Program Penutup Tirai 2011

November 28, 2011 1 Comment by

Assalamualaikum warahmatullah,

Didoakan Tuan Puan pembaca BisnesBorongChina.com dan The Great Guangzhou News sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu. Tim Great Minds juga ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua.  Kami doakan kehadiran tahun baru Muharram ini merupakan satu titik permulaan untuk tuan puan mencapai kejayaan yang lebih besar di dalam kehidupan di dunia mahupun akhirat.

Edisi ini kami ingin berkongsi Tip Bisnes Sun Zhu, petikan dari buku Panduan Memborong Di China (mukasurat 71)

Sun Zhu: Medan tempur boleh jadi mudah dicapai, memerangkap, seri, sempit, curam dan luas. Enam situasi ini bukan disebabkan oleh langit dan bumi, tetapi ditentukan oleh jeneral.

PMDC: Hala tuju sesebuah bisnes ditentukan sepenuhnya oleh pemilik bisnes. Pilih peluang yang tepat bagi meningkatkan penguasaan pasaran dengan mengambil satu langkah ke hadapan.

Tahun baru ini adalah waktu terbaik buat tuan puan mahu mengembangkan bisnes sedia ada ataupun memulakan bisnes baru dengan berhijrah mencari pasaran baru di negara China dan Vietnam.

Kursus Borong Kombo 3-Dalam-1

Dua kursus terakhir tahun ini akan diadakan di Kuala Lumpur. Tarikhnya seperti berikut:

4 Disember 2011 (Ahad)

17 Disember 2011 (Sabtu)

Sekiranya tuan puan masih belum menggunakan kupon dari Majalah Solusi Ogos 2011 yang bernilai RM30 atau diskaun RM20 dari ‘LIKE’ FB Page kami, dua kursus ini adalah kursus terakhir untuk Tuan Puan berbuat demikian.

Testimoni daripada peserta Kursus yang lalu:

” Pelaburan yang sangat bernilai dan manfaat kepada peniaga yang ingin memulakan atau telah memulakan perniagaan. Tidak rugi untuk mengikutinya kerana disamping ilmu, ia juga dapat mengurangkan kesilapan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan kursus seperti itu.” – Cik Puan Khatijah Abdul Rashid-

“Penyampaian fasilitator yang ringkas dan senang difahami. Segala persoalan mengenai topik dapat dijawab secara detaili dan berterus terang. Membantu saya mengenal pasti cara pengurusan jual beli di China. Tips dan trick dan Do’s and Don’t.” -Norsyahidah Jamsari-

Yang berikut pula adalah testimoni Kursus beserta testimoni trip dari dua peserta yang berbeza. Sekalung penghargaan buat Cikpuan-cikpuan berdua.

Pendaftaran masih dibuka dan tuan puan boleh mendaftar dengan mengisi borang di pautan berikut:

http://bisnesborongchina.com/borang-penyertaan/

Trip Borong China dan Vietnam 2011

Gambar: Sebahagian peserta trip borong China November 2011 yang lalu bergambar di Canton Tower.

Guangzhou 102:

1. 8-12 Disember 2011

2. 29 Disember 2011 – 2 Januari 2012 (Tarikh baru dibuka)

Gambar: Jubah dan baju kurung yang boleh diborong di Saigon

Saigon 102:

24-26 Disember 2011

Kesemua tarikh di atas masih dibuka untuk pendaftaran. Mahukan maklumat lanjut berkenaan trip dan kursus yang dijalankan oleh Tim Great Minds? Klik sahaja button REPLY dan nyatakan bandar borong yang tuan puan berminat untuk teroka bersama kami. Kami akan menghantar maklumat lengkap berkenaan trip/kursus yang kami jalankan ke inbox tuan puan.

Sekian, kami suka!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus borong Kombo 3 dalam 1 untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China dan Vietnam. Selain itu kami juga menganjurkan Trip memborong ke Guangzhou, Yiwu dan Saigon. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di BisnesBorongChina.com dan BisnesBorongVietnam.com. Dapatkan MANUAL BORONG PERTAMA di Malaysia, ditulis oleh Tim Great Minds – Panduan Memborong Di China melalui pautan berikut.
Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016

One Comment

  1. irene
    5 years ago

    Mohon untuk diadakan di Kota-kinabalu sabah. Pasti dapat sambutan

    Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.