Konsep Perniagaan Nasi Padang

November 21, 2010 No Comments by

Alhamdulillah, tim GMTC yang menyertai expedisi ke Bandung-Jakarta sudah selamat pulang. Banyak pengalaman menarik dari Bandung yang kami peroleh sepanjang 9 hari di sana.

Perkara yang paling mengujakan adalah daya inovasi yang sangat tinggi dapat dilihat pada peniaga makanan di sana. Memandangkan persaingan dalam bisnes adalah sengit kerana kesemuanya menjual makanan yang hampir sama, maka peniaga-peniaga jalanan mahupun restoran besar di Bandung mengambil pelbagai pendekatan kreatif untuk mempelbagaikan produk mereka.

Sebagai contoh, Bakso dijual dengan pelbagai konsep. Bakto Atom misalnya mencari kelainan dengan memperkenalkan konsep bakso yang bersih dan suci serta bebas pengawet. Niche market Bakso Atom semestinya untuk mereka yang “health concious” dan mencari yang halal dan besih. (halalan wa toyyiban)

Bakso Enggal Malang pula menggunakan konsep “buffet” layan diri yang mana pelanggan memilih sendiri apa yang dia mahukan di dalam Bakso yang diletak terus di dalam mangkuk. Rasa bakso ini sungguh enak dan sungguh menepati citarasa kami. Menariknya, restoran besar ini pada asalnya merupakan sebuah peniagaan jalanan dan akhirnya berkembang maju sehingga kini. Warung asal Bakso Enggal Malang terletak berhadapan dengan restoran besarnya sekarang.

Konsep perniagaan yang paling menarik adalah bisnes restoran nasi padang. Kami berpeluang untuk menjamu selera di 2 buah restoran Nasi Padang di sana, Restoran Mitra Sederhana dan Restoran Simpang Raya. Konsep mereka adalah menghidang sebanyak-banyaknya lauk pauk yang disusun di atas meja pelanggan sebaik sahaja pelanggan duduk. Makanan yang dijamah sahaja yang akan dibilkan. Contohnya, jika di dalam satu pinggan lauk Gulai Lemak Telur diletakkan 3 biji telur, namun kita hanya makan sebiji telur, kita hanya perlu membayar untuk sebiji sahaja. Namun menurut supir yang membawa kami makan ke situ berkata, rakyat Malaysia rata-ratanya salah faham dan menyangka mereka perlu membayar untuk setiap pinggan yang dijamah walaupun bersisa. (tidak habis)

Konsep perniagaan nasi padang yang unik ini sesuai untuk pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk menunggu makanan dimasak seperti ala-carte. Selain itu, pelanggan hanya perlu duduk di meja tanpa perlu beratur mengambil makanan ala-buffet seperti kebiasaan di kedai makan yang menjual lauk pauk di Malaysia. Pelayan restoran juga tidak perlu menunggu lama untuk pelanggan membuat pesanan makanan dan membaca menu makanan satu-persatu. Ini kerana semua lauk-pauk yang dimasak dihidangkan di atas meja, terpulang kepada setiap pelanggan samada untuk memakannya ataupun tidak.

Secara keseluruhannya, setiap peniaga perlu kreatif untuk mencipta keunikan di dalam bisnes masing-masing. Kita mungkin menjalankan bisnes barangan yang sama dengan jiran kita, tetapi ianya perlu berbeza dan ada kelainan. Ini akan mewujudkan persaingan yang sihat dan mencetuskan fenomena “Blue Ocean” di dalam bisnes kita.

Sebagai contoh, walaupun ramai yang membuat trip memborong ke negara China, kami mencipta kelainan dengan memperkenalkan konsep “Survivor Mode”. Setiap usahawan yang dibawa ke China akan diberi “personal coaching” dan tunjuk ajar untuk menggunakan kenderaan awam di Guangzhou untuk pergi ke plaza-plaza borong di sana. Ini adalah bonus bagi setiap usahawan borong kerana mereka akan lebih berkeyakinan untuk ke China sendirian tanpa memerlukan “tour guide” kerana mereka sudah menguasai perkara asas yang paling utama iaitu sistem pengankutan Guangzhou.

Mahu sertai kami ke China? Daftar sekarang! berikut adalah tarikh-tarikh rombongan ke China yang dibuka untuk pendaftaran:

  • JUNE 2011 : 2/6-6/6 (Open for registration)
  • MARCH / APRIL 2011 : 30/3-3/4 (Open for registration)
  • JANUARY 2011 : 6/1- 10/1(Open for registration)
  • DECEMBER 2010 : 16/12-20/12 (Open for registration. Few more seats available)

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016


Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.