TEMPAH: Panduan Memborong Di China
Panduan Memborong di China
oleh Muhammad Nizar Bin Jamaludin, Nur Hafizah Shaarani
Harga: RM 17.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-967-369-126-5
Tarikh Terbit: 20 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 224
Kategori: Bisnes & Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Manual Memborong yang dinanti ramai kini sudah berada di pasaran. Menurut penerbit, setakat Januari 2012, Panduan Memborong Di China kini buku BISNES PALING LARIS di PTS! Sila klik untuk baca selanjutnya.
Sudah masuk cetakan kedua kurang tiga bulan diterbitkan, ia adalah bacaan wajib untuk para pemborong yang berminat untuk meneroka negara China!
Panduan Memborong Di China berada di segmen Bicara Buku, Radio Web Selangor bersama DJ Mansor.
Dapatkan diskaun 12% beserta tandangan penulis TERHAD untuk semua tempahan & bayaran penuh yang dibuat melalui pautan ini.
SINOPSIS
Untung 600%:
Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk sesiapa sahaja yang mahu mengaut keuntungan sehingga 600% dan memborong pelbagai barangan pada harga yang begitu murah.
Murah dan berkualiti:
China adalah lubuk barangan yang berkualiti pada harga yang murah. Mitos bahawa barangan buatan China rendah kualitinya dinafikan oleh buku ini. Buku ini menyenaraikan plaza-plaza borong yang menyediakan barangan yang bermutu dan memberi panduan kepada kita bagaimana memborongnya pada harga yang murah. Murah dan berkualiti, itulah kata kuncinya.
Tip survival:
Orang yang tersesat di padang pasir sekalipun mampu hidup, inikan pula anda yang pergi memborong di China. Makanan halal, hotel yang murah, pengangkutan terbaik, teknik tawar-menawar, teknik mengesan penipuan, dan panduan memborong dihuraikan secara terperinci dalam buku ini.
Lengkap dan terperinci:
Inilah kelebihan buku ini. Panduan dalam buku ini membimbing anda bermula dari rumah anda di Malaysia, menjaga keselamatan anda daripada ditipu, menemani anda memborong di China, membantu anda membawa pulang barangan borong ke Malaysia, dan yang paling penting, memuaskan hati anda dengan keuntungan sehingga 600%.
Panduan dan teknik tambahan:
- Panduan mendapat kadar tukaran wang yang tinggi
- Panduan memilih produk yang laris di pasaran
- Panduan beribadah dalam kesibukan di plaza borong
- Teknik tawar-menawar dan mengambil hati peniaga Cina
BAB-BAB
Bahagian 1: Pengenalan Tentang China
Bab 1 China, Paksi Ekonomi Dunia
Bab 2 Matawang
Bab 3 Cuaca Di Guangzhou
Bab 4 Penduduk Dan Budaya China
Bahagian 2: Persediaan Sebelum Ke China
Bab 5: Perancangan Ke China
Bab 6: Passport Dan Visa
Bab 7: Penerbangan Ke Guangzhou
Bab 8: Jumlah Wang Untuk Dibawa
Bab 9: Senarai Semak Untuk Ke China
Bahagian 3: Apa Yang Ada di China
Bab 10: Minggu Emas Di Guangzhou
Bab 11: Tempat Menarik Untuk Dilawati
Bab 12: Canton Fair
Bab 13: Plaza Borong, Syurga Untuk Memborong
Bahagian 4: Tip Memborong di China
Bab 14: Budaya Bisnes Orang Cina
Bab 15: Merancang Borongan Pertama
Bab 16: Mengkaji Pasaran Tempatan
Bab 17: Memilih Produk Bermanfaat
Bab 18: Alibaba Dan 40 Penyamun Di China
Bab 19: Penipu Bercakap Melayu
Bab 20: Katalog Barang
Bab 21: Warranti Barangan China
Bab 22: Menghantar Barang Ke Malaysia
Bahagian 5: Tip Survival di China
Bab 23: Hotel
Bab 24: Jurubahasa
Bab 25: Pengangkutan
Bab 26: Makanan Halal
Bab 27: Waktu Solat
Bab 28: Telefon dan Internet
Bab 29: Peminta Sedekah Profesional
Bab 30: Nota Tambahan di Plaza Borong
Bahagian 6: Bonus
Bab 31: Pulang ke Malaysia
Bab 32: Mitos Bisnes Borong China
Bab 33: Risiko ke China
Bab 34: Untung Peniaga Kampung
Bab 35: Trip Borong China
PROMOSI ISTIMEWA!
Diskaun sebanyak 12% beserta tandangan penulis buat semua tempahan yang dibuat di pautan berikut:
http://bit.ly/PanduanBorongChina
*Sekiranya memilih untuk mengambil buku sendiri di Pejabat G Minds Group Sdn Bhd., Wangsa Melawati, bayaran untuk Kos Pos tidak perlu dimasukkan sekali.
*Buku ini juga boleh didapati di Kinokuniya, KLCC dan rangkaian kedai buku MPH.
CARA MEMBUAT TEMPAHAN:
Tempahan dan maklumat pembayaran boleh dibuat dengan mengisi borang di sini.
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui emel ke greatmindstc@gmail.com
Sekian, kami suka!
