{Guangzhou 101:Edisi Kuching} berjaya!

March 29, 2011 21 Comments by

Guangzhou 101

Assalamualaikum Tuan Puan,

Kami doakan semuanya berada dalam perlindungan Allah dan sentiasa beroleh rezeki halal yang melimpah-ruah, pagi dan petang.

Tuan Puan yang dikasihi,

Alhamdulillah, di sini kami suka ingin berkongsi kegembiraan dengan pembaca semua berkenaan kursus yang baru sahaja selesai di Kuching, 26 Mac 2011. Kursus tersebut adalah yang pertama dijalankan di luar Lembah Klang. Kursus yang berlangsung sehari itu telah mencipta sejarahnya sendiri. Ia mempunyai 3 modul tambahan yang belum ada sebelum ini, sesi testimonial live dari bekas peserta dan jualan buku-buku PTS yang diangkut oleh Tuan-tuan Trainer membelah lautan dan menjualnya pada harga Semenanjung Malaysia sahaja. Alhamdulillah. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kami tidak sabar untuk pergi ke Kuching semula Jun ini untuk Kursus Guangzhou 101 yang akan datang.

Peserta sedang sibuk membelek buku yang dibawa oleh Tim Great Minds. Seperti yang dijangka, hanya sebuah sahaja buku Puan Ainon Mohd yang pulang ke Kuala Lumpur malam itu. Yang lain habis dibeli peserta.

Tim Great Minds sangat kagum dengan usaha gigih setiap peserta yang datang ke Kursus berkenaan. Malah ada yang datang datang dari Miri untuk bersama-sama menimba ilmu berbisnes di China. Kami doakan pengorbanan masa dan wang ringgit Tuan Puan untuk bersama kami dikira sebagai amal ibadah oleh Allah.

Di sini kami di Great Minds ingin merakam sejuta penghargaan buat Tuan Syed Akil, selaku wakil kami di Borneo di atas kerja kuat beliau untuk memastikan seluruh program berjalan lancar.

Tuan Syed Akil, orang “kuat” kami di Kuching sedang menerima buat tangan buku dari Tim Great Minds. Tuan sentiasa berada di dalam doa kami!

Terima kasih tanpa noktah buat Tuan Shafrizan, pemilik EyeBorneo dan Cik Puan Eva, yang kedua-duanya adalah Alumni Guangzhou 102. Kehadiran Tuan dan Cik Puan ke Guangzhou 101:Edisi Kuching untuk berkongsi rasa dan pengalaman berbisnes di China sangat tidak ternilai harganya buat kami dan juga peserta-peserta yang lain. Kami doakan bisnes Tuan dan Cik Puan berkembang tanpa henti dan sentiasa mendapat pertolongan Allah. Sesi akhir iaitu Truth Talk: *Live* Testimonial dari peserta Guangzhou 102 tidak akan sempurna tanpa kehadiran sahabat-sahabat berdua.

Tuan Shafrizan dan Cik Puan Eva di dalam Mini Forum Truth Talk: *Live* Testimonial peserta Guangzhou 102.Tuan Shahfrizan menyertai Tim Great Minds ke China pada Disember 2010 dan Cik Puan Eva baru sahaja pulang dari China awal Mac yang lalu bersama kami. Pengalaman mereka di China memberikan impak maksima kepada peserta-peserta. Yang paling menarik, Tuan Shafrizan dan Cik Puan Eva berjaya memukau pendengar dengan “The AfterMath” setelah kembali dari China. 3 bulan selepas pulang dari Guangzhou, Tuan Shafrizan kini sudah berurusan terus dengan pembekal di China tanpa bantuan orang tengah. Bagaimana ke China mengubah bisnes cermin mata beliau sehingga dipilih oleh kerajaan Sarawak sebagai Kedai Harga Patut (kategori Cermin Mata) akan kami kongsikan bersama peserta Guangzhou 101 yang akan datang.

Penghargaan juga buat Tuan Rahman Baharun, wakil media dari Utusan Sarawak dan yang terutama, semua peserta hebat-hebat, anak Bumi Kenyalang. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik orang-orang Sarawak yang sangat tinggi santunnya. Kami amat-amat gembira berada di Kuching walaupun hanya seketika.

Bergambar bersama saudagar-saudagar borong China dari Kuching. Jumpa kalian di Guangzhou Insya-Allah!

Alhamdulillah, sebaik sahaja kursus berakhir, 4 orang sudah memberi komitmen untuk melangkah setapak lagi ke hadapan dengan mendaftar ke Guangzhou 102. Insya-Allah, makin ramai lagi anak Sarawak akan menjadi Saudagar Borong dari China. Amin.

Insya-Allah kami merancang untuk ke Kuching semula pada bulan June memandangkan permintangan dari orang Sarawak sangat memberangsangkan. Jika Tuan Puan mahu mengadakan kursus Guangzhou 101 di tempat Tuan dan berminat untuk menganjurkan/menguruskan Kursus tersebut, Tuan Puan boleh hubungi kami. Insya-Allah kami akan berusaha untuk berkongsi dengan lebih ramai lagi Muslim Malaysia tentang peluang perniagaan yang ada di sana.

Tuan Puan,

Mereka yang jauh di Kuching sudah merasa bahang dan penangan berbisnes di China. Tuan Puan bila lagi?

