Informasi Guangzhou 102

Bisnes Borong China

Bisnes Borong China | Bersama sebahagian peserta-peserta Trip September 2010 di Restoran Halal

Peniaga-peniaga Cina di Malaysia sudah lama ke Negara China untuk mengambil produk dari sana dan dijual di negara kita. Lambakan barangan dari Negara China sangat ketara kerana China sudah menjadi Negara perindustrian utama dunia. Seluruh dunia bertumpu ke sana termasuk jenama-jenama besar antarabangsa seperti IKEA. Ini kerana kos menghasilkan sesuatu produk di China adalah jauh lebih murah.

Peluang di sana amat besar dan amatlah rugi jika usahawan Melayu Islam tidak mengambil peluang membeli borong dari China. Masih ramai peniaga Muslim mengambil produk dari pemborong di Malaysia dengan harga yang tinggi dan margin keuntungan sangat kecil. Ada antara peserta-peserta kursus kami yang mengeluh untuk meneruskan bisnes masing-masing kerana pulangan yang minima. Fenomenan ini kerap berlaku terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil dan peniaga sambilan yang menjual produk di kedai-kedai online.

Guangzhou 102 @ Trip Borong China

Kami dapati ramai kenalan yang kecewa kerana tidak tahu untuk ke China semula setelah pulang dari sana. Bagi peniaga yag mahu membina perniagaan jangka panjang di negara China, mereka perlu arif dengan selok-belok jalan di China, lokasi Plaza Borong dan Restoran Halal di Guangzhou supaya mereka boleh pergi sendiri di kemudian hari tanpa perlu membayar Juru Bahasa atau tahu berbahasa Cina.

Maka Tim Great Minds melihat peluang itu dan memberi nafas baru kepada trip borong ke China yang kami kendalikan, atau lebih dikenali sebagai Guangzhou 102. Mereka memperkenalkan konsep “Survivor Mode” yang mana para usahawan diajar untuk bergerak di Guangzhou dengan menggunakan kenderaan awam utama iaitu Metro Guangzhou. Pakej Borong China unik yang dipelopori Tim Great Minds ini mendapat liputan Majalah NUR dan juga Pa&Ma terbitan KarangKraf.

Sistem pengangkutan Metro di Guangzhou adalah kompleks dan setanding dengan negara maju yang lain. Great Minds mengambil peluang ini untuk membimbing para peserta pergi ke Plaza-Plaza Borong utama sekitar Guangzhou dengan menggunakan Metro. Mereka juga dibawa ke Plaza-plaza borong yang berwibawa dan pernah menjadi pembekal kepada Tim Great Minds. Dengan ini usahawan yang pertama kali ke sana akan lebih yakin untuk membuat belian borong pertama mereka. Cara urusniaga jual beli secara borong dengan pembekal China dan urusan penghantaran barang-barang ke Malaysia juga dijelaskan secara terperinci. Selain itu, pada sebelah malam, peserta diajar untuk pergi ke restoran-restoran Halal sekitar Guangzhou yang berhampiran dengan Stesen Metro.

Sepanjang trip yang dijalankan pada tahun 20o9 hingga 2011, para peserta memberikan respon yang sangat positif dengan kaedah yang kami guna pakai di dalam trip borong China ini. Kejayaan manis yang dikecapi oleh tim Great Minds ialah apabila ramai para peserta berkeyakinan untuk pergi ke Pasar Borong sendirian dengan menaiki Metro seawal hari kedua di Guangzhou. Yang paling membanggakan adalah ada peserta-peserta Guangzhou 102 sudah pun ke Guangzhou semula untuk membuat urusan perniagaan dan berjaya untuk mengaplikasi teknik Survivor Mode yang dibekalkan kepada mereka pada trip pertama bersama Great Minds. Ya, mereka semuanya tidak tahu berbahasa Cina dan mampu berdikari di sana!

Jika Tuan Puan mahu mengetahui kisah-kisah kejayaan usahawan-usahawan yang telah ke China bersama Pakej Borong Tim Great Minds, kami akan kongsikan semuanya semasa Kursus Borong China: Guangzhou 101 yang kami jalankan setiap bulan di Dewan Ainon Mohd, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Trip Borong China pada bulan Januari 2011

Bisnes Borong China | Guangzhou 102 Trip Borong China pada bulan Januari 2011

Walaupun membuat perniagaan borong, jumlah peserta yang dikendalikan Great Minds bukan berskala “borong” bagi memastikan servis yang diberikan berkesan. Kelebihan & keistimewaan Guangzhou 102 adalah pendekatan yang dibawa jauh berbeza. Logiknya pendekatan ini mungkin secara kasar dilihat merugikan Great Minds.

