Usahawan Perlu Benteng Kebal

October 13, 2010 No Comments by

Nasihat terbaik yang pernah saya perolehi melalui pembacaan adalah, “Sediakan benteng yang kebal untuk diri dan keluarga kita dengan membuat pelaburan di bidang hartanah”. Sebagai seorang jurutera bekerja sepenuh masa dan juga usahawan sepanjang masa, sebenarnya diri kita ini terdedah kepada risiko dibuang kerja mahupun bisnes yang tidak menjadi. Kedua-dua perkara malang ini adalah diluar kawalan kita. Namun, apa yang boleh kita lakukan adalah menyediakan payung sebelum hujan. Ini kerana langit tidak selalunya cerah, mendung boleh bertandang bila-bila masa sahaja.

Saranan saya untuk semua usahawan/bakal usahawan adalah untuk tidak berhenti mencari ilmu pelaburan di dalam sektor-sektor selain daripada bidang yang diceburi sekarang. Berdasarkan analisis tokoh kewangan tempatan, Tuan Shamsudin Kadir, pelaburan di bidang hartanahlah yang paling kebal dan mampan berbanding cabang pelaburan yang lain. Usahawan perlu mengambil inisiatif untuk belajar tentang cara-cara untuk membuat duit dengan dengan rumah sewa sebagai “back-up plan”.

Menurut respon seorang pembaca di dalam majalah kewangan peribadi tersohor, “Personal Finance” bulan Oktober 2010, trend pelaburan terkini adalah membeli rumah sebagai takaful (insuran) untuk anak-anak. Jika kita mencarum takaful pendidikan untuk anak-anak sejak lahir, 20 tahun kemudian nilainya mungkin mencapai RM20,000. Namun jika kita membeli rumah sewa berharga RM100,000 untuk anak dengan down payment sebanyak RM10,000, nilainya boleh meningkat lebih RM200,000 selepas 20 tahun. Jika anda tahu cara-cara dan tekniknya, anda mampu membeli rumah di bawah harga pasaran tanpa perlu membayar down payment kepada penjual.

Bagaimana dan dari mana mahu bermula? Mulakanlah dengan membaca! Anda pasti menemui jawapan yang anda cari tentang pelaburan hartanah melalui buku-buku di bawah. Kemudian, carilah mentor hartanah yang berjaya dan cedoklah ilmu sebanyak-banyaknya. Dan yang utama sekali, mohon petunjuk dari Allah, Insya-Allah “back-up plan” anda akan menampakkan hasilnya.

Ya, semuanya bermula dengan ilmu melalui pembacaan! Usahawan perlu membaca dan terus membaca. Keuntungan yang diperolehi dari bisnes perlu dilaburkan semula untuk membina kubu yang kebal untuk diri dan keluarga. Mulakan hari ini juga!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.