Testimoni G101

Kursus pada 10 April 2011 di Dewan Ainon Mohd, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Berikut adalah testimoni peserta-peserta dari siri-siri Guangzhou 101 yang lalu.

Kursus pendedahan perniagaan yang boleh dibukukan! Semua pengisian adalah pengalaman yang sebenar dan beserta bukti kukuh. Melalui kursus ini, peserta diberi pendedahan kaedah dan rahsia Bisnes Borong China yang tidak pernah diketahui sebelum ini.

-Tuan Johari Ariffin-

Respect! Anda membuka minda, memberi peluang kepada ‘starter’ seperti saya. Saya lebih yakin untuk mengorak langkah berniaga sendiri.

-Cik Puan Sury-

Kursus ini menukar persepsi saya terhadap barangan China dan orang Cina. Banyakkan lagi program ini ke seluruh Malaysia untuk beri peluang kepada lebih ramai usahawan baru. Semoga Allah sahajalah yang membalas usaha murni saudara berdua.

-Tuan Shuib Soedin-

Sangat berbaloi wang yang saya laburkan di dalam Kursus ini. Saya akan mempromosikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk sertai Kursus ini, amat menguntungkan bukan sahaja ilmu dunia tapi akhirat jua! Terima kasih banyak-banyak.

-Cik Puan Roziah Ghazali-

Banyak tips dan nasihat yang telah dikongsikan di dalam Kursus ini. Kreatif kerana menggunakan “Survivor Mode” yang jarang digunakan oleh program lain. Cumanya, perlu lebih banyak persediaan yang perlu dilakukan di sana. Secara keseluruhan, ianya memberi idea dan semangat untuk ke China.

-Cik Puan Norhafizah-

The course is great! A new whole dimension on China and products produce by them. A whole new idea generated in this course. Really useful and makes us eager and excited with the opportunity.

-Cik Puan Nur Hafizati-

Pendapat yang mengatakan berurusan di China adalah susah sebenarnya SALAH! Pengalaman-pengalaman yang dikongsi amat menarik dan memberi pengajaran. Kursus ini amat berkesan, mudah difahami, membuka pemikiran, perkara yang selama ini difikirkan susah sebenarnya senang.

-Cik Puan Norhaidah-

Program yang saya tunggu selama ini adalah program seperti ini di mana susah untuk mempunyai program perkongsian dengan peniaga yang telah jauh lebih maju. Kursus ini amat baik!

-Cik Puan Masbah-

Dengan penceramah yang mempunyai pengalaman, idea-idea dan bahan-bahan rujukan yang bagus memberikan suntikan semangat untuk lebih berjaya. Amat memuaskan dan membuka minda. Jarang orang kita mahu berkongsi ilmu dan kejayaan dalam perniagaan. Banyak-banyak terima kasih.

-Tuan Mustafa-

Saya mendapat motivasi untuk memulakan perniagaan dengan mendapatkan produk dari China. Membuka minda insan yang baru sahaja hendak memulakan perniagaan. Digalakkan untuk menyertai kursus ini bagi menepis perasaan takut untuk memborong barangan dari China.

-Tuan Ammar-

Alhamdulillah, program banyak beri informasi baru, dapat mencetus idea. Bagus kerana ada penerapan perniagaan secara akhlaq Islam.

-Cik Puan Asma-

Perkara yang paling berguna dipelajari adalah ilmu perniagaan berkonsepkan Islamik seperti doa dan konsep tidak bersaing. Kursus ini yang pertama memperkenalkan konsep Survivor Mode, sangat bagus untuk peniaga baru memulakan perniagaan.

-Cik Puan Azlina-

Program ini menjelaskan secara terperinci selok belok dalam bisnes di China. Bagi saya program ini bergitu bagus, menerangkan segala permasalahan yang sering menghantui perasaan.

-Tuan Mohd Razmil-

Teknik-teknik yang sangat berguna dikongsi di kursus ini. Kursus ini amat berguna bagi orang yang ingin berjinak-jinak dalam perniagaan ataupun kembangkan perniagaan sedia ada. Cadangan mungkin boleh diadakan kursus ini satu hari.

