Antara RM dan RenMinBi (Yuan)

August 24, 2015 No Comments by khairul

Mutakhir ini kejatuhan nilai ringgit amat mengecewakan setiap kali membuat penukaran duit untuk ke China. Dahulu penukaran dilakukan dengan mendapat nilai RM43-47 bagi mendapat RMB100 sekitar tahun 2010-2012 sekarang nilainya mencecah RM62-65 bagi mendapat RMB100. Selain disebakan kejatuhan nilai RM peningkatan  matawang China RMB juga menjadi faktor perbezaan nilai antara RM dan RMB. Bersama-sama berdoa agar nilai RM kukuh semula.

 

Ketidakstabilan RM mengakibatkan nilai RM tidak diterima ketika membuat penukaran diluar negara. Sebagai contoh sekiranya anda kehabisan wang RMB semasa di China dan ketika itu anda mempunyai duit RM di tangan kemudian jika anda ingin menukarkan dari RM ke RMB semasa di China kemungkinan besar sukar untuk mereka membuat penukaran kerana mereka tidak  menerima RM. Walaubagaimanapun sekiranya penukaran wang itu besar iaitu RM10,000 dan keatas mereka mungkin akan menerima.

 

China RMB

China RMB

 

Isu RM tidak diterima bukanlah isu baru seperti yang diviralkan beberapa kisah sekarang. Di China untuk menukar duit secara sah anda perlu ke bank-bank yang berkenaan. Ia tidak seperti di Malaysia di China tiada pengurup wang yang sah. Hanya ada pengurup wang yang di tepi jalan yang menunggu mangsa untuk ditipu. Selain itu kesemua transaksi pembelian di China adalah dalam bentuk tunai  dalam RMB, mereka iaitu peniaga disana juga tidak menerima RM. Kad Kredit hanya diterima di hotel-hotel mewah.  Disebabkan itu adalah penting membuat penukaran duit yang secukupnya sebelum datang ke China.

 

Ringgit Malaysia

Ringgit Malaysia

 

Antara persoalan biasa yang ditanya adalah berapakah jumlah wang yang boleh dibawa ke China. Di lapangan terbang KLIA 1 dan KLIA2, ada diletak papan tanda besar yang mengingatkan penumpang kapal terbang untuk membuat deklarasi kepada pihak kastam jika membawa wang lebih daripada USD10,000, iaitu kira-kira RM30,000 atau RMB60,000.

 

Baiyun Airpot

Baiyun Airpot

 

Seorang rakan menceritakan pengalaman dirinya ditahan di Baiyun Airport Guangzhou semasa pemeriksaan kastam. Dia membawa wang lebih RMB100,000. Apabila ditanya oleh kastam, dia panik dan mengaku wang itu semua miliknya seorang. Pihak kastam Airport terpaksa menahan duitnya sebanyak RMB40,000 dan hanya membenarkan beliau membawa RMB60,000 untuk dibawa memasuki China. Wang selebihnya akan diberikan semula setelah ia pulang semula di airport kemudian boleh dituntut di pejabat kastam Baiyun Airport. Namun begitu ianya bukan perkara yang mudah semasa tuntutan dijalankan proses itu juga mengambil masa sehingga 2-3 jam.

 

Jika anda mahu membawa wang lebih dari nilai yang ditetapkan, agih wang tersebut kepada rakan-rakan yang pergi bersama ke trip berkenaan sebelum pemeriksaan kastam. Jika anda ditahan oleh Kastam di Malaysia ataupun China, jangan panik dan nyatakan dengan jelas yang anda adalah ketua rombongan dan diamanahkan menyimpan wang bagi pihak rakan-rakan lain.

 

Salah seorang peserta Guangzhou 102 kami lain pula ceritanya. Dia membawa ratusan ribu Yuan ke Guangzhou namun tidak dikesan oleh pihak kastam kedua-dua negara. Walaubagaimanapun, malang baginya kerana sebahagian wang tersebut dicuri semasa membeli belah di Plaza Borong.

 

Plaza Borong Beg

Plaza Borong Beg

 

Ada banyak kaedah yang lebih selamat untuk membawa wang masuk ke Negara China tanpa perlu menanggung risiko-risiko di atas.

 

Kaedah yang paling mudah ialah mengaktifkan Kad Bank ATM kita untuk digunakan di luar negara. Perlu diperingatkan, kadar tukaran wang yang dikenakan oleh bank adalah lebih tinggi daripada pengurup wang. Selain itu, setiap transaksi pengeluaran wang akan dicaj oleh bank. Walaupun begitu, ini adalah cara yang murah dan selamat. Kita juga tidak perlu menukarkan terlalu banyak wang kerana ada kemungkinan wang yang dibelanjakan tidak sebanyak yang dirancang. Pengeluaran wang di ATM hanya dibuat apabila kita benar-benar sudah kehabisan wang tunai semasa berada di Guangzhou.

 

Bagi pemilik Akaun Simpanan Maybank, kad ATM boleh diaktifkan di mana-mana akaun Maybank. Tiada caj dikenakan untuk pengaktifan ini. Hanya ikut sahaja arahan tertera di atas skrin semasa proses pengaktifan. Kita hanya perlu memasukkan tarikh kita berada di luar negara. Apabila tiba di Guangzhou, caj bagi setiap pengeluaran wang ialah RM20.

 

ATM Kad Maybank

ATM Kad Maybank

 

Kisah berkaitan penukaran matawang akan dikupas secara terperinci di dalam program Seminar Lengkap | Kursus Borong Kombo 3 dalam 1, Guangzhou – Yiwu – Saigon.

 

http://bisnesborongchina.com/borang-penyertaan/

 

Kami suka!

 

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.