Tambang Teksi di Guangzhou Naik!

January 27, 2011 No Comments by

Harga LPG di Guangzhou telah dinaikkan kepada RMB4.5/L dari RMB3.63/L. Ini menyebabkan pihak berkuasa tempatan di Guangzhou terpaksa menaikkan “fuel surcharge” bagi perkhidmatan teksi. Akibatnya, kos menggunakan teksi meningkat. Siapa lagi jika tidak pengguna teksi yang dikenakan caj tambahan ini.

Harga baru ini sudah berkuat kuasa 1 Januari yang lalu. Untuk mereka yang belum pernah menjejaki kaki ke Guangzhou, kita bukan sahaja perlu membayar tambang teksi apabila menggunakan perkhidmatan tersebut, malah kita juga perlu membayar kos minyak atau “fuel surcharge” bagi setiap perjalanan. Sebelum ini kosnya adalah RMB1 sahaja untuk satu perjalanan tetapi kini telah digandakan kepada RMB2.

Walaupun kita lihat pada mata kasar ianya adalah penambahan yang minima, tetapi dalam tidak sedar ia sebenarnya suatu kos yang besar jika anda bergantung harap kepada teksi semata-mata untuk bergerak di Guangzhou. Ia juga merupakan kos yang dapat dijimatkan jika anda tahu alternatif lain seperti Metro yang jauh lebih murah berbanding teksi.

Oleh demikian, bakal peserta Guangzhou 102 tidak perlu gusar. Insya-Allah di Guangzhou nanti, kami akan memberi panduan dan tunjuk ajar kepada anda untuk ke Plaza Borong dengan menggunakan Metro. Kenaikan harga LPG ini tidak akan menjejaskan perjalanan anda di Guangzhou.

Antara komen peserta kami pada Guangzhou 102 yang lepas adalah, apabila mereka tahu menggunakan Metro di Guangzhou, mereka akan lebih peka dengan suasana sekeliling. Jadi apabila mereka menaiki teksi (ada peserta menggunakan teksi setelah penat berjalan seharian untuk pulang semula ke hotel) mereka tahu apabila teksi sudah berada di kawasan berhampiran hotel. Tidak semua pemandu teksi arif kedudukan hotel kita walaupun kita sudah berikan kad hotel kepada mereka. Jadi kita yang perlu “alert” di mana kita berada. Jika tidak, alamatnya semakin tinggilah caj teksi yang perlu bayar.

Bagaimana kemahiran menggunakan Metro boleh membantu?

Para peserta perlu berjalan dari hotel ke stesen Metro dan dari stesen Metro ke Plaza Borong, pergi dan balik. Dengan itu, mereka tahu apa yang ada di sekeliling kawasan yang mereka lalui. Mereka akan menjadi lebih cekap dan yakin untuk menggunakan teksi kerana mereka tahu arah tuju mereka, walaupun tidak tahu berbahasa Mandarin.

Berikut adalah berita tentang kenaikan caj minyak bagi teksi-teksi di Guangzhou. Petikan dari

Fuel Surcharge Doubles on Guangzhou Taxis


Traveling by taxi in Guangzhou is now more expensive since the fuel surcharge doubled on January 1st, 2011 to reach 2 yuan per trip. News of the increase has outraged the general public, triggering a strong negative response in the past few days.

Aware of the controversy surrounding this decision, the Guangzhou Price Control Bureau waited until Dec. 31st to announce the increase which is linked to their decision to raise the retail price of LPG (Liquefied Petroleum Gas), up from 3.63 yuan/L to 4.5 yuan/L.

The Administration blamed the increase in the price of LPG on their efforts to ensure a sufficient supply for buses and taxis. This explanation hasn’t satisfied the public and they have complained about the absence of a public hearing before the policy was implemented.Facing the discontent, the administration has promised the policy would be scrapped if ever the retail price of LPG returns to 3.63 yuan/L, an unlikely prospect in the years to come.

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami diĀ sini.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.