Panduan Memborong Di Vietnam habis stok!

June 12, 2012 No Comments by

Buku Panduan Memborong Di China dan Vietnam di rak buku BookCafe, PTS.

Pihak penerbit memaklumkan kepada Tim Great Minds, buku Panduan Memborong Di Vietnam (PMDV) habis ditempah kurang sebulan diterbitkan. Sewaktu kunjungan kami ke BookCafe, kedai buku online PTS, buku PMDV hanya tinggal 6 buah sahaja di dalam stok mereka. Sebanyak 900 buah sudah siap untuk dihantar ke kedai Buku Popular dan MPH. Tinjauan terbaru di Bookcafe.com.my, stok buku ini sudah kehabisan stok!

Mengapa buku ini dicari pembaca pada bulan Mei sehingga kehabisan stok di Bookcafe?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana ramai yang pergi bercuti ke Vietnam sewaktu cuti sekolah yang bermula akhir Mei. Buku yang berjumlah 240 mukasurat ini padat dengan infomasi yang bukan sahaja sesuai untuk usahawan borong yang mahu memborong di Saigon, malah sangat membantu pelancong yang mahukan tip-tip membeli-belah di sana.

Selain itu, kami juga ada menyediakan kupon diskaun untuk menjamu selera di empat buah restoran halal di Saigon. Cara menggunakan kupon ini mudah sahaja, pembaca perlu membawa buku tersebut dan tunjukkan kepada juruwang sewaktu membuat pembayaran. Juruwang akan mengecop di atas kupon tersebut bagi mengesahkan ianya sudah digunakan. Kupon bagi setiap restoran hanya boleh digunakan sekali sahaja. Kupon yang telah dipotong dari buku, kupon salinan foto tidak diterima.

Dengan bermodalkan RM17 sahaja bagi sebuah buku, pulangan yang diberikan berganda-ganda bagi setiap pembaca! Dapatkan buku Panduan Memborong Di China dengan membeli terus daripada kami di link ini.

Mahu ke China/Vietnam atas tujuan Bisnes Borong atau berlibur, kedua-dua buku ini pasti menjadi peneman setia Tuan Puan di sana.

Kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua pembaca dan pembeli buku Siri Memborong ini. Maklumbalas dan ‘review’ yang kami terima sangat mengujakan! Ramai yang mendapatkan buku ini sewaktu ianya dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Kami sedang menanti buku PMDV cetakan kedua dan insya-Allah Tim Great Minds akan membuat edisi kombo jualan buku ini bersama buku Panduan Memborong Di China.

Kami suka!

 

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus borong Kombo 3 dalam 1 untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China dan Vietnam. Selain itu kami juga menganjurkan Trip memborong ke Guangzhou, Yiwu dan Saigon. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di BisnesBorongChina.com dan  BisnesBorongVietnam.com. Dapatkan MANUAL BORONG PERTAMA di Malaysia, ditulis oleh Tim Great Minds – Panduan Memborong Di China melalui pautan berikut.
WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

 

 

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.