Kursus Borong Combo 2 in 1 di KL

July 19, 2011 No Comments by

Assalamualaikum warahmatullah Tuan Puan yang budiman,

Alhamdulillah, setelah hampir 6 bulan bersiaran dari Dewan Ainon Mohd, Wangsa Melawati, Tim Great Minds akan kembali semula ke Wisma Bling Lustre, Puchong bagi menjayakan Kursus Borong Combo 2 in 1 (China + Vietnam) 30 Julai 2011 ini.

Kursus Combo ini adalah hasil kerjasama dengan Malaysian Mom Business Network (MMBN), sebuah kumpulan jaringan wanita-wanita yang mempunyai bisnes dan aktif memberi sokongan kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk memulakan bisnes.

Apakah istimewanya Kursus Borong Combo ini?

  • 2 dalam 1! Kursus ini “tailor-made” untuk mereka yang mahu mengetahui peluang bisnes yang ada tanpa perlu hadir ke 2 kursus yang berbeza.
  • Tempat kursus yang kondusif. Hasil daripada testimonial para peserta kursus kami yang lalu, ramai yang sukakan suasana tempat kursus yang mewah dan santai seperti di Wisma Bling Lustre.
  • Yuran kursus hanya RM200 sahaja, dan ilmu yang dikongsikan merangkumi 2 modul kursus.
  • Jimat masa kerana tidak perlu hadir ke dua-dua kursus untuk mendapat ilmu yang sama.
  • Trainer yang berpengalaman: Kami akan bawakan 3 trainer kami yang berpengalaman, Tuan Nizar, Tuan Shuaib dan Tuan Nik Azimi untuk berkongsi pengalaman dan cerita berkenaan bisnes borong dari China dan Vietnam.
  • Dapat melihat sendiri produk-produk yang boleh diborong dari China dan Vietnam.
  • Yang pertama seumpamanya dikendalikan oleh Tim Great Minds di Kuala Lumpur. Kursus Combo sudah biasa kami kendalikan di luar Semenanjung seperti di Kota Kinabalu dan Kuching, namun ini yang pertama di KL.
  • Kursus terakhir sebelum Ramadhan!

Siapa yang wajib hadir?

  • Usahawan yang masih memboron di GM Plaza, GM Klang, Masjid India, Jalan TAR, Jalan Kenanga dan sebagainya.
  • Usahawan yang tidak tahu produk dicari ada di Vietnam atau China
  • Usahawan yang ingin mengetahui harga produk-produk jualannya jika diambil terus dari China/Vietnam
  • Usahawan yang mahu meneroka peluang baru dari luar, memulakan bisnes baru atau mendapat pembekal baru
  • Usahawan yang tidak mahu ketinggalan kerana sudah ribuan usahawan Muslim lain sudah lama memborong sendiri dari China dan Vietnam
  • Usahawan yang ingin tahu teknik “SURVIVOR MODE” yang diperkenalkan oleh Tim Great Minds untuk membimbing usahawan berdikari sendiri di China dan Vietnam

Bilakah kursus ini akan berlangsung dan di mana?

Date: 30 Julai 2011 (Sabtu)
Time: 8.00 AM (Registration: 7.45am)

Fee: RM200

Ya saya berminat! Bagaimana mahu mendaftar?

Tuan Puan boleh mendaftar dengan mengisi borang di sini:

http://bisnesborongchina.com/borang-penyertaan/

Deposit sebanyak RM50 diperlukan sebagai bukti pendaftaran. Bayaran baki kursus boleh dibuat semasa pendaftaran pada hari Kursus.

Tempat terhad! Daftar segera sebelum tempat tuan puan diambil oleh peserta lain!

Jika ada sebarang persoalan, tuan puan boleh email kami di greatmindstc@gmail.com atau hubungi mana-mana nombor di bawah.

Sekian, kami suka!

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.