TIPS MENAIKI METRO DI GUANGZHOU

December 12, 2017 No Comments by Aishah Sakinah

JENIS TIKET & CARA NAK BELI
.
Kalau di Malaysia dipanggil MRT, di Guangzhou pula dikenali sebagai Metro iaitu salah satu pengangkutan awam yang biasa kami gunakan di Guangzhou.
.
Oleh sebab trip kami berkonsepkan survivor mode, peserta-peserta yang menyertai trip bersama kami diajar menggunakan kemudahan pengangkutan metro ini untuk ke tempat borong. 
.
Memang laluan metro ini sudah ‘cover’ kebanyakan tempat/plaza borong di Guangzhou. Harga pula sangat murah berbanding menaiki teksi.

 

TIKET METRO
.
Ada 3 jenis tiket yang biasa digunakan untuk menaiki metro di Guangzhou iaitu, single-trip ticket, deposit ticket dan Guangzhou Transportation Smart Card(Yang Cheng Tong).
.
So, kami nak citer dua sahaja iaitu single trip ticket dan smart card.

 Single-trip Ticket – Tiket jenis ini macam token yang boleh dibeli di mesin tiket. Kalau korang pernah menaiki MRT atau LRT lebih kurang lah bentuknya. Ianya sah pada hari korang beli sahaja. 
.
 Guangzhou Transportation Smart Card –

Biasanya kami galakkan para peserta membeli smart card ni sebab lebih cepat dan lebih murah. Tak payah la beratur panjang2 kan..

Tuan Khairul sedang memberikan penerangan kepada para peserta di Stesen Metro

TIPSS

– Kad pintar ada 8 jenis tapi yang paling sesuai untuk pelancong ialah kad yang berharga CNY30 tanpa deposit.
– Harga kad itu CNY10 dan anda boleh topup hingga CNY30 atau CNY50. 
– Boleh topup dalam gandaan 10 sahaja. contoh CNY10,20,30
– Kalau nk pegi topup, korang bole pegi ke kaunter khidmat pelanggan di stesen metro yang berikut:
.
– No. 466 North Renmin Road, Yuexiu District
– Exit J of Gongyuanqian Station (i.e. the transfer station between the Lines 1 and 2)
– Exit G of Tiyu West Road Station (the transfer station between Line 1 and Line 3)
.
Nak lagi tips?

KOMEN NAK TIPS DI BAWAH!

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.