WoHoWo Mom Workshop Series

October 30, 2010 2 Comments by

Alhamdulillah, WoHoWo 1 sudah pun selesai semalam. Wisma Bling Lustre penuh meriah dengan kehadiran WoHoWo “Mom, Dad & Kids”! Kami selaku penganjur sungguh teruja dengan kerjasama kaum bapa yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada isteri dan menjaga anak-anak yang seronok bermain di Bling Lustre.

Apa yang kami kongsikan di WoHoWo 1?

WoHoWo 1 adalah bengkel untuk mereka yang baru mahu berjinak-jinak untuk mencari pendapatan tambahan tanpa perlu meninggalkan pekerjaan yang sediada. Di dalam segmen pertama, kami membedah siasat punca-punca ibu (dan bapa) bekerjaya memerlukan pendapatan tambahan. Selain itu kami juga mengenalpasti mengapa ramai yang masih belum berjaya untuk mencari “side-income” yang sesuai dengan kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga.

Segmen seterusnya berkisar tentang “How To..” dan terbahagi kepada dua bahagian. Puan Lyna (Mysuperkids), ibu kepada 2 orang anak ini berkongsi bagaimana beliau membuat duit secara online (blogging). Beliau juga mendedahkan bagaimana ibu bekerjaya yang lain boleh berjaya membuat duit melalui online. Puan Azie pula menceritakan bahagaimana beliau membuat bisnes barangan muslimah di bawah label MaxAzaria Enterprise dan membantu suami menguruskan G Minds Group Sdn Bhd – sebuah syarikat yang memberi latihan keusahawanan memborong dari negara China. Great Minds Training yang ebrnaung di bawah G MInds Group menganjurkan dua program untuk Usahawan Borong China iaitu Guangzhou 101: Kursus Borong China dan Guangzhou 102: Trip Memborong ke China.

Puan Lyna dan Puan Azie masing-masing bertugas sebagai jurutera.

Segmen ketiga diteruskan dengan memberi panduan kepada peserta bagaimana mahu memulakan perniagaan. Elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah bisnes didedahkan kepada peserta-peserta. Mereka juga diberi tugasan untuk membuat pelan perniagaan masing-masing setelah mendengar perkongsian bagaimana Puan Lyna dan Puan Azie mampu menjana pendapatan tambahan. Segmen keempat mengakhiri bengkel dengan penerangan tentang peluang memantapkan ilmu keusahawanan dan program lanjutan yang disediakan di dalam Siri WoHoWo.

WoHoWo 1 akan kembali lagi di atas permintaan ramai. tarikh seterusnya adalah pada 20 November 2010, Sabtu, 9-1pm di Wisma Bling Lustre, Puchong.

Akhir kata, terima kasih kepada para peserta WoHoWo 1 di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan di sepanjang WoHoWo 1 semalam. Jumpa lagi di waktu akan datang di platform yang sama insya-Allah. Kami doakan agar suntikan idea yang telah dikongsikan mampu untuk mengubah persepsi masing-masing tentang “kita boleh” dan “kita mampu” untuk melakukan perubahan dengan izin Allah!

Jangan lupa kepada pesanan kami, jadikan Allah sebagai “bisnes partner” kita di dalam bisnes yang diusahakan – Insya-Allah berjaya. Amin.

Siapakah Great Minds Group?

Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.

WORKSHOP BISNES BORONGPosted on April 21, 2017

Trip Bisnes Borong China | Guangzhou -The Special OnePosted on March 14, 2017

Seminar Bisnes Borong China & VietnamPosted on January 2, 2017

JADUAL PROGRAM BISNES BORONG CHINAPosted on September 13, 2016

Posted on September 9, 2016

2 Comments

  1. salwana
    6 years ago

    As salam…saya seorang surirumah sepenuh masa,Saya berminat dan masih mencari2 peluang menjana pendapatan dari rumah. Program ini hanya untuk ibu2 yang bekerja sahaja ke …?

    Reply

    • Admin BBC
      6 years ago

      Assalamualaikum Cik Puan,

      Ya, bengkel WoHoWo tidak terhad kepada wanita berkerjaya. Insya-Allah kami akan maklumkan kemudian tarikh WoHoWo bagi tahun 2011. Terima kasih.

      Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

  1.