Borong China: Beijing Lu, Guangzhou

June 4, 2011 1 Comment by

Borong China | Beijing Lu

Beijing Lu Bu Xin Jie bermaksud Bejing Road Pedestrian Street. Menurut catatan sejarah, Beijing Lu mendapat namanya pada tahun 1966. Sejak pemerintahan Nanyue (203-111 BC),  Beijing Lu dan kawasan sekitarnya adalah dikhaskan untuk urusan rasmi kerajaan sahaja.

Di kalangan pelancong ke Guangzhou, nama Beijing Lu sudah tidak asing lagi. Ia juga menjadi tumpuan para pemborong yang datang ke Guangzhou untuk melepaskan lelah pada waktu malam setelah seharian di Plaza Borong. Stesen Metro yang paling hampir di Beijing Lu ialah Gongyuanqian.

Beijing Lu sedikit berlainan dengan Shang Xia Jiu Lu. Ianya lebih moden, jalannya lebih luas dan tidak sesesak di Shang Xia Jiu Lu. Suasana di Beijing Lu juga sangat meriah di waktu malam  dan dihiasi dengan cahaya lampu berwarna-warni.

Seperti Shang Xia Jiu Lu, hanya pejalan kaki dibenarkan untuk melalui jalan ini.  Di kiri kanan jalan ini penuh dengan restoran dan outlet membeli belah berjenama lokal.

Borong China | Beijing Lu (Googled)

Borong China | Beijing Lu (Googled)

Di Beijing Lu, pengunjung dapat melihat jalan-jalan lama dari dinasti-dinasti lampau yang telah disimpan dengan rapi di dalam bingkai kaca. Jalan-jalan lama ini terletak di paras lebih rendah (underground) maka kita dapat melihatnya dari pandangan atas.

Video Beijing Lu.


Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016


One Comment

  1. ira
    6 years ago

    bilakah bengkel akan di buat di johor bahru?

    Reply

Post a Reply to ira

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.