Borong China: Safari di Guangzhou

Borong China: Pemandangan sebegini terasa seperti berada di bumi Afrika
Bahagian kedua adalah safari yang mana haiwan berkeliaran bebas berkeliaran seperti pemandangan di Afrika Selatan. Haiwan karnivor seperti harimau putih, singa, serigala, harimau bintang pula dikelilingi jurang dalam bagi mengelakkan mereka menyerang pengunjung Safari. Haiwan-haiwan lain semuanya bebas bertebaran. Pengunjung boleh menaiki tren yang juga dikenali sebagai “Safari On Wheel” untuk mengelilingi Safari tersebut. Selain itu, pemandangan safari yang menakjubkan itu juga boleh dinikmati dengan memandu sendiri kenderaan peribadi melalui laluan khas yang telah disediakan.
Bayaran masuk untuk dewasa ialah RMB180. Kanak-kanak lebih 1.2 meter dan warga emas berumur lebih 65 tahun pula dicaj sebanyak RMB90. Masa kurang-kurang satu hari diperlukan untuk meneroka setiap inci Safari tersebut. Anak-anak pasti akan terhibur jika dapat menghasikan masa seharian di sana. Elakkan berkunjung pada hujung minggu dan cuti umum untuk mengelakkan kesesakan.
Untuk pergi ke Safari ini, anda boleh menaiki Metro Line 3 dan turun di Stesen Huaixi Station. Pihak Chimelong Resort ada menyediakan Bas Shuttle percuma dari stesen Metro ke taman-taman temanya seperti Reptile Park, Chime Long Circus, Chime Long Paradise, Chime Long Safari Park, dan Hotel Chime Long.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Chime Long Safari Park.
Siapakah Great Minds Group?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej borong dan kursus usahawan yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.
Wan Anie
8 years ago
Wah… baru tahu ada Safari di Guangzhou…. rugi kalau tak pergi…
Macamana diorang handle binatang ini di musim sejuk ye?
Admin BBC
8 years ago
Assalamualaikum Cik Puan yang dikasihi Allah, disayangi Nabi,
Ya Cik Puan, Safari ini sungguh cantik Masya-Allah. Jika Cik Puan berkunjung lagi ke Guangzhou, bolehlah ambil peluang ke Safari. Mudah sahaja mahu ke sana kerana boleh menaiki Metro sahaja.
Berkenaan selenggaraan di musim sejuk, kami juga kurang pasti. Memandangkan Guangzhou tidak mempunyai salji dan suhunya tidak sesejuk di kawasan Utara China, kami jangkakan haiwan di zoo ada “survivor mode” tersendiri untuk memastikan semua haiwannya sihat dan gembira di bawah pengawasan mereka 🙂
Sekian, kami suka!
indah melody
7 years ago
best jugak !ada safari lagi tu.