Seminar Borong Kombo | Guangzhou 101

Bisnes Borong China

 

Guangzhou 101 bukan sekadar seminar “biasa-biasa.”

Guangzhou 101 merupakan seminar separuh hari yang membincangkan tentang proses memborong barangan dari China menggunakan teknik luar biasa yang telah diformulasi oleh Great Minds Tim. Seminar ini terbahagi kepada 4 modul utama iaitu:

  1. “BE PREPARED: TIPS & TRICKS”
  2. “SURVIVOR MODE: WELCOME TO CHINA”
  3. “BONUS MODUL: WHOLESALE PURCHASE”
  4. “BUSINESS SHARING (INTERNET MARKETING)”

♦♦♦

“BE PREPARED: TIPS & TRICKS”

  1. Memberi pendedahan eksklusif tentang negara China dan potensi perniagaan yang terdapat di sana.
  2. Latarbelakang negara China dan pencapaian China sebagai kuasa gergasi ekonomi dunia dikongsi bersama.
  3. Urusan sebelum ke China akan diterangkan secara terperinci.
    1. Pembelian tiket
    2. Urusan visa
    3.  Bank akaun,
    4. Tukaran wang ke RMB,
    5. Tip bagasi,
    6. Keperluan yang perlu dibawa ke China
  4. Tunjuk ajar bagaimana untuk mengenalpasti wang palsu. Contoh wang palsu juga akan ditunjukkan kepada para peniaga agar mereka lebih berwaspada semasa berada di sana.

“SURVIVOR MODE: WELCOME TO CHINA”.

  1. Peserta diterangkan secara terperinci tentang kaedah SURVIVOR MODE yang dipolopori oleh Tim Great Minds untuk program Guangzhou 102: Trip Borong China.
  2. Lazimnya 85% yang hadir ke Guangzhou 101 akan menyertai Guangzhou 102, maka gambaran awal tentang proses perjalanan di Guangzhou menggunakan metod SURVIVOR ini perlu dihadam oleh bakal peserta.
  3. Konsep SURVIVOR MODE juga dijamin akan membuatkan peserta yang menyertainya sangat berpuas hati. Melalui konsep ini kami telah membantu lebih 5000 usahawan mendapatkan produk di China dan Vietnam serta konsep ini digunapakai oleh trip lain yang juga merupakan peserta trip kami.
  4. Kaedah SURVIVOR MODE juga telah meletakkan Guangzhou 102 sebagai trip borong China yang berprestasi tinggi. Ini kerana ia berjaya melahirkan ramai usahawan yang mampu menerokai Guangzhou sendirian tanpa pemandu pelancong atau jurubahasa.
  5. Selain itu bab ini juga menyentuh tentang Hotel, makanan Halal, sistem pengangkutan di Guangzhou, Plaza-plaza borong dan tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati.

“BONUS MODUL: WHOLESALE PURCHASE”

  1. Para peserta akan dibimbing bagaimana untuk melakukan urusniaga di negara China.
  2. Membuat kajian barangan sebelum ke China
  3. Meliputi kaedah berkomunikasi dengan peniaga China, negosiasi, penyediaan bajet kali pertama ke China, cara-cara memilih pembekal dan servis penghantaran barang dari China ke Malaysia.
  4. Cara Repeat Order

“BUSINESS SHARING (INTERNET MARKETING)”

  1. Para trainers akan berkongsi kisah-kisah kejayaan mentor jutawan di Malaysia dan antarabangsa sebagai pencetus motivasi untuk gerak kerja bisnes yang teratur dan berkesan.
  2. Teknik pemasaran dan panduan pengurusan inventori menggunakan teknik “Exit Plan Strategy” juga akan dikupas.
  3. Basic tentang Internet Marketing
  • Customer Avatar
  • Google Adword
  • FB Ads

Di akhir Seminar Borong China: Guangzhou 101 ini, para peserta berpeluang untuk melihat sendiri produk-produk yang boleh diperoleh dari Guangzhou, China. Harga kos setiap barangan juga akan dimaklumkan kepada peserta. Dengan ini para usahawan akan dapat gambaran jelas tentang harga dan kualiti barangan di China.

 

Jangan tunggu lagi. Daftar tempat anda ke Seminar Borong China: Guangzhou 101 hari ini juga!

Daftar di sini.

[Kursus ini telah digabungkan bersama 2 tempat memborong lain, Yiwu dan Saigon. Kini Kursus ini dikenali sebagai Seminar Borong Kombo 3 dalam 1, semperna 3 kawasan borong Guangzhou, Yiwu dan Saigon]

Masih ada persoalan yang belum terjawap? Kami menjemput Tuan/Puan untuk membaca FAQ kami di sini.