Tim Great Minds Jelajah Borneo 2011

May 22, 2011 2 Comments by

Guangzhou 101: Trip Borong China

Alhamdulillah, hanya pada Allah kami panjatkan kesyukuran atas rezeki dan nikmat yang diberikan tanpa putus setiap hari.

Insya-Allah, separuh tahun 2011 ini melihatkan perkembangan positif dan sambutan di luar jangkaan dari ratusan usahawan Muslim, baik yang baru berjinak-jinak memulakan bisnes atau yang telah lama berkecimpung di dalam bidang perniagaan. Sudah ramai usahawan mula sedar akan peluang yang boleh mereka cipta dengan memborong terus dari China. 3 Trip Borong China bulan Mei dan Jun terpaksa ditutup awal kerana telah penuh. Trip borong China tambahan telah dibuka pada penghujung Mei dan awal Julai bagi menampung permintaan yang sangat banyak untuk memborong bagi menyambut Ramadhan.

Setelah kami beroperasi sepenuhnya di Pejabat G Minds Group Sdn Bhd di Wangsa Melawati Mac lalu, urusan bertemu pelanggan dan program Training juga berjalan dengan rancak. Sekalung penghargaan buat Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Zamri Mohamad yang sangat banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan cadangan membina buat kami. Kami doakan Tuan berdua akan dilimpahkan rezeki yang banyak lagi mencurah-curah pagi dan petang. Amin.

Kursus Borong China Edisi Kuching: Tuan Nizar, Tuan Shuaib bergambar bersama Tuan Syed Akil, penganjur Kursus Borong China Sarawak.

Insya-Allah, bulan hadapan Tim Great Minds sekali lagi akan bersiaran di Kuching, Sarawak (25 Jun 2011) dengan kerjasama (dan kerja kuat) Tuan Syed Akil. Hari seterusnya, Kursus Borong China: Guangzhou 101 Edisi Sulung di Kota Kinabalu pula dijadualkan berlangsung. Kursus Borong ini dibawakan khas ke Sabah dengan hasil usahama Tuan Haji Nicholas Sylvester, Motivator, Coach, Pendakwah dan peneraju Success Excelence Centre Sdn Bhd.

Tuan Hj Nicholas Sylvester

Kursus Borong China: Edisi Borneo ini sangat istimewa kerana para peserta akan berpeluang untuk meluangkan masa sepenuh hari bersama Tim Great Minds. Modul tambahan seperti Video Guangzhou dan forum bersama Alumni Guangzhou 102 adalah antara intipati khas juga suntikan semangat buat usahawan di Sabah dan Sarawak untuk ke Guangzhou. Alumni Guangzhou 102 bakal berkongsi rasa dan pengalaman mereka memborong di Guangzhou serta bagaimana ilmu memborong itu mengubah bisnes mereka sekarang. Respon daripada bekas peserta Guangzhou 101: Edisi Kuching Mac yang lalu sangat-sangat memberangsangkan dan mereka amat teruja kerana dapat bertemu sendiri dengan bekas peserta dari lokaliti masing-masing.

Promosi Early Birds:

Daftar sebelum/pada 29 Mei 2011 – RM275/=

Daftar 30 Mei – 12 Jun 2011 – RM315/=

Daftar 13 Jun hingga hari Kursus Guangzhou 101 – RM350/=

Daftar segera supaya tempat Tuan Puan tidak diambil oleh peserta lain dan nikmati lebih banyak penjimatan. Bayaran yuran penuh diperlukan untuk mengesahkan tempat.

Jualan buku-buku PTS juga akan diadakan sepanjang Kursus Borong China berlangsung.

Daftar sekarang, tempat adalah terhad!

Ini adalah langkah penting untuk Tuan Puan ambil bagi tahun 2011 dan bakal mengubah persepsi Tuan Puan tentang bisnes borong dari China.

Pendaftaran saat akhir boleh dibuat melalui wakil kami:

Kuching: Tuan Syed Akil Bin Wan Noh (014-8816709)

Kota Kinabalu: Tuan Rudy Pertus (016-8451831) dan Cik Puan Suri Masduki (019-8074723)

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami diĀ sini.

WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

One Comment

  1. Success Excellence Center
    6 years ago

    Tim Great Minds Jelajah Borneo 2011

    Reply

One Trackback

  1. By URL on December 30, 2011 at 6:21 am

    … [Trackback]…

    […] Read More here: bisnesborongchina.com/usahawan-borong-china/tim-great-minds-jelajah-borneo-2011/ […]…

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.