Sertai kami dan daftar sekarang untuk ke Guangzhou 101 dan Guangzhou 102. Tempat semakin terhad, masa semakin suntuk dan semakin ramai yang mahu mengubah nasib bisnes mereka dengan meneroka mencari peluang dan ruang baru dari China. Moga Allah ketemukan mereka dengan lubuk-lubuk emas yang tidak ternilai di China.

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami diĀ sini.

WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

20 Comments

  1. Nouri
    6 years ago

    waaa..tak sabar nak join..menunggu kursus bulan sep atau dec buka..skrg ni cuti maternity =)

    tahniah BBC

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Terima kasih tidak terhingga atas sokongan Cik Puan. Insya-Allah kami akan ke Kuching semula pada bulan Jun. Jika Cik Puan lapang bolehlah hadir ke Guangzhou 101 pada tarikh tersebut.

      Salam hormat dan terima kasih.

      Reply

      • nooraini nashruddin
        6 years ago

        assalamualaikum..saya mendapat tahu ttg biz ini stelah membaca majalah Nur keluaran Mei 2011..saya ingin tahu bagaimana saya dapat mengikuti program yg akan diadakan di Kuching 25 Jun 2011 akan datang.untuk pengetahuan tuan, saya tinggal di Kota Kinabalu, Sabah.terima kasih.

        Reply

  2. Johari
    6 years ago

    Slm,

    Alhamdulillah, Saya & isteri sangat2 berpuas hati dengan kursus ini. Terima kasih kpd pihak Team Great Minds,Tuan Syed Akil serta sahabat2 peserta kursus pada hari itu. Sama2lah kita berdoa semoga dibukakan jalan rezeki kepada kita semua..Amiin.

    Johari Ariffin & Nor Ezuani Mohd Yunus

    Kota Kinabalu, SABAH.

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Alhamdulillah, terima kasih atas maklumbalas Tuan. Kami juga amat gembira dapat menambah kenalan yang hebat-hebat seperti Tuan dan isteri. Doakan moga destinasi Guangzhou 101 seterusnya sampai ke KK pula. Insya-Allah kita jumpa pula di Guangzhou June ini!

      Salam hormat dari Tim Great Minds buat Tuan sekeluarga.

      Reply

  3. siti radhiah
    6 years ago

    salam,,, sy pun berminat nk bisnes sendiri. jika khurus ini boleh membantu saya utk berjaya alangkah bsg nya. sy nk tahu sejauh mana khurus ini boleh membantu dan apa kah benefit yg boleh di perolehi.. tq

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Terima kasih di atas komen yang diberikan. Kami sudah email info berkenaan program kami ke email Cik Puan.

      Reply

  4. Farhana
    6 years ago

    Boleh saya dapatkan info penuh tentang program-program ini. Ape bezanya 101 & 102?

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Email berkenaan program sudah dihantar ke Inbox Cik Puan. Kami doakan bisnes Cik Puan akan bertransformasi dengan bertambahnya maklumat Cik Puan berkenaan program memborong di China. Salam hormat.

      Reply

  5. ady
    6 years ago

    Saya nak tahu apakah program ini yang sebenarnya dan sejauh mana program ini dapat membantu orang seperti saya yang Zero

    Reply

  6. rozita
    6 years ago

    i need to know details regarding the course…..can u emails me?

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Tuan Puan yang dirahmati Allah,

      Alhamdulillah, persoalan Tuan Puan sudah kami jawab melalui email. Jika masih ada apa-apa persoalan, boleh email kami semula. Terima kasih.

      Reply

  7. puteri farah najwa
    6 years ago

    assalamualaikum.

    i am very much interested to know more about this training and to attend as well. what will i learn throughout the training if you dont mind sharing?
    just wondering if may session is still open for registration? if yes i will register and transfer the money. it is rm 100 right? per person kan?

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Waalaikumsalam warahmatullah,

      Didoakan Cik Puan sentiasa berada dalam perlindungan Allah. Kami sudah menerima email Cik Puan dan sudahpun membalasnya semula. Semoga dipermudahkan segala urusan Cik Puan. Terima kasih.

      Reply

  8. Johann Harris
    6 years ago

    saya berminat untuk kursus bulan jun nanti setelah terlepas peluang Mac lalu..mohon di emelkan maklumat berkaitan bersekali dengan maklumat Kos bagi trip ke Vietnam pada Jun nanti.

    Terima kasih.

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan Harris,

      Tuan Harris yang dikasihi Allah, terima kasih atas minat Tuan. Kami sudah emailkan kepada Tuan berkenaan program Vietnam.

      Sekian, kami suka!

      Reply

  9. teja
    6 years ago

    hi.boleh email detail untuk saya .sy juga nak itenerary ke guangzhou

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Maklumat berkenaan program kami sudah pun diemelkan kepada Tuan. Salam hormat.

      Reply

  10. azura
    6 years ago

    salam, saye pun rase berminat juga nak join bisnes ni, adakah perlu bayaran kalau saye gi kursus ni?

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Kami sudah pun emailkan kepada Cik Puan berkenaan program yang kami anjurkan. Semoga bermanfaat. Kami suka!

      Reply

One Trackback

  1. By Tim Great Minds Jelajah Borneo 2011 on May 22, 2011 at 12:40 am

    […] di Guangzhou serta bagaimana ilmu memborong itu mengubah bisnes mereka sekarang. Respon daripada bekas peserta Guangzhou 101: Edisi Kuching Mac yang lalu sangat-sangat memberangsangkan dan mereka amat teruja kerana dapat bertemu sendiri dengan […]

Post a Reply to Admin BBC

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.