-Tuan Ramlan Hasan-

Kursus ini boleh membuka peluang kepada orang ramai khususnya orang Melayu Islam untuk meninjau prospek perniagaan yang lebih besar, dengan kos atau modal yang lebih rendah serta dapat memberi margin keuntungan yang tinggi.

-Cik Puan Aishah-

Perkara yang paling berguna dipelajari di dalam Kursus ini ialah tips untuk berurusan dengan pemborong-pemborong serta perkara yang tidak boleh dilakukan semasa berurusan di sana. Kursus ini sangat bagus dan banyak maklumat.

-Cik Nur Fadillah-

Dari Kursus ini, saya dapat mengetahui tentang Negara China dari sudut bisnes khususnya, dan cara pemikiran Cina hingga berjaya dalam bisnes secara amnya. Kelemahan program: Tiada, saya suka dan tertarik dengan program ini. Saya sangat berpuas hati dengan maklumat dan ilmu tentang perniagaan barang China yang telah saya terima.

-Cik Puan Misliah dan Cik Puan Noraini-

Saya sangat beruntung sebab tunjuk ajar Tuan Nizar menyebabkan idea dan tindakan saya semakin “Converge”!

-Tuan Abdul Azim (Pelajar)-

Perkara yang paling berguna dipelajari dari Kursus: Business (in China) is easy! [The Course is] Almost Perfect! Cuma tinggal mahu pergi ke China sahaja untuk praktikal. Betul-betul membakar semangat untuk mengembangkan bisnes menjadi lebih besar.

-Cik Puan Hanis-

Kursus ini sangat baik dan bermanfaat untuk saya yang baru bercadang untuk mencari bisnes terbaik untuk saya mulakan.

-Cik Puan Julisah-

Kursus ini sangat bagus untuk mereka yang baru ingin membuka perniagaan, memberi idea untuk mereka memulakan perniagaan dan tempat-tempat yang boleh mereka pergi untuk memulakan perniagaan. Di samping itu, cadangan bahan bacaan juga sangat berguna.

-Cik Puan Mardziah-

Kursus yang sangat baik dan dapat membuka jalan buat peniaga yang lebih luas dan menambahkan ilmu yang sangat berguna. Semoga apa yang pihak Tuan lakukan pada hari ini dapat disebarkan kepada umat Islam yang lain khususnya di Malaysia.

-Tuan Adsman-

Saya belajar bagaimana mahu berdikari di China, menjimatkan kos dan membina networking. Guangzhou 101 juga menarik, santai dan bersahaja.

-Tuan Mohd Yusri-

Kursus yang sangat bagus. Ia membuka lebih ruang/peluang perniagaan pada saya untuk meneruskan empayar yang sedia ada.

-Cik Puan Nor Aqilah-

Survivor Mode – Delicious! Guangzhou 101 sangat best dan membakar semangat untuk memulakan bisnes. Saya sangat seronok attend kursus ini, sangat membuka minda orang Melayu.

-Cik Puan Kuzaida-

Membuka minda dan membakar semangat saya. Kemahiran yang dipelajari – membuat perancangan awal sebelum ke China. Bagus sebagai motivasi bagi orang yang mahu memulakan perniagaan.

-Cik Puan Siti Aidah-

Di dalam Guangzhou 101, perkara yang dipelajari adalah tentang peluang perniagaan yang ada di China serta meningkatkan semangat untuk berniaga. Program (Guangzhou 102) yang dijalankan secara Servivor Mode dapat memberi kemahiran dan meningkatkan pengetahuan tentang Guangzhou.

-Tuan Nadzir-

Guangzhou 101 membuka minda saya terhadap bisnes baru yang boleh saya ceburi. Sangat transparent dan nampak jujur.

-Tuan Riza Ismat-

Kursus ini memberi keyakinan kepada saya untuk memulakan bisnes online dengan lebih berkeyakinan. Saya tidak perlu lagi risau dan mencari pemborong di Malaysia yang kebanyakannya menawarkan harga yang lebih tinggi di Malaysia.

-Cik Puan Norazimah-