Siapa pernah ke Kursus Borong China GMTC?

November 9, 2010 3 Comments by

Siapa pernah ke Kursus Borong China GMTC?

Mahu berinteraksi secara terus dengan mereka yang pernah menghadiri kursus borong China kami? Mahu tahu mereka yang pernah ke China bersama kami? Caranya mudah sahaja.

Anda hanya “like” kami di FB Page GMTC dan boleh berhubung terus dengan mereka yang pernah ke kursus kami atau bersama kami ke China. Mereka juga akan berkongsi pengalaman mereka memberi barangan dari China dan kos-kos yang berkaitan dengan urusan di sana.

Mengikut rekod, majoriti yang hadir ke kursus borong China anjuran GMTC adalah kakitangan kerajaan/swasta. Mereka mempunyai modal untuk dilaburkan dan ingin berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Selain itu mereka juga mempunyai jaringan perniagaan (network) dengan rakan-rakan yang masih bekerja, maka lebih mudah bagi mereka untuk memasarkan produk mereka.

Selain itu, ahli perniagaan yang sudah lama berkecimpung dengan dunia bisnes juga turut serta ke China bersama GMTC. Mereka biasanya sudah mempunyai kedai sendiri dan mencari peluang untuk mengembangkan bisnes masing-masing. Mereka juga sudah punya tujuan untuk mencari barang apa di China, maka mereka akan kekal fokus dan berusaha untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah dari pembekal sediada.

Walau di tahap mana pun anda berada sekarang, mahu memulakan perniagaan atau pun sudah lama berbisnes, peluang di China adalah untuk semua. Rezeki yang terbentang luas oleh Allah perlu diusahakan kerana tidak mungkin ia akan datang bergolek tanpa usaha dan ikhtiar.

Sentiasalah berdoa kepada Allah Ya Razaq agar dimudahkan segala urusan kita untuk berbisnes. Ditemukan dengan produk terbaik, pembekal terbaik, pembeli terbaik dan yang paling penting, cabang bisnes yang terbaik untuk kita usahakan. Amin.

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami diĀ sini.

WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

3 Comments

  1. yunalis akmal
    6 years ago

    saya berminat mengikuti kursus borong ini.bila tarikh yang kursus akan diadakan.

    TK

    Reply

  2. man
    6 years ago

    Boleh sy tau bila tarikh terkini trip selanjutnya ke guanzhou102?
    & berapa kos keseluruhan. tq

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Tuan,

      Maklumat berkenaan program kami sudah pun diemelkan kepada Tuan. Salam hormat.

      Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.