TRIP BORONG GUANGZHOU 102

March 2, 2016 11 Comments by Great Minds Support

5 perkara anda WAJIB tahu mengenai Trip Bisnes Borong Guangzhou 102

TRIP KE GUANGZHOU

Memasuki tahun ke 7, program trip berkonsepkan ‘Survivor mode’ ternyata banyak melahirkan usahawan yang berjaya memulakan perniagaan terus ke China. Program Survivor Mode ini bukan sahaja di praktikkan oleh semua peserta GMTC (Great Minds Trainning & Consultancy) yang mencecah hampir 3000 peserta malah turut di ikuti oleh mana-mana agensi lain.

PESERTA TRIP

          Guangzhou 102 merupakan program trip yang secara terus membawa peserta kepada suplier yang diinginkan berdasarkan spesifikasi perniagaan yang nak diniagakan. Sebelum perjalanan trip bermula peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan dimana kumpulan tersebut dibahagikan mengikut kategori perniagaan. Walaupun kategori tersebut hanyalah seramai 2 orang peserta ianya tetap akan dibahagikan. Ia dilakukan kerana pihak GMTC amat mengkehendaki semua peserta fokus terus mencari barang yang dikehendaki.

          Pihak GMTC mempunyai 14 master Trainer yang akan membantu para peserta program mencari barang perniagaan dan suplier. Kesemua trainer ini amat mahir dalam selok belok perniagaan di China. Kebiasaanya seorang trainer akan menjaga dan menjadi mentor semasa disana kepada 5-7 orang peserta.


Ada beberapa persoalan berkenaan Survivor Mode yang sering ditanya. Antaranya ialah:

Apa itu ‘Survivor Mode’?

“Survivor mode” merupakan salah satu program dimana pihak GMTC mengajar para peserta bagaimana cara berurusan di China secara terus. Contohnya pada hari pertama seorang trainer akan mengajar cara pergerakkan di China mengunakan pengangkutan awam terutamanya mengunakan Guangzhou Metro.  Kemudian sampai sahaja ditempat borong trainer akan menunjukkan contoh bagaimana tawar menawar.

CHINAWEB6

TUANTUAN4

          Sistem pengangkutan Metro di Guangzhou begitu efisyen dan setanding dengan negara maju yang lain. Tim Great Minds mengambil peluang ini dengan membimbing peserta pergi ke plaza borong utama sekitar Guangzhou dengan menggunakan Metro.

Apakah tujuan ‘Survivor Mode’?

TUANTUAN

Tujuan konsep ini diketengahkan adalah untuk mengajar para peserta cara bergerak di China dan memahami bagaimana cara berurusan disana. Ia sangat baik kerana daripada program ini peserta kebiasaannya akan berani bergerak sendiri dan akan lebih kerap ke China. Selain itu ia akan menjadikan peserta lebih yakin untuk datang lagi ke China sendiri tanpa GMTC.

Tak bahayakah Survivor Mode ini?

Setiap perkara sentiasa ada risiko,selalunya setiap peserta kami akan mengalakkan untuk membeli simkad supaya mudah untuk dikesan sekiranya terdapat sebarang masalah. Walaupun peserta berpecah bebas tetapi sebenarnya segala pergerakkan di China sentiasa dipantau oleh trainer.

Kelebihan Survivor Mode?

Sepanjang trip dijalankan pada tahun 2009 hingga 2011, peserta memberikan respon yang positif dengan kaedah yang kami gunakan dalam trip borong di China ini. Kejayaan manis dikecap oleh Tim Great Minds adalah apabila ramai peserta berkeyakinan pergi ke pasar borong sendiri dengan menaiki Metro seawal hari kedua di Guangzhou.

Apa yang lebih membanggakan lagi adalah ramai peserta Guangzhou 102 yang lalu datang ke Guangzhou semula bagi membuat urusan perniagaan dan Berjaya mengaplikasikan teknik “Survivor Mode” yang dipelajari pada trip pertama bersama Tim Great Minds.


Apa kata peserta-peserta Trip Borong Guangzhou 102 :

Testimoni Peserta: Faatin Akib (Host Hijab Stylista TV9)

 

Antara tempat borong yang boleh dikunjungi ialah :

1. Tempat borong  Pakaian Jenama dewasa ( Baju,kemeja,jeans,jersey,kasut)

CINEKETU

2. Tampat borong pakaian kanak-kanak

2CHINA

3. Tempat borong Permainan.

4. Tempat borong aksesori (barangan perhiasan rumah,perhiasan wanita,gift,)

5. Tempat borong kain.

6. Tempat borong manik.

7. Tempat borong barangan elektronik dan handphone

8. Tempat printing.

9. Tempat borong alat tulis.

10. Tempat borong peralatan motor

CHINAWEB5

11. Tempat borong jam

12. Tempat borong cermin mata

13. Tempat borong alatan kosmetik

14. Tempat borong barangan kulit. (handbag)

1CHINA

15. Tempat borong peralatan menjahit.

16. Tempat borong alatan muzik

17. Tempat borong barangan hardware dan industri

18. Tempat borong barangan hotel dan dapur.

19. Tempat borong barangan sukan

BARANG SUKAN


 

Mitos-mitos yang sering mempengaruhi anda terhadap barang China

  1. Hanya peniaga bermodal besar yang layak memborong dari China

Tanggapan bisnes borong bagi syarikat bermodal besar adalah tidak relevan. Memborong terus dari Guangzhou sesuai bagi peniaga kecil-kecilan kerana dapat memberikan margin keuntungan yang besar berbanding membeli daripada pembekal dari Malaysia.

