Guangzhou 102: Januari 2011

January 18, 2011 6 Comments by

Segala puji bagi Allah yang telah membantu kami menyempurnakan Guangzhou 102: Januari 2011 sebagai pembuka tirai tahun baru. Kami ingin merakamkan setinggi perhargaan kepada semua peserta Guangzhou 102 yang telah memberikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang program berlangsung. Wajah-wajah ceria di dalam gambar-gambar FB para peserta setelah pulang dari Guangzhou sangat menggembirakan hati kami dan kami berharap ukhwah yang terjalin sepanjang 5 hari 4 malam di sana akan terus kekal selama-lamanya.

Mudah-mudahan segala ilmu yang telah dikongsikan kepada para peserta dicatat sebagai ilmu bermanfaat dan diterima oleh Allah Taala. Allah sahajalah Tuhan yang Maha Sempurna, oleh itu kami mohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang program berlangsung. Kami doakan bisnes Tuan/Puan sekalian akan berkembang maju dan semoga kita berjumpa lagi di Guangzhou di masa akan datang.

Berikut adalah gambar-gambar dari FB 2 peserta Guangzhou 102, Puan Salawati dan Puan ShaNaNa. Mohon izin untuk dikongsikan di sini.

Para peserta sedang diberi penerangan di dalam Stesen Metro di Guangzhou oleh Tuan Shuaib.

Bergambar di Plaza Borong Barangan Kulit

Para peserta sedang membeli makanan di Pasar Jumaat.

Bergambar sementara menunggu makanan dihidangkan di Restoran Halal Makanan Cina.

Gambar kenang-kenangan di luar restoran.

Bergambar di hadapan Plaza Borong Aksesori.

Mereka sudah sampai ke Guangzhou. Bilakah giliran anda pula?

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami diĀ sini.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016

6 Comments

  1. Jern
    6 years ago

    BEST TRIP EVER!!!!tahniah GMTC,memang bagus,membuka mata peniaga kecil dan besar tentang potensi bisnes barang China.semoga terus berjaya kepada semua!!

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Terima kasih Tuan. Kami suka doa Tuan dan berharap Tuan dan keluarga akan terus berdoa untuk kami. Kami juga doakan Tuan mendapat ilmu yang bermanfaat hasil daripada Trip Borong kita tempohari dan dapat membina bisnes yang mantap hendaknya. Kami sangat teruja membawa grup pertama untuk tahun ini ke China. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Alhamdulillah. Jumpa lagi di Guangzhou!

      Reply

  2. wan
    6 years ago

    cyaiok2x….GMTC membuka minda bagi memulakan perniagaan yang kita tidak jangkakan..Survivor Mode yang diterapkan menjadi kami lebih yakin utk terus ke sana…semoga terus berkembang maju kpd anda semua

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Kami kagum dengan semangat Tuan dan isteri dalam membina bisnes untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati. Kami sungguh gembira diberi peluang untuk mengenal usahawan hebat seperti Tuan. Moga ukhwah yang kita bina dari awal Tuan mengikuti kami di Guangzhou 101, kemudian Guangzhou 102, dan datang berkunjung ke rumah kami selepas itu akan berkekalan hingga ke syurga. Kami doakan bisnes yang Tuan dan isteri jalankan akan dikurniakan hasil yang melimpah-ruah oleh Allah. Ketemu lagi di Guangzhou nanti!

      Reply

  3. Penjual budiman
    6 years ago

    Alhamdulillah,..terima kasih kerana memberi peluang kepada saya, mengikuti Saudara Shuib, Saudara Nizar dan semua orang kuat GMTC..belajar selok belok..sepak terajang..cara2 memborong di Guangzhou….hanya Allah dapat membalas segala pertolongan dari saudara semua kepada saya, budak yang baru belajar nii….Thank U all very much…;-)

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Tuan adalah individu hebat yang mengikuti program kami dari Guangzhou 101, Guangzhou 102 dan seterusnya ke Guangzhou lagi meneruskan bisnes Tuan. Kami rasa bertuah dapat bertemu Tuan. Tuan dapat memberi inspirasi kepada ramai peniaga baru di luar sana yang mengintai peluang untuk ke China. Kami di Great Minds mendoakan Allah melimpah rezeki yang banyak untuk Tuan dari setiap pintu rezeki.

      Salam hormat.

      Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.