Ada apa dengan Yiwu?

February 18, 2015 No Comments by khairul

 

 

AlhamduLillah Sejak 2009 Tim Great Minds sentiasa mencari dan mengkaji segala peluang yang terdapat di serata China bertujuan untuk membantu memberi peluang kepada usahawan muslim khususnya di Malaysia bagi meningkatkan produktiviti barangan jualan. Justeru itu banyak tempat-tempat menarik bagi perniagaan kami ketengahkan kepada peserta kami.

YIWU 

Yiwu merupakan sebuah bandar yang pesat membangun memiliki populasi seramai 1.2 juta orang. Pada awalnya Yiwu ini merupakan satu bandar perniagaan yang kecil tetapi atas faktor permintaan yang tinggi dari Asia barat, bandar Yiwu kini setanding dengan wilayah ekonomi yang lain.

Pada 2010 Tim Great Minds ke Yiwu dan membantu usahawan muslim Malaysia mendapatkan barangan keperluan perniagaan disana. Sehingga ke hari ini hampir 500 orang usahawan muslim telah berjaya membuat urusan jual beli disana.

BARANGAN DI YIWU

Di Yiwu terdapat beberapa market yang boleh dikunjungi dan market  yang paling dikenali adalah Futian Market. Di dalam Futian Market ini terdapat hampir seratus ribu kedai. Mempunya 5 fasa, dan pembahagian fasa mengikut jenis produk. Futian Market adalah sebuah market yang sangat besar. Antara barangan yang terdapat adalah seperti peralatan rumah,permainan,alat tulis,cadar,alatan bilik tidur, jubah lelaki, shawl dan pelbagai lagi.

Pelbagai persoalan yang pihak kami terima berkenaan Yiwu, antaranya.

“Apa barangan yang terdapat di yiwu?”

“Yiwu dan Guangzhou harga mana yang murah?”

“Mana lebih berbaloi Yiwu atau Guangzhou?”

“Yiwu perlu kuantiti besar?

Semua jawapan di atas adalah subjektif. Tak semua barang yang ada di Yiwu di Guangzhou ada dan tak semua barangan yang ada di Guangzhou di Yiwu ada. Berkenaan harga ia bergantung kepada pusat sebenar barangan itu dihasilkan. Contohnya barangan elektronik seperti yang umum ketahui Shenzhen terdapat banyak kilang yang menghasilkan produk elektronik jadi jika dikira antara Yiwu dan Guangzhou bandar Guangzhou lebih dekat dari Shenzhen berbanding Yiwu yang jauh dari Shenzhen sudah tentunya harga barangan elektronik murah di Guangzhou.

Hampir kesemua peniaga disana lebih gemar berurusniaga dalam kuantiti yang besar. Justeru itu jika sekiranya usahawan itu sememangnya berhasrat untuk mengambil barangan dalam kuantiti yang besar ianya sangat berbaloi. Kerana jika kuantiti yang besar harganya jauh lebih rendah.

Segala keterangan yang lanjut mengenai Yiwu boleh menghadiri Seminar Lengkap | Kursus Borong Kombo.

 

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.