Makanan Halal di Guangzhou

January 14, 2011 No Comments by

Tahukah anda yang Islam dibawa ke China oleh bapa
saudara nabi Sa’ad b Abi Waqas? Rombongan Sa’ad Abi Waqas dan
beberapa sahabat telah dihantar berdakwah ke China oleh
Rasulullah sebelum umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah
lagi.

Masjid Huaisheng, Guangzhou

Kini misi dakwah yang diutus Rasulullah lebih 1400 tahun yang lalu telah melahirkan lebih 136 juta umat Islam di China. Penduduk Muslim warga China boleh didapati di setiap wilayah di negara tersebut. Maka tidak hairanlah jika kita dapati banyak masjid-masjid tertua di dunia boleh dijumpai di China.

Di dalam trip Borong China kami ke Guangzhou, kami akan membawa peserta-peserta untuk melihat dan menghayati sendiri budaya umat Islam China di sana. Peluang ini kami ambil semasa hari pertama program Guangzhou 102 iaitu sewaktu solat Jumaat di Masjid Saad bin Abi Waqas.

Masjid Saad bin Abi Waqas merupakan antara masjid tertua di dunia. Di sini
terletaknya makam Sa’ad b Abi Waqas. Para peserta juga akan
diberi peluang untuk melawat ke makam beliau. Jika anda
berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Islam di
China, dapatkan buku tulisan Tuan Ann Wan Seng, Rahsia Islam Di China, terbitan PTS dari link di ini.

Solat jumaat adalah waktu yang tersibuk di masjid ini kerana

sepanjang jalan ke masjid, kita akan berjumpa banyak gerai-gerai
yang menjual makanan halal dan produk-produk harian lain. Suasana
waktu itu meriah seperti pasar pagi Sabtu di Taman Melawati.
Kesempatan ini akan direbut oleh peserta-peserta kami untuk
merasa makan di kaki jalan Guangzhou dan menikmati kelazatan
makanan halal yang dijual.

Antara makanan kegemaran kami di “pasar” tersebut adalah sate
kambing dan nasi beriani. Memang power! Rugi rasanya kalau sudah
sampai ke Guangzhou tetapi belum mencuba sate kambing dan nasi
beriani di sini.

Baru-baru ini kami ada mendapat email dari seorang sahabat
bertanya tentang makanan Halal sepanjang program Guangzhou 102.
Mungkin ramai yang keliru dan menganggap susah untuk mencari
restoran Muslim di sana. Jika anda bukan terlalu memilih
tentang makan, Insya-Allah pengalaman “bersantap” di Guangzhou
memang menarik. Di sana bukan setakat restoran Muslim bertaraf
hotel boleh kita temui, malah kedai-kedai tepi jalan seperti
warung juga terdapat di sana. Tepuk perut, tanya selera!

Di dalam program Guangzhou 102, makan malam disediakan buat para
peserta. Dalam trip yang lepas-lepas, para peserta berpeluang
merasa makanan Turki, Arab, Pakistan dan Cina. Kebiasaannya kami
akan bersarapan pagi di bilik hotel masing-masing. Untuk makan
tengahari pula, kami akan membawa para peserta mencuba makanan di
restoran yang tidak dikunjungi pada waktu malam dan
berhampiran dengan Plaza Borong, mengikut permintaan. Dengan ini,
peserta-peserta kami akan mengetahui sekurang-kurangnya 5 tempat
makan halal di Guangzhou dan tahu cara-cara untuk pergi ke sana.
Insya-Allah.

Tujuan ke Guangzhou bukan untuk makan. Tetapi berdasarkan
pengalaman kami yang lalu, topik ini adalah yang sering diajukan
kepada kami. Jadi, buat bakal peserta kami ke sana, jangan risau.
Kewajipan mencari yang halal terletak pada kami selaku penganjur
dan Insya-Allah akan kami tunaikan sebaik mungkin.

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.