Kursus Borong Kombo 3-dalam-1

October 19, 2011 2 Comments by

Bagi meningkatkan lagi kualiti modul latihan yang diberikan, Tim Great Minds melangkah setapak lagi dengan menaiktaraf Kursus Borong Kombo 2 dalam 1 yang diperkenalkan pada bulan Julai 2011 kepada Kursus Borong Kombo 3 dalam 1.

KURSUS BORONG KOMBO 3-DALAM-1

Apakah intipati Kursus Borong Kombo 3 dalam 1?

1. Yiwu 101 – (BARU)
2. Guangzhou 101
3. Saigon 101

TERBARU – Masa Kursus dilanjutkan dari 5 jam (8.00 – 1.00 petang) ke 9 jam. (8.00 – 5.00 petang). Masa yang lebih panjang untuk para trainer memberi maklumat padat, perkongsian pengalaman dan perkembangan terkini berkenaan  Ini memberi kelebihan kepada para peserta untuk berbincang lebih lama dengan para trainer sebelum memulakan bisnes borong ke China dan Vietnam.

3 Bandar Bisnes Borong utama di dunia kini dipakejkan di dalam satu!

Berapakah yuran baru untuk Kursus Borong Kombo 3 dalam 1?
Informasi berganda, masa bertambah – namun yuran kekal seperti yang lama!
Ya, RM200 sahaja.
Yuran bagi kursus di Kuala Lumpur akan dikekalkan buat semua kursus borong kombo anjuran Tim Great Minds sepanjang tahun 2011 ini.

Formulasi baru, Edisi 9-jam Kursus Borong Kombo 3 dalam 1 ini akan bermula pada 29 Oktober 2011, Sabtu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tarikh seterusnya ialah 19 November 2011.

YIWU 101

Fakta Yiwu:
Yiwu adalah sebuah bandar di Provinsi Zhejiang yang terletak berhampiran pantai timur Republik Rakyat China. Bandar ini terkenal dengan perdagangan komoditi berskala kecil, pasaran bebas dan destinasi pelancongan serantau. Walaupun Yiwu adalah sebuah bandar berstatus daerah di bawah bidang kuasa Jinhua, ia adalah lebih terkenal daripada Jinhua di peringkat nasional dan antarabangsa. Dianggarkan seramai 2 juta penduduk yang tinggal di bandar Bisnes ini.
Lakaran artis Yiwu International Trade Market apabila 6 District siap sepenuhnya. (Google Image)
Yiwu International Trade Market mencatatkan lebih 200,00 pengunjung sehari. Di Yiwu, Plaza-plaza borong telah dibangunkan di satu kawasan, dan setiap bangunan/tingkat telah disusun mengikut jenis barangan. Maka, ini akan memudahkan lagi proses untuk mencari produk yang diingini.
Di dalam Yiwu 101, trainer Tim Great Minds akan berkongsi pengalaman memborong dan jenis-jenis produk yang boleh diperolehi di sana. Apa yang membezakan antara Guangzhou dan Yiqu juga akan turut dibincangkan.
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu sendiri dengan konsultan yang akan membawa tuan puan ke China dan Vietnam sebelum memulakan langkah pertama ke sana. Informasi terkini bisnes borong dan pendedahan ekslusif akan dikongsi dengan semua peserta 101 kali ini.

PANDUAN MEMBORONG DI CHINA

Sudahkah tuan puan memiliki naskah Manual Memborong PERTAMA di Malaysia? Sekiranya belum, tuan puan boleh membuat tempahan melalui pautan ini. Buku ini juga sudah berada di MPH dan Kinokuniya.

Berikut adalah testimoni daripada Cik Puan Wan Anie yang merupakan Alumni Guangzhou 101, Guangzhou 102 dan Saigon 102. Tuan puan boleh membaca testimoni pembeli dan pembaca buku Panduan Memborong Di China di sini.


Sekiranya tuan puan mempunyai persoalan lanjut, tuan puan boleh hubungi konsultan kami di nombor berikut:
Tuan Nizar – 019-9505118
Tuan Shuaib – 019-9364966
Tuan Nik Azimi – 012-2709771
Sekian, kami suka!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus borong Kombo 3 dalam 1 untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China dan Vietnam. Selain itu kami juga menganjurkan Trip memborong ke Guangzhou, Yiwu dan Saigon. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di BisnesBorongChina.com dan  BisnesBorongVietnam.com. Dapatkan MANUAL BORONG PERTAMA di Malaysia, ditulis oleh Tim Great Minds – Panduan Memborong Di China melalui pautan berikut.
WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

2 Comments

  1. agustina said
    6 years ago

    saya ingin mengetahui next KURSUS BORONG KOMBO 3-DALAM-1?

    Reply

  2. suhada
    6 years ago

    salam ,berapa kos untuk seminar dan trip ke china ,ade tak pacakage yg terbaik

    Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.