Borong China: Shang Xia Jiu Lu

May 31, 2011 1 Comment by

Image: Google

Di Guangzhou, terdapat banyak “hotspot” yang menarik untuk dilawati pada waktu malam. Setelah seharian bergelumang di Plaza Borong, waktu malam biasanya digunakan oleh para peserta trip borong untuk bersiar-siar di sekitar kota metropolitan itu.

Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah Shang Xia Jiu Lu.

Shang Xia Jiu Lu terletak di Liwan District, sebuah jalan yang menempatkan lebih 300 buah outlet kedai. Ia dibuka pada tahun 1995 dan adalah jalan komersial membeli-belah pertama di Guangzhou. Pusat beli belah ini sarat dengan elemen senibina tradisional yang banyak dipengaruhi oleh budaya Lingnan (Lingnan merujuk kepada wilayah-wilayah di Selatan China). Tarikan utama di sini adalah senibina deretan kedai sepanjang 1200 meter yang cantik dan menggambarkan identiti Guangzhou, sebuah wilayah yang makmur di Selatan China. Dari jam 13:00 hingga 21:00, Shan Xia Jiu Lu hanya dibuka khas untuk pejalan kaki sahaja. Waktu malam hujung minggu biasaya amat sesak dan sukar untuk mendapatkan teksi dari sini.

Kebanyakan kedai-kedai di sini menjual pakaian, aksesori dan kasut jenama lokal pada harga yang berpatutan. Di sini juga terdapat banyak patung-patung menyerupai manusia di bahagian tengah antara Shang Jiu Lu dan Xia Jiu Lu. Terdapat sebuah restoran Halal masakan XinJiang di hujung jalan ini.

Shang Xia Jiu Lu boleh dilawati dengan menaiki Metro Line 1 dan berhenti di Stesen Chang Shou Lu.

Trip Borong China: Shang Xia Jiu Lu

Bisnes Borong China | Salah sebuah arca di Shang Xia Jiu Lu


Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

Bisnes Borong China _ Robongan Politeknik ke GuangzhouRekod TerbaruPosted on October 19, 2013

KKJHEWA Anjur Kursus BorongPosted on September 16, 2012

475473_399356720083065_1163159593_oKursus Borong Kombo di UIA GombakPosted on June 14, 2012

551761_197435423700156_524564651_nKursus Di Ipoh Meriah!Posted on June 13, 2012

photo (5)Panduan Memborong Di Vietnam habis stok!Posted on June 12, 2012

One Trackback

  1. By Borong China: Beijing Lu, Guangzhou on June 4, 2011 at 10:02 am

    [...] Lu sedikit berlainan dengan Shang Xia Jiu Lu. Ianya lebih moden, jalannya lebih luas dan tidak sesesak di Shang Xia Jiu Lu. Suasana di Beijing [...]

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.