Urus Bisnes Cara Warren Buffett
Membaca adalah anjuran Islam sejak awal lagi wahyu diturunkan kepada Rasulullah. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat menitik beratkan ilmu dan menganjurkan kita untuk mencari ilmu.
Di dalam Guangzhou 101 kami ada mencadangkan beberapa buku yang kami rasakan sangat baik untuk dihadam oleh semua usahawan. Antara maklumbalas peserta G101 adalah supaya kami menjual buku-buku tersebut di dalam program kami. Insya-Allah, bermula dengan kursus “Back-2-Back” pada 20 Febuari ini, buku-buku tersebut boleh dibeli oleh peserta-peserta Guangzhou 101 semasa kursus.
Buku di atas saya beli semasa berkunjung ke Popular, Wangsa Walk 2 hari yang lepas. Kurang satu hari saya sudah berjaya menghabiskannya. Bahasa yang digunakan sangat mudah, penyampaiannya santai dan diselitkkan unsur-unsur humor.
Mengapa saya cadangkan buku ini? Ini kerana antara perkara pertama yang saya dapat kesan setelah membaca buku ini adalah “Sikap orang yang Super-Berjaya adalah sama”. Buku ini menceritakan tentang bagaimana Warren Buffet, lelaki kedua terkaya di dunia menguruskan berpuluh-puluh syarikat-syarikatnya yang bernilai lebih RM600billion. Teknik konvensional yang digunakan ternyata berjaya walaupun mungkin dilihat ortodok oleh sesetengah golongan Gen-Y masa kini. Pengamatan saya juga mendapati, jutawan-jutawan Muslim yang berjaya di Malaysia juga mempunyai nilai yang sama dengan Warren. There are no accidents in this world. Acuan untuk berjaya, kaya dan disayangi oleh orang-orang di sekeliling kita adalah sama, dan rahsianya ada di dalam buku ini.
Antara yang disentuhnya adalah tidak berhutang di dalam memulakan bisnes. Perkara ini adalah asas utama di dalam setiap perniagaan yang baru. Seperti kata mentor saya, “Mulakan dengan apa yang ada di tangan.”
Saya yakin dengan izin Allah, tip-tip yang dimuatkan di dalam buku ini jika diaplikasikan dengan betul akan dapat mengubah cara kita menguruskan bisnes sedia ada. Malah ia juga boleh digunapakai dalam kehidupan sehari-sehari di pejabat dan dalam urusan rumahtangga.
Tahniah kepada PTS kerana telah menterjemahkan karya asal ke Bahasa Melayu. Moga lebih ramai yang dapat memanfaatkan kandungan buku ini.
Kami di Great Minds mendoakan penterjemah buku ini mendapat pahala yang tertinggi di sisi Allah atas usahanya untuk memandaikan bangsa. Amin.
Sinopsis:
Sumber: BookCafe.com.my
Siapakah Great Minds Group?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 iaitu Kursus Borong China khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan Trip Borong China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang kami tawarkan, sila layari laman web kami di sini.
norliah mohammad
8 years ago
very interesting. how am I to join your business group?
Admin BBC
8 years ago
Assalamualaikum Puan,
Thanks for your kind comment. We have emailed you the detail as required. Hope to hear from you soon. Many thanks.
adeline
8 years ago
plz email me how 2 join ur group & benefit..
tq
Admin BBC
8 years ago
Assalamualaikum Cik Puan,
Kami sudah mengemail Cik Puan berkenaan program kami. Terima kasih dan salam hormat.
Cik Ros Safura
8 years ago
Salam, harap dapat emailkan maklumat berkenaan program yg dijalankan untuk panduan saya. Terima kasih.
chek noor
8 years ago
salam..saya amat berminat,harap pihak tuan dapat emel saya tentang maklumat program tersebut.tq
Admin BBC
8 years ago
Assalamualaikum Cik Puan,
Kami baru sahaja mengemail Cik Puan berkenaan program yang kami anjurkan. Semoga bermanfaat. Salam hormat.
azie
8 years ago
Congrats to you and hubby.. muda2 lagi dah jadi usahawan berjaya. Happy to see that.. and interested to join your group.. 🙂
Admin BBC
8 years ago
Alhamdulillah. Terima kasih di atas maklumbalas Cik Puan. Kami sudah mengemail Cik Puan berkenaan program yang kami tawarkan. Semoga bermanfaat.
dewinawati
8 years ago
please email me information about this business and the benefit and also how to join the group.thank you…
Admin BBC
8 years ago
Assalamualaikum Cik Puan,
Kami sudah pun mengemail Cik Puan berkenaan program kami.
Salam hormat.
abe
8 years ago
saya berminat gak ngan bisnes borong nih?…mcm mana nk mula ekk…?
cik midya
8 years ago
assalamualaikum.
saya na info bkaitan program ini sbb sy sgt berminat dgn program mcm ni.tqtq
Admin BBC
8 years ago
Assalamualaikum Cik Puan,
Info berkenaan program sudah kami email kepada Cik Puan. Terima kasih.
zie bakar
8 years ago
berminat utk join biz borong..need more info
eddie onizuka
8 years ago
sangat bagus buku ni….murah, tetapi nilai dalam buku ni sangat mahal….thanks mr. warren.. baca lah..:)
Admin BBC
8 years ago
Assalamualaikum Tuan,
Terima kasih di atas maklumbalas Tuan. Moga Allah berkati penterjemah buku berkenaan yang telah banyak berjasa memandaikan bangsa. Amin.