Tip Kewangan Jutawan IK

October 12, 2010 No Comments by

Alhamdulillah, tengah hari tadi saya berkesempatan mendengar Irfan Khairi On Air di Radio24. Topik yang dibawa oleh Dr IK ialah “Rahsia Menjadi Kaya”. Insya-Allah akan dikongsikan bersama rahsia-rahsia tersebut di entri yang akan datang. Untuk hari ini, kami kongsikan 5 tip kewangan yang paling digemari ramai oleh Fan Dr IK di FB beliau.

Sumber: Weblog Dr IK.

Berikut adalah antara 5 tip kewangan TOP di facebook IK (berdasarkan LIKES) ;) :

Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit ;)

PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPUTUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.”

sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?

Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang adalah amat-amat penting dalam hidup!

Menarik bukan? Saya petik kata-kata Dr IK di Radio24 tadi:

Kekayaan sebenarnya bukanlah berdasarkan berapa banyak wang yang kita HASILkan, tetapi sebenarnya berdasarkan berapa banyak wang yang kita SIMPAN!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.