Kenapa?

Ini kerana Guangzhou 102 boleh melahirkan peniaga-peniaga yang mempunyai ilmu dan gerak kerja seperti mereka hanya dalam masa 4 hari! Segala ilmu dan pengalaman mereka selama ini telah dipakejkan di dalam Guangzhou 102, dengan yg demikian kesemua peserta dapat belajar terus dari pengalaman dan kesilapan mereka selama ini.

Orang yang bijak adalah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain, bukan menunggu sehingga dirinya melakukan kesilapan yang sama.

Bisnes Borong China | Trip Borong China: Survivor Mode

Bisnes Borong China | Trip Borong China: Survivor Mode, Tuan Shuaib sedang memberi penerangan di Stesen Metro

Di sini kami ingin mengambil peluang untuk memperincikan gerak kerja Tim Great Minds di Guangzhou:

Kami TIDAK menggunakan charted bus/van untuk pergi ke Plaza Borong. Seluruh perjalanan ke Plaza Borong dan ke Restoran Halal menggunakan kenderaan awam

Kami akan membawa peserta ke kedai-kedai borong yang pernah kami berurus niaga sebelum ini. Dengan ini para usahawan sudah mempunyai “base price to begin with” sebelum membuat “culaan” harga di kedai-kedai lain.

Kami membuat personal coaching bagi usahawan yang sudah mempunyai target tertentu. Sebagai contoh Usahawan A mahu memborong alat tulis (manakala peserta yang lain tidak berminat untuk mencari alat tulis). Seorang trainer akan menemani Usahawan A ke Plaza Borong Alat Tulis dan mengajar cara-cara untuk ke sana menggunakan Metro. Hari-hari seterusnya di Guangzhou jika Usahawan A mahu fokus untuk mencari pembekal alat tulis, beliau boleh ke sana sendirian tanpa terikat untuk mengikuti program yang telah kami atur.

Kami akan kenal pasti target barangan para peserta (jika ada) sebelum menyusun jadual di Guangzhou. Majoriti peserta mahu belajar cara-cara ke semua Plaza Borong dengan menggunakan Metro. Hanya sebilangan yang sudah mempunyai perniagaan yang mahu fokus kepada satu-satu Plaza Borong sahaja. Memandangkan kami mempunyai 3-5 orang trainer pada suatu masa (bergantung kepada jumlah peserta), maka kami boleh berpecah kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil untuk bergerak di Guangzhou.

Menguruskan sejumlah peserta dengan menggunakan Metro adalah jauh lebih rumit dan memenatkan berbanding dengan menaiki bus tempahan khas. Namun konsep Survivor Mode yang dipolopori Tim Great Minds akan tetap diteruskan. Mereka yang mahu melancong, membawa warga emas dan tidak mahu bersesak-sesak menggunakan kenderaan awam dinasihatkan untuk memilih trip yang ditawarkan oleh Agensi Pelancongan bagi memastikan keselesaan Tuan Puan terjamin.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang memilih kami sebagai rakan niaga anda di Guangzhou, Tahniah diucapkan dan Insya-Allah pelaburan anda berbaloi!

Dapatkan tip perniagaan borong, kursus perniagaan dan keusahawanan, 5 produk hangat dari Guangzhou dengan melanggan NewsLetter kami. Tuan Puan hanya perlu mendaftarkan email di kotak merah Autoresponder di muka hadapan laman web ini. Dapatkan juga update terkini tentang kami dan dunia perniagaan dengan “LIKE” kami di FB Page Great Minds Training and Consultancy.

Sekian, kami suka!

Bisnes Borong China | Trip Borong China Makanan Halal

Bisnes Borong China | Trip April 2011 Gambar wajib bagi setiap trip. Bergambar di hadapan Restoran Abdullah

Masih ada persoalan yang belum terjawap? Kami menjemput Tuan/Puan untuk membaca FAQ kami di sini. Pertanyaan lanjut berkaitan Pakej Borong China yang ditawarkan oleh Tim Great Minds, Tuan Puan boleh menghubungi kami di sini.

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan Pakej Borong Guangzhou yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

Bisnes Borong China _ Robongan Politeknik ke GuangzhouRekod TerbaruPosted on October 19, 2013

KKJHEWA Anjur Kursus BorongPosted on September 16, 2012

475473_399356720083065_1163159593_oKursus Borong Kombo di UIA GombakPosted on June 14, 2012

551761_197435423700156_524564651_nKursus Di Ipoh Meriah!Posted on June 13, 2012

photo (5)Panduan Memborong Di Vietnam habis stok!Posted on June 12, 2012