Rekod Terbaru

October 19, 2013 No Comments by admin

Alhamdulillah tarikh 29 Ogos – 2 September merupakan hari bersejarah baru bagi tim kami. Trip ini menjadi trip bersejarah dengan adanya penyertaan daripada 72 peserta termasuk pelatih yang menjaya trip memborong ke Guangzhou

Trip kali ini terbahagi kepada 3 kumpulan:

  1. Rombongan NONA – bertujuan untuk shooting program yang akan di siarkan di rancangan NONA
  2. Rombongan Pelajar dan Pegawai Politeknik – bertujuaan untuk program Pengantarabangsaan, Keusahawanan
  3. Rombongan usahawan memborong – bertujuaan untuk melihat peluang memborong dan terus memborong di Guangzhou

Disini kami kongsikan kegembiraan kami di sana 🙂

 

Hotel

Pada trip kali ini, kesemua mereka ditempatkan di hotel yang sama. Alhamdulillah, rata-rata memberikan maklumbalas yang amat baik mengenai hotel ini. Selesa, nyaman dan mesra!

 

Pengangkutan

Bagi rombongan NONA dan Politeknik, 1 bas 46-seater telah di sewa untuk membawa mereka ke destinasi memborong. Ini adalah kerana, tempat memborong mereka adalah sama, dan mereka mahu rombongan sentiasa bersama.

 

Bagi rombongan usahawan, kami mengekalkan teknik yang kami pelopori iaitu “survivor mode”. Teknik ini adalah teknik menggunakan pengangkutan awam (MRT, Van, Tut-tut, Bas Awam) di mana para usahawan di dedahkan dengan cara-cara bergerak di Guangzhou, hentian-hentian penting untuk ke plaza borong, kedai makan dan hotel, dan cara-cara berurusan dengan cepat dan mudah di Guangzhou.

Usahawan menggunakan teknik “survivor mode” ini amat gembira dengan ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi. Mereka sudah yakin ingin ke Guangzhou buat kali kedua, walaupun tanpa pengawasan kami.

 

Makan

Gambar makan-makan di Guangzhou

 

 

Penghantaran barang

3 lori telah digunakan untuk mengangkat segala barangan dagangan.

 

 

Akhir kata, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada rombongan NONA, Politeknik dan usahawan-usahawan yang memberikan kepercayaan kepada kami.

Kami doakan kita semua menjadi usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Kepada rakan-rakan pelatih terutamanya kepada Tuan Khairul, Tuan Nik, Tuan Arif, Tuan Ramizi, Tuan Shuaib dan Tuan Nizar, jutaan terima kasih atas ilmu dan pengalaman yang dicurahkan. Setiap ilmu, perniagaan dan urusan mereka yang telah kalian bantu, insyaAllah menambahkan bekalan dunia dan akhirat kita semua.

Ameen. Ameen. Ameen.

 

 

 

 

 

 

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.