Tip Bawa Anak Kecil ke China

June 19, 2011 No Comments by

Usahawan Cilik yang menyertai Trip Borong China Tim Great Minds

Hampir setiap trip Borong China yang kami kendalikan mempunyai usahawan cilik yang turut serta. Kami meraikan Tuan Puan yang mahu membawa anak-anak ke China bersama di dalam trip memborong, namun ada beberapa perkara yang Tuan Puan perlu kenal pasti sebelum membuat keputusan membawa anak ke China.

Trip yang kami kendalikan tidak menggunakan bas sewaan khas untuk ke Plaza Borong, maka Tuan Puan perlu mendukung anak kecil dan sentiasa memastikan anak-anak berada di dalam pengawasan Tuan Puan sepanjang masa.

Walaubagaimanapun, Guangzhou 102 telah menerima ramai penyertaan dari bayi, kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Alhamdulillah, semuanya selamat dan gembira sepanjang berada di China.

Berikut adalah antara tip-tip buat ibu bapa yang berhasrat untuk membawa anak kecil ke China.

1. Baby Carrier

“Baby Wearing” adalah cara paling mudah untuk mendukung anak kecil. Pilih “baby carrier” yang sesuai dan tahan untuk dipakai jangka masa yang lama. Jika Tuan Puan tidak biasa dengan pemakaian baby carrier, kami nasihatkan untuk berlatih membiasakan anak untuk dibawa dengan cara berkenaan supaya dia lebih selesa. Kebiasaannya bayi akan mudah tertidur apabila dibawa di dalam baby carrier. Kelebihan menggunakan baby carrier adalah berat anak akan dibahagi sama rata ke bahagian badan dan ibu bapa lebih “hands-free” untuk membeli-belah.

Borong China | Bayi Tuan Izzad yang mesra baby carrier sudah terlena di dalam dalam Metro.

2. Bekalan Susu

Jika anak kecil Tuan Puan sangat memilih dalam bab makanan, kami nasihatkan tuan puan untuk membawa susu lebih kerana kemungkinan besar mereka akan minum susu lebih banyak dari biasa. Di Guangzhou terdapat banyak pilihan susu, namun status kehalalan dan kesesuaian dengan anak belum tentu lagi terjamin.

Borong China | Bawa bekalan susu yang mencukupi.

3. Jajan

Bawa kudap-kudapan (jajan berkhasiat) untuk anak-anak kecil supaya mereka boleh makan sambil berjalan-jalan di Plaza Borong. Ini dapat mengurangkan kebosanan mereka di waktu ibu ayah sedang ghairah mencari barangan. Kami sering membawa kismis, gajus, kacang pistachio dan kurma untuk anak-anak sewaktu berada di China.

Borong China | Bawa kudapan yang berkhasiat

4. Buah-buahan

Buah-buahan boleh dibeli di Guangzhou dan snek yang berkhasiat untuk anak-anak. Jika mereka kurang gemar makan buah-buahan, belikan untuk mereka jus buah-buahan sewaktu makan di restoran halal.

Borong China | Buahan-buahan boleh dibeli di China untuk bekalan anak-anak

5.Makanan tambahan

Beli roti-roti di kedai-kedai runcit halal (atau boleh dibawa siap-siap dari Malaysia) sebagai bekalan makanan untuk mereka. Anak kecil lebih mudah berasa lapar apabila berjalan untuk jangka masa yang lama. Selain itu, Tuan Puan boleh memesan makanan sewaktu makan malam untuk dimakan pada keesokan harinya sebagai sarapan. Kebiasaannya, ada para peserta yang membeli roti arab beserta daging kambing sewaktu makan malam di restoran halal sebagai bekalan untuk pagi esoknya.

Borong China | Baguette, bun dan roti ada dijual di kedai runcit halal

6. Air

Bawa bekalan air yang secukupnya. Air mineral yang disediakan di hotel boleh dibekalkan siap-siap sebelum bergerak ke Plaza Borong.

Borong China | Kebanyakan hotel menyediakan bekalan air mineral di dalam bilik hotel

7. Naik teksi

Jika anak sudah terlalu penat, ambil teksi untuk pulang ke hotel supaya dapat mengurangkan waktu perjalanan. (walaubagaimanapun di waktu puncak, menggunakan teksi mungkin lebih lama berbanding Metro)

Borong China | Teksi Guangzhou

8. Ubat-ubatan

Bawa ubat-ubatan untuk anak-anak seperti ubat demam, Vicks, Thermometer, Syringe dan seumpamanya.

Borong China | Bersedia dengan ubat-ubatan untuk anak kecil

9. Cuaca

Semak cuaca di Guangzhou sebelum bertolak supaya boleh membuat persiapan yang sesuai dari segi pakaian untuk anak-anak.

Cuaca di Guangzhou

10. Cuti sekolah dan cuti perayaan di China

Jika Tuan Puan berhasrat untuk membawa anak-anak bercuti di mana-mana lokasi pelancongan di Guangzhou seperti Chimelong Safari Park, kami sarankan untuk menyemak dahulu jadual cuti sekolah atau perayaan besar di China. Ini bagi mengelakkan kesesakan yang melampau kerana rakyat China sendiri membawa anak-anak bercuti. Pada Julai tahun lalu, kami bercuti di Hong Kong, Shenzhen dan Guangzhou bersama keluarga dan kebetulan tarikh kami ke sana bersamaan dengan tarikh cuti sekolah di China. Banyak tempat-tempat menarik di Hong Kong tidak sempat kami kunjungi kerana terlampau ramai pengunjung yang beratur untuk pergi ke tempat yang sama.

Moga-moga 10 tip di atas dapat membantu Tuan Puan untuk merancang perjalanan ke Guangzhou bersama anak kecil. Jika Tuan Puan ada tip-tip tambahan yang lain, mohon emailkan kepada kami! Sekian, kami suka!

Siapakah Great Minds Group

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami diĀ sini.

WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016



Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.