Rahsia Menjana Pendapatan Sampingan

December 19, 2010 No Comments by

Souce

Ramai peserta WoHoWo meluahkan perasaan bahawa mereka mahu berhenti kerja dan bekerja dari rumah sepenuh masa. Ini adalah keluhan biasa wanita bekerjaya. Walaubagaimanapun, dengan keadaan ekonomi sekarang, “one-bread-winner” adalah tidak mencukupi. Harga barangan keperluan dapur yang meningkat, yuran tadika, sekolah dan kelas tambahan yang tinggi, harga minyak yang baru sahaja dinaikkan akan menyukarkan lagi seseorang ibu bekerjaya untuk membuat keputusan nekad tersebut.

Selain daripada itu, ramai juga yang masih tertanya-tanya, apakah cara yang terbaik untuk menambah pendapatan yang sediada. Kita sering membaca kidah-kisah kejayaan wanita di luar sana yang berjaya mencipta kejayaan dan kekayaan melalui pendapatan sampingan. Apa yang pasti, peluang untuk menjana pendapatan tambahan sangat luas dan tidak terhad kepada suatu cara sahaja.

Antara kaedah-kaedah yang banyak dipraktiskan adalah seperti berikut:

1. Multi Level Marketing (MLM): Ramai wanita bekerjaya mengambil peluang untuk menjalankan bisnes ini. Ini kerana MLM biasanya dikendalikan oleh syarikat bermodal besar dan mempunyai tim kerja yang ramai. Segala bentuk kaedah pemasaran dan produk sudah tersedia. Mereka yang berminat untuk menyertai skim ini hanya perlu menjalankan kerja turun padang iaitu berjumpa pelanggan dan membuat promosi. Walaubagaimanapun, perkara yang perlu dikenal pasti adalah samada MLM yang dijalankan perlulah mengikut syari’at Islam sebelum menceburkan diri di dalam bidang ini. StormReaders adalah salah satu bentuk MLM yang unik kerana ia menepati kehendak Islam dan berkonsepkan penyebaran ilmu melalui buku.

2. Menjual produk secara online: Sudah menjadi trend semasa, ibu-ibu moden kini sudah berjinak-jinak menjual secara online. Antara produk yang dijual adalah pakaian bayi dan kanak-kanak, beg tangan, pakaian wanita, tudung dan bermacam-macam lagi. Pencek kata, bukan sahaja kedai-kedai online tumbuh seperti cendawan, malah jumlah hasil jualan melalui online juga meningkat kerana pengguna internet Malaysia sekarang sudah yakin untuk membeli secara maya. Produk-produk ini kebanyakannya diambil dari negara China memandangkan China adalah pengeluar utama barangan harian di sekeliling kita. Margin keuntungan juga sangat lumayan dan boleh mencecah 1000%. Di dalam bengkel WoHoWo, kami akan berkongsi tentang peluang perniagaan borong yang ada di negara China.


3. Perkhidmatan, pendidikan dan kemahiran:
Perkhidmatan untuk mengajar tuisyen, menjahit dan membuat kelas jahitan, membuat kek dan muffin dan membuat kelas masakan, membuat kursus membina laman web dan konsultansi adalah antara cara popular untuk menambah pendapatan bagi mereka yang bekerja sepenuh masa. Kaedah ini sesuai dilakukan di hujung minggu dan tidak mengambil masa yang banyak.

4. Membuat duit dengan blog: Ini merupakan suatu peluang yang sangat luas dan masih di kategori “laut biru” bagi rakyat Malaysia. Ramai yang mempunyai blog tetapi majoriti sahaja yang tahu membuat duit melalui blog. Bagi mereka yang mahu meneroka bidang ini, WoHoWo menyediakan platform untuk memberikan latihan dan bimbingan bagi menjadi usahawan “blogger”.

4 kaedah di atas adalah antara cara-cara untuk menjana pendapatan sampingan yang popular. Semuanya boleh dibuat secara sambilan dan jika pendapatan yang diperoleh mencecah lebih dua kali ganda daripada gaji dan berterusan selama setahun, ibu-ibu bolehlah tersenyum lega untuk menghantar surat melepaskan jawatan yang sedia ada. Pendapatan yang dijana sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja haruslah sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada gaji. Ini kerana, banyak kemudahan seperti perubatan keluarga yang dulunya ditanggung oleh syarikat kini sudah menjadi tanggungan mutlak kita.

Souce

Oleh yang demikian, jangan tunggu sehingga hari esok untuk mula mengusahakan sesuatu. Mulakan ia hari ini. Berbincanglah dengan suami agar suami juga redha dan sama-sama membantu usaha murni kita untuk mencari pendapatan tambahan.

Carilah mentor yang sudah berjaya sebagai tempat rujukan dan pencetus idea. Rakan niaga yang bersinergi juga diperlukan agar kita sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa dengan rencam dunia bisnes. Yang paling utama, berdoalah agar Allah memberikan kita ilham perniagaan yang paling serasi dengan kita melalui malaikat-malaikat yang hampir dengan-Nya.

Wallahua’lam.

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

Update jadual terbaru program BisnesborongChinaPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

6 Sebab kenapa perlu memborong di YiwuPosted on March 11, 2016

TRIP BORONG GUANGZHOU 102Posted on March 2, 2016

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.