JHEWA Anjur Kursus Borong

September 16, 2012 3 Comments by

Pada 19 Julai 2012, Tim Great Minds telah dijemput bagi menjayakan kursus borong 3-dalam-1 di Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA). Program satu hari ini di bawah kelolaan Anggun Creative Management dan telah dihadiri hampir 300 orang peserta. Program yang julung kali diadakan ini adalah di bawah projek Pembangunan Ibu Tunggal dan telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun.

Tim Great Minds cukup teruja dengan peluang yang diberikan, dan semangat yang ditunjukkan oleh para usahawan wanita dari seluruh Sabah yang hadir pada majlis tersebut. Respon yang amat positif diberikan oleh para peserta setelah seharian berprogam. Objektif utama program tercapai yang mana pendedahkan satu demi satu dan langkah demi langkah memborong dari China dan Vietnam dikongsi oleh Master Trainer Tuan Muhd Shuaib dan Tuan Muhd Nizar kepada para peserta.

Jutaan perghargaan diucapkan kepada pihak penganjur utama, Anggun Creative Management serta Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) atas kepercayaan yang diberikan. Insya-Allah ketemu usahanita sekalian di China dan Vietnam. Kami suka!

 

 

 

 

Sekian, kami suka!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus borong Kombo 3 dalam 1 untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China dan Vietnam. Selain itu kami juga menganjurkan Trip memborong ke Guangzhou, Yiwu dan Saigon. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di BisnesBorongChina.com dan  BisnesBorongVietnam.com. Dapatkan MANUAL BORONG PERTAMA di Malaysia, ditulis oleh Tim Great Minds – Panduan Memborong Di China dan Panduan Memborong Di Vietnam melalui pautan berikut.
WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

3 Comments

  1. azrol
    4 years ago

    sy berminat nk sertai kursus ini

    Reply

    • admin
      4 years ago

      Alhamdulillah emel telah kami titipkan.

      Didoakan segala uruskan kita dipermudahkan Allah SWT. Kami suka!

      Reply

  2. Kamsi bt. Ahmad
    4 years ago

    Aslkm. Sy amat berminat utk mnyertai kursus dan trip ke China. Tolong inform utk next kursus and trip. TQ

    Reply

Post a Reply to admin

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.