Siapakah Great Minds Group?
18 Comments
5 Trackbacks
-
[…] Saigon 102. Tuan puan boleh membaca testimoni pembeli dan pembaca buku Panduan Memborong Di China di sini. Sekiranya tuan puan mempunyai persoalan lanjut, tuan puan boleh hubungi konsultan kami di nombor […]
-
[…] Dinding Wall Sticker +Boleh Cik Puan ceritakan latarbelakang bisnes yang dijalankan sekarang? Kami menjalankan perniagaan di ‘atas talian’ (online) yang menawarkan pelbagai produk […]
-
[…] PERTAMA di Malaysia, ditulis oleh Tim Great Minds – Panduan Memborong Di China melalui pautan berikut. Manual Borong China Laku Keras!Posted on January 4, […]
-
[…] menempah buku ini terus dari penulis? Sila layari pautan berikut untuk maklumat […]
-
[…] Siapakah Great Minds Group? Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus borong Kombo 3 dalam 1 untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China dan Vietnam. Selain itu kami juga menganjurkan Trip memborong ke Guangzhou, Yiwu dan Saigon. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di BisnesBorongChina.com dan BisnesBorongVietnam.com. Dapatkan MANUAL BORONG PERTAMA di Malaysia, ditulis oleh Tim Great Minds – Panduan Memborong Di China melalui pautan berikut. […]
suziella hamid
7 years ago
nk dptkn buku ni mcm mne ?
mustafa bujang
7 years ago
good
rahim zain
7 years ago
Memberi semangat. 22 nov 2011,kebetulan sy ke warta b.b bangi utk membeli santapan minda. Dgn harga yang murah ssgt dan mampu beli sy x membuang masa membelinya terus. Pulang kerumah sy terus ke laman web bbc. Problemanyer tarikh kursus 19 nov sabtu yg lepas, 26 nov ni x nk buat kursus lagi ker. saya nak IKUTTTTTTTTTTTTTTT…
tq dan Tahniah.
Admin BBC
7 years ago
Assalamualaikum Tuan,
Kami cukup teruja dengan maklumbalas yang Tuan berikan. Insya-Allah kursus seterusnya adalah pada 4 Disember ini. Kami sangat berbesar hati untuk menerima penyertaan Tuan ke Kursus Borong Kombo 3 dalam 1. Bersama terokai bandar bisnes dunia, Guangzhou, Yiwu dan Saigon bersama Tim Great Minds!
ismail bin mohd hassan
7 years ago
Assalamualaikum Tuan…saya dah hadir kursus yang tuan anjurkan pada tahun 2010. Saya bercadang ingin mengikuti rombongan ke Guanghou pada 27 Mac hingga 2 Apr…..tolong berikan kos yang perlu dibayar bagi seorang….dan untuk memudahkan saya tempah tiket beri tahu masa pergi dan masa balik…saya tinggal di bintulu sarawaK..TERIMA KAISH ATAS RESPON TUAN
Admin BBC
7 years ago
Assalamualaikum warahmatullah,
Terima kasih atas respon yang diberikan. Kami cukup teruja untuk bersama tuan ke trip memborong pada Mac ini. Emel berkenaan trip sudah pun dihantar kepada tuan. Didoakan semoga perancangan kita diberkati dan dirahmati Allah. Kami suka!
Melati
7 years ago
Sy nk dptkan buku ni mcm mn…
Admin BBC
7 years ago
Cikpuan yang dihormati,
Buku ini boleh dibeli melalui website kami di link berikut:
http://bisnesborongchina.com/tempah-buku/
Kami suka!
juliana
7 years ago
Salam tuan, saya ingin menyertai trip borong tuan. Tetapi saya berminat utk join trip ke china dan saigon. Boleh tuan bgtau kos dan tiket untuk ke dua2 tpt berikut? Sy akan pergi bersama suami dan 2 anak ( seorang 9 tahun danseorang lg 10 bulan.). Tq.
Wazia
7 years ago
As salam team greatminds
akak yang hari tu call…and confirm nak ikut trip rombongan yg 10/5-14/5/2012
mcm mana daftar dan urusan pembayaran visa serta consultant tu ya…emailkan proses pembayaran ya
tqvm
rena
7 years ago
saya berminat nak beli
pm kan saya segala details
NOORSYAWALIAH ABDULLAH
7 years ago
sy berminat untuk membeli buku panduan memborong di china. pm detail
7 years ago
Alhamdulillah emel telah kami titipkan. Kami suka!
shiang
6 years ago
hi, semalam saya dah order online. berapa lamakah prosess untuk hantar ke alamat rumah?
admin
6 years ago
Tuan Puan Shiang yang budiman, buku telah dihantar beberapa hari lepas dan kami jangkakan ianya telah diterima. Jika tidak, mohon hubungi kami segera. Kami suka!
Suzita Wirjon
6 years ago
Boleh dptkn alamat office di wangsa melawati, saya direct beli buku ni disana, buku yg lain juga ada stock ke? Tqvm
SITI HAJAR MOHAMMAD ROMLI
6 years ago
BAGAIMANA UTK DAPATKAN BUKU NI YER?
ida
2 years ago
mana nak dapatkan buku nie