Testimonial Borong China @FaceBook

June 6, 2011 No Comments by


Alhamdulillah, Tim Great Minds disokong oleh Alumni-alumni yang telah mendapat manfaat daripada program yang telah mereka sertai. Berikut adalah testimonial rawak yang sempat kami rakamkan dari FB Page Great Minds Group. Didoakan semuanya berjaya di dalam bisnes masing-masing, dilimpahkan rezeki yang banyak lagi melimpah-ruah pagi dan petang.

Tuan Ahmad dan Tuan Isa telah menyertai Guangzhou 101 pada bulan Mei dan menyertai Trip Borong China penghujung Mei 2011. Mereka adalah rakan usahama untuk Kursus Borong China di Kota Kinabalu September 2011 ini. Tahniah!

Tuan Ahmad dan Tuan Isa telah menyertai Guangzhou 101 pada bulan Mei dan menyertai Trip Borong China penghujung Mei 2011. Mereka adalah rakan usahama untuk Kursus Borong China di Kota Kinabalu September 2011 ini. Tahniah!

Tuan Hishammuddin, pakar barangan kanak-kanak di Guangzhou. Telah ke China bersama Tim Great Minds pada September 2010. Jika tidak salah kiraan kami, sehingga bulan Mei ini sudah 5 kali ke China. Beliau mempunyai kedai yang amat strategik di GM Klang, menjual barangan kanak-kanak.

Tuan Shafrizan dari Kuching, pemilik 3 kedai cermin mata di Sarawak, EyeBorneo. Menyertai Guangzhou 102 pada Disember 2010. 3 bulan selepas pulang dari Guangzhou, Tuan Shafrizan kini sudah berurusan terus dengan pembekal di China tanpa bantuan orang tengah. Trip ke China telah mengubah bisnes cermin mata beliau sehingga dipilih oleh kerajaan Sarawak sebagai Kedai Harga Patut (kategori Cermin Mata). Tahniah!

Tuan Ariffin, peserta Guangzhou 101 Edisi Borneo datang jauh dari Miri untuk bersama Tim Great Minds untuk mendengar peluang bisnes dari China

Cik-Cik Puan di atas adalah wanita besi, semuanya telah menyertai Guangzhou 101 dan mengubah persepsi mereka tentang memulakan bisnes borong dari China. Kami doakan semuanya berjaya mencapai segala hajat dunia dan akhirat. Amin

Cik Puan Rina Salleh menyertai Guangzhou 101 dan kemudian Guangzhou 102 pada April 2011 bersama adik-adiknya. Beliau adalah usahawan pakaian wanita dan mempunyai sebuah butik yang bernaung di RinaSalleh.com. Terima kasih Cik Puan atas maklumbalas yang sangat positif!

Cik Puan Asma yang menyertai Trip Guangzhou 102 awal Mei 2011, cukup teruja dan mahu ke China lagi. Setiap trip Borong China yang kami anjurkan, pasti ada Alumni yang turut serta memeriahkannya. Kami suka!

Cik Puan Harfilzan telah ke China bersama Tim Great Minds Januari 2011 bersama suaminya. Bulan Mei 2011, beliau ke Guangzhou semula, ditemani sepupu wanitanya dan "survive"! Kami suka!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami diĀ sini.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016


Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.