  1. Peniaga di China tidak boleh dipercayai

Tanggapan ini lebih terbawa bawa dengan pengalaman peribadi. Jujur, telus dan boleh dipercayai adalah sikap jati diri individu, bukannya kaum. Peniaga disana bersikap profesional dan melayan pelanggan dengan baik dan sopan. Sekiranya barang yang dibeli mengalami kerosakan semasa dalam tempoh waranti, dengan mudah sahaja dikembalikan

  1. Urusan penghantaran barang dari China ke Malaysia rumit

Mitos ini biasanya diberikan oleh mereka yang pertama kali mahu mengimport barangan dari luar negara. Kini terdapat banyak syarikat yang mengendalikan urusan penghantaran barangan dari China ke Malaysia melalui kapal laut, kapal terbang dan sebagainya.


 

Kenapa anda mesti menyertai trip bisnes borong china kami?

  1. Cara untuk berurusan dengan suplier di sana. ( sebelum dan selepas pembelian)
  2. Cara tawar menawar
  3. Cara mengunakan pengangkutan awam.
  4. Cara pembungkusan barangan.
  5. Cara penghantaran barang ke Malaysia.
  6. Cara bagaimana nak survive semasa disana.

Peluang disana amat besar, rugi sekiranya usahawan di Malaysia tidak mengambil peluang memborong di china!

Tunggu apa lagi?!

Daftar awal untuk mengelakkan terlepas tarikh-tarikh emas terutamanya semasa musim cuti sekolah.

  1. 16-20 Mac 2016 (Cuti Sekolah)
  2. 5-9 Mei 2016
  3. 28 Julai – 1 ogos 2016
  4. 25-29 Ogos 2016
  5. 22-26 September 2016
  6. 10-14 November 2016
  7. 15-19 Disember 2016

Emel kami di greatmindstc@gmail.com atau hubungi konsultan kami di nombor berikut:

–>TUAN KHAIRUL<–

013 – 693 5139

 

 

 

 

 

 

11 Comments

  1. Siti Nor
    2 years ago

    Salam Tuan,

    Saya berminat untuk menyertai program lawatan perniagaan ke Guangzhou, China pada tarikh 28 Julai – 1 ogos 2016. Besarlah harapan saya sekiranya pihak tuan dapat memberi penjelasan & aturcara tentang program ini beserta kos yang terlibat.

    Jumlah peserta : 2 orang

    Sekian, terima kasih.

    Siti Nor

    Reply

    • khairul
      2 years ago

      Wsalam, pihak kami telah email detail program kepada puan.

      kami suka!

      Reply

  2. Marsitah
    2 years ago

    Assalamualaikum,
    saya berminat dengan program yang ditawarkan ini. bolehkah encik emailkan kos serta tentatif program kpd saya.
    peserta: 2 orang

    Reply

    • Great Minds Support
      2 years ago

      Waalaikumsalam Pn Marsitah, puan boleh berikan kami email puan di (whatsapp/mesej) 013-693 5139 – Tuan Khairul. Nanti kami akan berikan segala detail berkenaan dengan program kami yang tersebut.

      Terima kasih kerana berminat dengan program dari Great Minds!

      KAMI SUKA!

      Reply

  3. zarina bt hj hassan
    1 year ago

    Tolong bagi info tentang trip borong beg tangan .
    trip bulan november.
    Trip temsuk semua pakage berapa harga.

    Dan lain-lain info

    Reply

    • khairul
      1 year ago

      Assalamualaikum, Pihak kami telah menghnatar email. Terima kasih.

      Reply

  4. hasbullah
    4 months ago

    boleh saya dapatkan detail program dan kos yang terlibat.

    Reply

  5. ibrahim ahmad
    4 weeks ago

    ingin sertai trip bisnes borong china untuk awal tahun 2018

    Reply

    • Aishah Sakinah
      3 weeks ago

      terima kasih kerana berminat. Sila cek email dari kami ya (sales.greatmindstc@gmail.com)

      Reply

  6. azrie
    2 weeks ago

    Assalam.. saya berminat dengan trip borong di china

    Reply

    • Aishah Sakinah
      1 week ago

      Waalaikumsalam. Terima kasih Tuan Azrie kerana berminat. Kami sudah hanter maklumat Trip Borong China ke email tuan.

      Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.