Testimoni G102

“Terima kasih banyak-banyak kerana membantu dan membuka minda kami untuk lebih lagi berusaha dalam membangunkan perniagaan kami. Semoga usaha kita direstui oleh Allah, dan hanya Allah yang mampu membalas jasa kamu adik-beradik [Tuan Shuaib dan Tuan Nizar] dan teruskan niat mulia kamu dalam membantu usahawan Melayu.”

-Tuan Shafrizan, pemilik 3 buah Optometris di Sarawak-


“Alhamdulillah, kami sekeluarga puas hati dan gembira pada semuanya dan ada dapat beberapa idea [perniagaan] di dalam trip ini. Kami berharap kita dapat terus berurusan dan bersahabat. Mungkin kami akan “join” lagi trip ke sini. Kami juga mohon maaf sekiranya ada memberi masalah.”

-Tuan Haji Zamri, bersama isteri(O&G Specialist) dan anak lelaki-


“Syukur Alhamdullilah di beri peluang utk meneroka bisnes luar dari Malaysia. Guangzhou adalah tempat terbaik utk di kunjungi kepada para peniaga yang ingin mendapatkan produk dari China secara direct. [Pengalaman] 4 hari di Guangzhou sememangnya cukup sangat bermakna kerana dapat melihat sendiri dan berurusan direct dengan peniaga disana. Banyak ilmu dan pengalaman baru yang dapat ditimba disana. Terima kasih kepada saudara Shuaib selaku ketua dalam trip ini. Harga yang sgt berpatutan dgn kadar penginapan, transportation, makanan untuk tempoh 4 hari disana. Guangzhou..!!! i will come again”

-Tuan Wazir-


“Pada awalnya tidak pernah terlintas untuk ke guangzhaou, China hinggalah saya dipelawa oleh sdr.shuib [Shuaib]. Dengan harga yang berpatutan di samping pengalaman menggunakan public transport yg efisien sebagai satu cara yang memudahkan urusan. Pengalaman solat jumaat di antara sebuah masjid tertua di Guangzhao yg menempatkan makam Saidina Saad Abi Waqqas juga satu yg tak dpt dilupakan. Walaupun makanan islam agak terbatas, namun hidangan makan malam memang best di restoran islam yg terkemuka di Guangzhao. peluang perniagaan memang terbentang luas di sana. tepuk dada tanya diri ..apa nak berniaga…mcm-mcm ada sana.”

-Tuan Azhari-


“Alhamdulillah & berbaloi2. Kombinasi teori & praktikal yang terbukti berkesan. Pakej empat hari di China yang sangat memuaskan & tercapai objektif2. Saya berpeluang ke kedai runcit sehinggalah ke gudang2 besar & berurusan ‘direct’ dengan peniaga tempatan. Kami juga telah diajar untuk ‘survival’ di China dengan menaiki pengangkutan awam. InshaAllah berdasarkan tunjuk ajar sifu2, serta pengalaman yg lepas – saya pasti akan kembali ke China sebagai saudagar Malaysia !!! Jom buat network Muslim 2 China !!! p/s: nasi beriani area masjid Saad ibn Waqas memang terbaik………..anda mesti cuba”

-Tuan Khairulnizam, Process Engineer-


“Syukur alhamdulillah aku telah diberi peluang untuk menjelajah ke China bersama sahabat-sahabatku. Banyak tempat-tempat yang menarik aku dapat lihat sendiri di sana. Yang paling best berkongsi pengalaman bersama sifu2 bisnes. Aku rasa memang tak rugi aku follow diorang haritu. Mari kita sama-sama luaskan network bisnes orang-orang muslim. Takbir!”

-Tuan Zawawi, Petroleum Engineer-


Pengurusan efisyen. Makan sedap! Banyak belajar pasal selok belok Metro walaupun gua tak buat catitan. Tempat tempat lawatan semua best especially yang dekat Guangzhou Railway station, Zan Zie Lu [ZhanXi Lu] (betul ke gua eja ni?). Perghh!!, ini tempat memang rare habis!. Ulang pegi 10 kali pun takpa. Gua rasa aktiviti pegi China dengan konsep macam pegi Guangzhou ni boleh kata kombinasi back-packing + ikut travel agent. Jadual tak skema Sangat, leisure, dan dapat feel ‘Travel’. Kalau ada duit, gua nak pegi lagi…Yes!

-Tuan Fdaus Ahmad, Senior Trading Executive-


Aku join 1st trip mac 2009,mmg best and adventerous for 1st timer.Good experience on Guangzhou trade trick/strategy. Organized trip with good accomodation/meal. Kalau ada duit di ladang,bolela kita ke sana lg..

-Tuan Mudzaffar, Pipeline Engineer-