Urus Bisnes Dengan Google

March 9, 2011 2 Comments by

Tim Great Minds telah memulakan jualan buku PTS semasa Kursus Borong China: Guangzhou 101 bermula pada 20 Febuari yang lalu. Buku yang laku keras (habis stok!) adalah karya Puan Ainon Mohd, “Memulakan Bisnes Sendiri.” Ulasan kami berkenaan buku tersebut boleh dibaca di blog lama kami di sini.

Buku kedua yang berjaya mencuri minat pengusaha bisnes yang hadir ke kursus kami adalah “Urus Bisnes Dengan Google”. Buku ini ditulis oleh Coach Dunia Penulisan yang tidak asing lagi, Tuan Zamri Mohamad.

Urus Bisnes Dengan Google adalah direktori lengkap bagi usahawan untuk mengoptimumkan penggunaan servis percuma yang ditawarkan oleh Google. Google menawarkan pelbagai aplikasi hebat tanpa sebarang caj untuk semua pengguna internet. Walaubagaimanapun, ramai peniaga “online” mahupun “offline” gagal untuk memanfaatkan peluang ini sebaiknya.

Buku ini harus menjadi bacaan wajib bagi kesemua peniaga terutamanya pengusaha bisnes kecil. Kini, Google adalah suatu fenomena. Jangan lepaskan peluang untuk mengusai langkah demi langkah menguruskanĀ  bisnes dengan Google dengan membaca buku ini sekarang.

Sinopsis dari BookCafe.com

Di negara-negara maju, senario menunjukkan, penjimatan besar-besaran diraih dengan gembira oleh usahawan bisnes kecil, kerana mereka berpeluang sama-sama bersaing promosi dengan syarikat gergasi lain melalui carian Google. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang drastik di Malaysia menarik minat Google bagi menempatkan pejabat operasi Asia Tenggara mereka di Kuala Lumpur. Urus Bisnes dengan Google membimbing kita mengenali dan mahir menggunakan aplikasi Google. Antara aplikasi Google yang penulis huraikan adalah Gmail, Google Talk, Google Profile, Google Docs, Google Calendar, Google Groups, Google Maps, Google Alerts dan Google Search. Ia ditulis secara langkah demi langkah, satu per satu, dengan dibantu oleh screenshot yang mudah difahami dan diikuti secara langsung oleh pembaca.

Bagi peserta Kursus Borong China: Guangzhou 101 19 Mac ini, anda boleh dapatkan buku ini semasa kursus nanti, Insya-Allah.

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami diĀ sini.

WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

2 Comments

  1. Siti Fadilah
    7 years ago

    Assalamualaikum,

    Bagaimana saya nak dapatkan buku ‘Urus Bisnes Dengan Google’

    Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.