Salam hormat.

      Reply

  4. Johann Harris
    7 years ago

    Maaf satu soalan lagi…

    adakah barang yang dibeli akan dikenakan cukai kastam dan,duti import?

    Reply

  5. Miss Ashley-Na
    7 years ago

    Salam, saya seorang student di ipta di sarawak. saya berminat nak join. boleh ke saya join kursus ni walaupun saya bukan seorang pegusaha bisnes?

    saya mendapati kursus ini sangat bermanfaat kepada semua terutama kepada yang belum mempunyai perniagaan sendiri kerana kursus ini dapat guide seseorang untuk bermula dari awal.

    satu lagi, bayaran sebanyak Rm 250 utk 10 terawal, macam mane saya nak tau saya antara yang terawal atau tak?

    Then, cara pembayaran melalui bank-in Maybank. Saya mendapati bank-in melalui cah deposit machine Maybank takde nombor rujukan. Macam mane tu? Sebab saya student, bz kat kampus jadi biasanya saya akan ke bank pada waktu selepas office hours.

    saya harap pihak tuan dapat memberikan maklumat lanjut kepada saya.

    Terima Kasih.

    Reply

    • Admin BBC
      7 years ago

      Assalamualaikum CikPuan,

      Kami sudah mengemail Cik Puan mengenai pembayaran yuran kursus. Terima kasih.

      Reply

  6. FFC
    7 years ago

    As-salam,
    berapakah kos yang diperlukan untuk menyertai trip memborong di china.Dan adakak yang menyertai kursus sahaja layak untuk menyertai rombongan tersebut

    Reply

    • Admin BBC
      7 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Kami sudah mengenail Cik Puan berkenaan kursus dan trip ke China. Semoga bermanfaat. Salam hormat.

      Reply

  7. FFC
    7 years ago

    Assalam
    Saya berminat untuk menyertai rombongan ke Guangzhou pada bulan Jun nanti.Bagaiman cara nya

    Reply

    • Admin BBC
      7 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Kami sudah menghantar maklumat berkenaan trip bulan June kepada Cik Puan melalui email. Salam hormat.

      Reply

  8. Aidie
    7 years ago

    1. Bagaimana caranya saya & isteri mahu menjadi peserta 10 terawal?
    2. Brp total cost China trip?

    Reply

    • Admin BBC
      7 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Kami sudah pun mengemail Tuan berkenaan Guangzhou 101 di Kuching minggu hadapan. Terima kasih.

      Reply

  9. monica
    7 years ago

    saya berminat utk mngikut trip ke guangzhou. adakah yg mgikuti kursus ini shj layak mgikuti trip tsebut? brpkah anggaran memborong brg dr sana & brpkah kos pakej rombongan anda?

    Reply

    • Admin BBC
      7 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Kami sudah mengemail Cik Puan berkenaan program kami. Terima kasih dan Salam hormat.

      Reply

  10. Tina
    7 years ago

    saya dari kuching.. saya ingin menyertai kursus yg akan diadakan di Dewan SIPEC pada 26.3.2011. Adakah masih ada kekosongan untuk peserta 50 pembaca utusan sarawak, dan bagamana hendak mendafatar?

    Reply

    • Admin BBC
      7 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Kami sudah mengemail Cik Puan berkenaan kursus kami di Kuching. Cik Puan boleh mendaftar dengan mengisi borang penyertaan yang terdapat di website kami. Terima kasih.

      Reply

  11. rar
    7 years ago

    Salam Hormat,

    Emelkan pada saya juga berkenaan kursus di Kch.TQ

    Reply

    • Admin BBC
      7 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Kami sudah emailkan kepada Tuan berkenaan Guangzhou 101:Edisi Kuching. Terima kasih.

      Reply

Post a Reply to monica

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.