Awas!! Perkara yang perlu dikaji sebelum membuat pembelian di China.

May 21, 2015 No Comments by khairul

Mengkaji selera pasaran adalah antara proses yang kritikal sebelum ke Guangzhou. Tanpa mengetahui apa yang dicari dan dikehendaki pembeli, pemborong berisiko untuk terjerat dengan pembelian yang tidak berstrategi.
Oleh itu, pemborong bijak bukan sahaja mengkaji berapakah harga yang ditawarkan pembekal di Malaysia, mereka juga harus menguji sejauh mana pengaruh produk yang mahu diborong dari Guangzhou diterima pasaran.

Produk yang diborong dari Guangzhou boleh terbahagi kepada 2 jenis:

  1. Produk Siap
  2. Produk Tambah Nilai

Kebanyakan pemborong dari Malaysia membeli produk siap iaitu produk yang boleh terus dijual kepada pelanggan. Antara contoh produk siap yang boleh dibeli di sana adalah pakaian, cermin mata, kasut, gajet elektronik, permainan kanak-kanak, hiasan rumah dan bermacam-macam lagi.

 

Barangan kanak-kanak

Barangan kanak-kanak

 

Produk tambah nilai adalah membeli barangan “mentah” dari China dan diproses menjadi produk siap. Contohnya membeli kain lycra untuk dijadikan tudung. Selain itu, produk yang dibeli sebagai pelengkap kepada produk yang sedia ada seperi membeli kotak hantaran pengantin, membeli bunga kering untuk gubahan hantaran dan sebagainya juga termasuk dalam kategori produk tambah nilai.

 

Pelbagai pilihan kain.

Pelbagai pilihan kain.

 

Produk siap boleh dijual melalui saluran online mahupun offline. Selain itu, ia boleh dijual untuk pasaran tempatan dan juga luar negara. Kini, alamat kedai online adalah lebih utama daripada kedai fizikal memandangkan kuasa membeli melalui internet semakin meningkat. Ini menyebabkan berkembang biaknnya “home-based” bisnes yang sepenuhnya beroperasi dari rumah tanpa kedai fizikal. Tidak menghairankan, kedai yang menjual karipap panas berhampiran rumah kami juga mempunyai laman web sendiri.

 

G10220150306_1710251

 

Melihat akan kekuatan pengaruh internet yang luar biasa ini, pemborong barangan dari China harus mengambil peluang ini untuk memasarkan barangan melalui kedai-kedai online selain daripada offline. Permintaan pengguna internet juga semakin sofistikated dan sentiasa mahukan produk terbaru dari masa ke semasa.

 

G10220141226_1151501

 

 

G10220150307_1043251

 

 

 

G10220150307_1710181

 

Tahukah anda apakah lama web yang paling top Malaysia?

Mengikut Alexa.com, antara laman web yang mencatatkan jumlah pengunjung paling tinggi di kalangan rakyat Malaysia ialah:

  1. Facebook.com (#1)
  2. Google.com.my (#2)
  3. Blogger.com (#4)
  4. YouTube.com (#6)
  5. Twitter.com (#10)
  6. Mudah.my (#11)
  7. Cari.com.my (#14)
  8. Lowyat.net (#15)
  9. Lelong.com.my (#33)
  10. Ebay.com (#58)

Jika dikeluarkan laman web antarabangsa daripada senarai di atas, mudah.my adalah laman web tempatan yang paling ramai dikunjungi setiap hari. Mudah.my adalah satu platform yang sangat strategik untuk memulakan kajian pasaran produk dari China yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia.

Misalnya, pemborong A mahu menjual Al-Quran Pen Reader yang mana produk ini boleh didapati di Guangzhou. Pemborong A memulakan kajian pasaran dengan beberapa langkah mudah berikut:

  1. Buka laman web Mudah.my.
  2. Taip “Pen Quran” di dalam kotak carian. Untuk lokasi, pilih : Entire Malaysia. Klik “Search”.
  3. Paparan seterusnya akan menunjukkan Al-Quran Pen Reader yang dijual melalui Mudah.my. Dari hasil carian ini, pemborong A dapat meneliti perkara berikut:
  1. Jenis-jenis Al-Quran Pen Reader yang dijual di Malaysia
  2. Harga runcit dan borong yang ditawarkan oleh penjual
  3. Jumlah penjual yang menjual produk dari Model yang sama
  4. Model-model yang kurang dijual di Malaysia
  5. Lokasi penjual mengikut negeri
  6. Spesifikasi setiap model Pen Quran
  1. Seterusnya Pemborong A boleh ke laman web Google.com.my dan membuat carian yang sama. (pastikan memilih “Pages From Malaysia”).
  2. Daripada hasil carian ini, beliau boleh melihat berapa banyak laman web yang menjual produk yang sama
  3. Langkah seterusnya adalah membuat carian produk yang sama di Ebay.com. Harga produk untuk model-model yang sama yang dijual di dalam matawang asing direkodkan untuk dibuat perbandingan.
  4. Akhir sekali, buka laman web Google Adwords. Pilih Tab Reporting and Tools dan seterusnya pilih Traffic Estimator. Di sini masukkan kata carian yang sama, dan di bahagian Advanced Option, pilih lokasi: Malaysia. Hasil dari carian di Adwords, Pemborong A boleh mendapat maklumat seperti berikut:
  1. Jumlah purata carian internet produk ini di Malaysia
  2. Jumlah purata carian internet produk ini di seluruh dunia

Berdasarkan maklumat-maklumat di atas, Pemborong A boleh mengetahui saiz pasaran produk Al-Quran Pen Reader di Malaysia dan juga di pasaran antarabangsa. Selain itu, beliau sudah mengetahui harga produk ini di dalam matawang lain seperti USD melalui Ebay.com.

 

IMG_4135

 

 

Memandangkan Facebook adalah laman web sosial nombor 1 dunia, langkah tambahan yang beliau boleh lakukan adalah mencari Facebook Online Store yang menjual produk yang dicarinya. Beliau juga boleh membaca forum-forum online yang berbincang tentang produk ini, kelebihan dan kekurangan model-model tertentu.

Setelah mengumpul maklumat-maklumat di atas, Pemborong A bolehlah mengambil pesanan dari rakan-rakannya sebelum beliau ke China. Ini adalah antara langkah penting yang kami sarankan kepada usahawan-usahawan baru yang menyertai Trip bisnesborongchina.com. Dapatkan tempahan awal dari kenalan mahupun melalui website.

 

G10220150309_1745381

 

 

 

Elakkan daripada bersaing harga dengan menawarkan harga yang lebih rendah dari yang ditawarkan di pasaran. Sebaliknya fikirkan cara-cara untuk menambah nilai ke atas produk yang ditawarkan atau pakejkan dengan insentif yang menarik pada harga yang sama.

 

#bisnesborongchina

#timgreatminds

 

Kami suka!

 

 

 

 

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.