Minggu-minggu Emas di Guangzhou

March 17, 2015 No Comments by khairul

 

Para pemborong yang mahu ke Guangzhou perlu peka terhadap cuti umum ataupun cuti perayaan di China. Selain itu, acara-acara besar dan berprestij yang dianjurkan di Guangzhou juga perlu diketahui sebelum merancang untuk ke sana.

Ini kerana sewaktu cuti perayaan, peniaga di Guangzhou juga akan bercuti untuk berehat bersama keluarga. Maka, gedung-gedung perniagaan ditutup dan aktiviti ekonomi hanya dijalankan secara minima untuk pasaran tempatan sahaja. Jika datang pada waktu begini, kemungkinan besar tidak akan berjumpa dengan barang-barang yang dicari. Dalam erti kata lain, cuti umum sebegini adalah “low season” untuk aktiviti dagangan.

20141226_110647

Aksesori telefon

 

20150307_100014

Trip bisnes borong China

 

 

Cuti perayaan menyambut Tahun Baru Cina adalah cuti rehat yang panjang buat masyarakat Cina. Elakkan daripada ke Guangzhou pada 2 minggu pertama di dalam Tahun Baru Cina. Ini adalah upacara besar bagi kaum China. Setelah setahun bertungkus-lumus membuat bisnes, ini adalah “hari besar” buat mereka. Selain itu, cuti ini juga digunakan untuk menyusun strategi bisnes bagi setahun yang akan datang.

Selain itu, minggu pertama di bulan Mei (May Day Holidays) dan minggu pertama di bulan October (Hari Kebangsaan Negara China) adalah cuti umum di sana. Walaupun impaknya tidak sebesar cuti Tahun Baru Cina, namun keadaan di China akan lebih “sesak” daripada biasa. Orang Cina akan bercuti dan hotel-hotel akan penuh jika tidak ditempah lebih awal.

Selain daripada 3 tarikh-tarikh “low season” di atas, waktu puncak di Guangzhou juga harus dielakkan. Seperti yang sedia maklum, Guangzhou adalah pusat dagangan utama dunia. Maka, banyak konvensyen, pameran dan upacara peringkat antarabangsa yang dianjurkan di sana.

Sebagai contoh, Canton Fair. Ia merupakan acara yang diadakan 2 kali setahun di Guangzhou dan kebiasaannya di dalam bulan April/Mei dan Oktober/ November. Peniaga yang tidak berhasrat ke Canton Fair dinasihatkan untuk tidak berada di Guangzhou pada 3 minggu paling sibuk di Guangzhou.

9346_601045586580843_1458076847_n

bisnesborongchina.com

 

 

Nota akhir, periksa  dahulu jadual minggu-minggu emas di Guangzhou sebelum bercadang untuk membeli tiket penerbangan ke sana. Langkah mudah ini dapat menyelamatkan kita daripada beban berbelanja lebih dan dapat menikmati Guangzhou dengan suasana yang lebih selesa.

 

 

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.