GM STARS #2: Comellote.com SHOP

September 11, 2011 No Comments by

Nama:

Cik Puan Wan Rohani

Emel:

comellote.corner@gmail.com

Website:

http://comellotecollection.blogspot.com

http://comellote.com

FB Page: http://facebook.com/comellotecollections

Alamat Premis Perniagaan:

Comel Lote Collections, Lot B5 Tesco Bukit Beruntung, Bandar Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor.

Great Minds Stars (GM Stars) yang seterusnya ialah Cik Puan Wan Rohani. Beliau ialah pemborong pakaian dan kelengkapan kanak-kanak. Beliau telah ke China bersama Tim Great Minds Januari 2011 yang lalu. Alhamdulillah, persahabatan yang  terjalin sejak pertama kali bertemu semasa trip ke Guangzhou sangat utuh sehingga ke hari ini. Beliau adalah ikon Siti Khadijah di zaman moden, usahanita yang sangat komited menjalankan perniagaan dengan jujur dan telus.

Melihatkan perkembangan bisnesnya yang bermula dari bisnes online di rumah, bergerak ke promotion booth dan sekarang sudah mempunyai showroom yang pertama, kami cukup yakin, Cik Puan Wan Rohani akan melangkah lebih jauh dari apa yang telah dicapainya sekarang.

Mari kita sama-sama ikuti buah fikiran beliau berkenaan dunia bisnes hari ini.

+Boleh Cik Puan ceritakan latarbelakang bisnes yang dijalankan sekarang?

Saya memulakan perniagaan pakaian butik bayi dan kanak-kanak secara atas talian sejak April 2009. Perniagaan ini semakin mendapat tempat dihati pelanggan selepas artikel tentang bisnes online saya telah dimuatkan di dalam akhbar Kosmo pada 9 September 2009. Mula mengorak langkah bergerak ke booth sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk mempromosikan produk dan nama Comel Lote Collections itu sendiri. Saya juga sangat bertuah kerana menjadi testimoni dan dimuatkan di dalam Buku Jana RM Dari Rumah karya Masayu Ahmad. Ternyata bekerja di rumah juga mampu menjana pendapatan yang memberangsangkan. Sekarang showroom Comel Lote Collections yang pertama telah dibuka di Lot B5 Tesco Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

+Apakah cabaran-cabaran yang Cik Puan hadapi dalam menguruskan perniagaan dan bagaimana cara menanganinya?

Menguruskan manusia lebih susah dari menguruskan produk, jika ingin menjadi usahawan bukan sekadar peniaga sudah tentu memerlukan tenaga kerja. Bina hubungan yang baik dengan pekerja, ikhlas dalam menjalankan perniagaan, memilih bakal tenaga kerja mengikut naluri, yang selebihnya serahkan kepada Allah. Persaingan, pemasaran semuanya ada cabaran yang pasti menguji usahawan, maka kita harus terus berusaha dan jangan putus asa, salurkan pemikiran ke arah yang positif dan jangan sesekali menyerah kalah. Membina perniagaan mungkin lebih mudah dari mengekalkan sesebuah perniagaan, oleh itu, jangan mudah merasa selesa, letakkan goal setting yang jelas dan jangan lupa berdoa dan memohon kepada Allah, InsyaAllah.

+Apakah kemahiran/ilmu yang dirasakan paling penting dan perlu ada bagi setiap peniaga?

Kemahiran komunikasi sangat penting jika perniagaan memerlukan interaksi dengan pelanggan. Cara peniaga bercakap dan memberikan cadangan kepada pelanggan pasti menambat hati pelanggan untuk membeli dan terus melanggan. Selain itu, peniaga perlu pandai memilih barangan yang disukai pelanggan atau mengikut trend semasa, dan mengetahui detail tentang produk yang dijual merupakan satu bonus. Kreatif dan ada keunikan produk juga boleh menarik minat pelanggan/pembeli.

+Boleh kongsikan tips perniagaan bagi usahawan di luar sana terutamanya untuk mereka yang baru memulakan bisnes.

Setiap perniagaan pasti ada cabarannya, buat perancangan perniagaan dan kaji pasaran dan permintaan semasa sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Belajar daripada orang yang lebih berpengalaman. Usahawan juga perlu mencuba pelbagai cara baru dalam memasarkan produk sediada.

+Bagaimana keputusan tuan puan untuk ke Guangzhou/Saigon mengubah bisnes yang sedia ada atau membuka lembaran baru di dalam bidang perniagaan?

Selepas berpeluang ke Guangzhou bersama GMTC pada awal tahun 2011, perniagaan saya telah berjaya meningkatkan margin keuntungan sehingga 80%, yang mana tidak dapat saya kecapi semasa membeli dari pemborong-pemborong di Malaysia. Alhamdulillah barangan perniagaan semakin bertambah sehingga mampu untuk membuka satu showroom. Saya bercadang untuk menjadi pembekal produk kepada peniaga runcit pula selepas ini, dengan pemilihan barangan yang berkualiti dan mengikut trend semasa InsyaAllah akan mendapat sambutan hangat.

Terima kasih kepada Cik Puan Wan Rohani atas perkongsian yang telah diberikan. Tahniah kerana telah mengambil langkah proaktif untuk bersama kami ke Saigon pula September ini bagi meneroka peluang perniagaan yang ada di bandaraya Vietnam itu. Kami di Great Minds mendoakan Cik Puan dilimpahkan rezeki yang banyak lagi melimpah-ruah ruah dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat.

Tuan Puan suka GiveAway? Mahukan hadiah percuma? Jangan ketinggalan untuk like FB Page http://www.facebook.com/ComelLoteCollections ComelLote Collections kerana mereka bakal melancarkan GiveAway istimewa buat Fan FB Page mereka!

Sekian, kami suka!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.
Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.